Mencari lokasi untuk bercuti di pulau yang cantik? Buat peminat snorkeling, diving, kayak-ing, mahupun kaki fotografi, pastinya pemandangan yang indah dan lautan biru beserta pasir putih yang bersih menjadi pilihan untuk menjejakkan kaki ke tempat-tempat ini.

Nak pulak sekarang ni macam bermusim pulak semua nak pergi travel, jalan-jalan sana sini melihat dunia. Tambahan dengan banyak pakej-pakej menarik dengan harga yang berpatutan.

13 Pulau Yang Cantik Di Asia

Disini kami dingin kongsikan kepada anda semua senarai pulau yang cantik di Asia yang menjadi kegilaan pelancong dari dalam dan luar negara.

Jika ada antara pulau yang disenaraikan dibawah yang belum anda kunjungi lagi, cuba ambil masa pada masa akan datang untuk kunjungi pulau ini. Sudah pasti ianya akan memberikan 1001 kenangan indah buat anda.

Jom kita kenali 13 pulau yang cantik di Asia yang menjadi kegilaan pelancong.

1. Bali, Indonesia

Bali, Indonesia

Pulau Bali adalah sebuah pulau di Indonesia yang agak terkenal dengan pemandangan gunung-ganang hutan, gunung berapi, keluasan besar sawah padi yang ikonik, pantai dan juga terumbu karang. Di Bali juga terletaknya tapak agama seperti Kuil Uluwatu yang famous dengan tarian Kecak.

Di bahagian selatan Bali, sekitar pantai Kuta dipenuhi dengan bar yang meriah, manakala kawasan Seminyak, Sanur dan Nusa Dua adalah bandar-bandar popular untuk penginapan. Pulau ini juga terkenal dengan tempat bersantai seperti yoga dan meditasi.

2. Phuket, Thailand

Phuket, Thailand pulau yang cantik di asia

Phuket merupakan kawasan hutan hujan, yang dipenuhi dengan pergunungan di Laut Andaman, mempunyai beberapa pantai yang sangat popular di Thailand, kebanyakannya terletak di sepanjang perairan jernih pantai barat.

Terdapat banyak resort-resort mewah dibina di tepi pantai, spa-spa dan restoran dan tak kurang juga hotel-hotel bajet di pulau ini. Patong merupakan bandar utama, mempunyai suasana yang lebih santai dan dipenuhi dengan kelab malam, bar dan disko.

3. El Nido Palawan, Filipina

El Nido Palawan, Filipina pulau yang cantik di asia

El Nido merupakan sebuah kawasan perbandaran Filipina di Pulau Palawan. Ia terkenal dengan pantai pasir yang putih, kecantikan terumbu karang dan sebagai pintu masuk ke Nusantara Bacuit, sekumpulan pulau-pulau dengan tebing bergerigi kars yang curam.

Kawasan ini mempunyai tempat menyelam yang banyak, termasuk Pulau Dilumacad dengan terowong panjang yang membawa kepada gua bawah air.

4. Perhentian, Terengganu

Perhentian, Terengganu pulau yang cantik di asia

Suasana santai dan keindahan alam semula jadi di pulau-pulau Perhentian sudah pastinya membawa anda ke dunia yang berbeza. Pasir putih disinari cahaya matahari terbenam, tempat teduhan yang menyenangkan bersama segelas jus buah-buahan, eh sedapnyaa!

Aktiviti menyelam scuba dengan menaiki bot untuk meneroka perairan biru dan melihat keajaiban di dalam air. Sambil matahari terbenam, lepak pulak dengan alunan muzik dan perbualan bersama teman, ditemani asap nipis dari api barbeku.

5. Koh Tao, Thailand

Koh Tao, Thailand pulau yang cantik di asia

Antara Samui–Pha-Ngan–Tao trio, Koh Tao merupakan pulau paling kecil antara yang lain. Walaupun saiz yang kecil, itu tidak menghalang ia untuk menjadi antara pulau tarikan di Thailand. Pulau ini dikatakan semakin menjadi perhatian dengan campuran suasana yang sibuk seperti di Samui dan juga suasana santai seperti di Pha-Ngan.

Selain dari itu, Koh Tao mempunyai tarikan yang tiada di tempat lain iaitu, pulau yang senang untuk di lawati, pelbagai lokasi untuk divers, berenang bersama ikan yu dan ikan pari di kawasan terumbu karang, menikmati minuam dikala matahri terbenam di pasir putih dan mengulanginya kembali untuk keesokan harinya!

6. Lombok, Indonesia

Lombok, Indonesia pulau yang cantik di asia

Lombok merupakan sebuah pulau yang terlatak di timur Indonesia Bali dan barat Sumbawa. Ia terkenal dengan pantai yang indah, terutamanya di kawasan Kuta dan Banko Banko (di selatan Lombok).

Kepulauan yang bebas dari kenderaan bermoto ialah adik-beradik Gili (Gili Trawangan, Gili Air Gili Meno), di luar pantai barat Lombok pula, ia menawarkan lebih banyak pantai-pantai, terumbu untuk menyelam dan snorkeling, dan juga pusat penetasan penyu laut.

7. Boracay, Filipina

Boracay, Filipina pulau yang cantik di asia

Walaupun hanya 7km tinggi dan kelebaran 500 meter, pulau kecil Boracay telah menjadi tarikan utama pelancong di Filipina. Tarikannya sudah pasti pantai putih sepanjang 4 km yang dipenuhi dengan restoran, bar-bar tempatan dan juga kedai jual alatan selam.

Laut-laut disini pula dipenuhi dengan ‘Romantic Paraws’ yakni, kapal-kapal layar Outrigger dan juga parasailing warna-warni yang memenuhi ruang udara. Kat sini juga korang boleh try zipline yang best gila tuh!

8. Tioman, Pahang

Tioman, Pahang pulau yang cantik di asia

Pulau Tioman merupakan sebuah pulau kecil yang terletak di negeri Pahang di Semenanjung Malaysia. Ia terletak di sepanjang pantai timur negeri ini dan merupakan salah satu destinasi pelancongan utama di rantau ini. Di Pulau Tioman, terdapat 8 buah kampung utama di mana Kampung Tekek mempunyai penduduk yang paling tinggi.

Pulau Tioman juga pernah disenaraikan sebagai salah satu daripada pulau-pulau yang paling indah di dunia di mana pelbagai tempat telah digunakan dalam filem-filem dan sebagainya.

9. Koh Samui, Thailand

Koh Samui, Thailand pulau yang cantik di asia

Koh Samui merupakan salah satu pulau yang terbesar di Teluk Thailand ini sangat terkenal dengan pantai yang dikelilingi pokok-pokok Palma dan dusun kelapa yang padat beserta pemandangan pergunungan hutan hujan.

Di sini juga sering terdapat hiburan malam yang agak ‘kasar’ buat tarikan backpackers dan juga tempat inapan mewah buat pelancong. Patung emas Buddha besar dengan ketinggian 12 meter di Wat Phra Yai merupakan salah satu mercu tanda tempatan.

10. Langkawi, Kedah

Langkawi, Kedah pulau yang cantik di asia

Langkawi sangat sinonim dengan syurga tropika. Dimana tahun 2008, pulau ini dikenali sebagai Langkawi Permata Kedah diilhamkan oleh air yang jernih dan pantai yang bersih. Pulau ini juga mempunyai lagendanya tersendiri yang memikat hati pelancong untuk datang kesini.

Tambahan pulau ini pula merupakan daerah yang bebas cukai, lagi menjadi pendorong kuat untuk pelancong datang ke Langkawi.

11. Havelock Island, India

Havelock Island, India pulau yang cantik di asia

Dengan pantai yang putih seputih salji, pantai yang penuh dengan pondok-pondok dan beberapa kawasan menyelam yang terbaik di Asia Selatan, Havelock mempunyai reputasi yang baik sebagai syurga buat backpackers.

Bagi kebanyakan orang, Havelock adalah Kepulauan Andaman, yang memikat kebanyakan pelancong di sekitar Teluk Bengal, untuk datang ke pulau ini. Ramai daripada mereka memilih untuk tinggal di sini sepanjang penginapan perjalanan mereka.

12. Iriomote-Jima, Jepun

Iriomote-Jima, Jepun pulau yang cantik di asia

Iriomote Jima, atau Pulau Iriomote, adalah sebahagian daripada Kepulauan Yaeyama di Okinawa. Pulau ini adalah rumah kepada spesis kucing Iriomote, satu spesies terancam. Ia merupaka pulau kedua terbesar di wilayah Okinawa selepas Pulau Okinawa sendiri. Lebih 90% daripada pulau itu terdiri daripada hutan dara tropika dan amazon.

Pulau ini adalah sebahagian daripada Taman Negara Iriomote yang sesuai untuk penggemar hiking dan berkanu. Pulau ini mempunyai hutan, air terjun, serta beberapa haiwan yang jarang ditemui dan tumbuhan.

13. Semporna, Sabah

Semporna, Sabah pulau yang cantik di asia

Lautan biru yang jernih, dengan beberapa pilihan pulau-pulau yang cantik di Semporna ini pastiny amemnag pilihan yang terbaik buat anda yang suka aktiviti menyelam bersama teman-teman. Dapat tengok ikan-ikan comel dalam air sudah pasti membuatkan sesiapa sahaja teruja untuk kesana.

Antara pulau-pulau cantik yang terdapat di Semporna ialah Pulau Mabul, Pulau SIpadan, Pulau Bohey Dulang, Pulau Kapalai, Pulau Bum Bum, Pulau Mataking, Pulau Timba Timba dan Pulau Sibuan.

______

Sila tinggalkan komen dibawah sekiranya anda ada pulau yang cantik lain yang ingin dikongsikan kepada kami. Jangan lupa like CutiSini.com di Facebook, jadi anda akan terus-menerus dapat membaca artikel cuti-cuti Malaysia seperti ini. Terima kasih.

0 komen pembaca

Tiada komen lagi. Jadi yang pertama komen artikel ini.

Buat Komen

Nota: Alamat e-mel anda tidak akan dikongsi oleh pihak ketiga. Ruang bertanda * adalah wajib diisi.

Lagi Artikel Menarik