Sekiranya anda seorang yang suka gambar dengan berlatar belakangkan permandangan yang cantik-cantik, 5 lokasi yang kami senaraikan ini merupakan lokasi yang sangat ideal untuk anda lawati.

1. Bangunan Sultan Abdul Samad @ Dataran Merdeka

Bangunan Sultan Abdul Samad ini terletak berhadapan dengan Dataran Merdeka. Bangunan yang menjadi mercu tanda bandar raya Kuala Lumpur ini dibina pada tahun 1894 dan dinamakan sempena nama Sultan Selangor ketika itu.

Oleh kerana bentuk seni binanya yang unik, ia bukan sahaja menjadi tumpuan pelancong tempatan, malah menjadi tumpuan pelancong dari serata dunia. Sebagai rakyat Malaysia, anda wajib untuk tidak terlepas memiliki foto di bangunan yang ikonik ini.

Lokasi: Jalan Raja, City Centre, 50050 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Waktu: Dibuka 24 jam setiap hari.

2. Taman Tasik Perdana

Taman Tasik Perdana atau turut dipanggil Lake Gardens ini merupakan tempat rekreasi yang menarik untuk dikunjungi. Selain dihiasi dengan suasana serta permandangan yang cantik, antara lokasi menarik yang lain berhampiran adalah Tugu Negara, Muzium Negara, Taman Bunga Raya, Taman Orkid dan Taman Burung Kuala Lumpur.

Lokasi: Jalan Kebun Bunga, Tasik Perdana, 55100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Waktu: 7 am hingga 8 pm setiap hari.

3. Astaka Moroco , Putrajaya

Sekiranya anda mahukan permandangan ala-ala sedang bercuti di Tengah, lokasi ini merupakan lokasi paling tempat untuk dikunjungi. Di sini anda dapat lihat keunikan ukiran seni bina seperti yang terdapat di Timur Tengah.

Lokasi: Presint 1, 62000 Putrajaya, Malaysia.
Waktu: 9 am hingga 12 pm, 2 pm hingga 5 pm. Tutup setiap Selasa.

4. Changkat, Bukit Bintang

Sukakan permandangan gaya hipster dan trendy? Changkat di Bukit Bintang ini mungkin jadi lokasi paling anda suka. Terletak di tengah-tengah bandar, kami yakin dengan keunikan corak dan warna sepanjang bangunan di sini mampu menarik minat siapa sahaja.

Lokasi: 64, Changkat Bukit Bintang, Bukit Bintang, 50200 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Waktu: Dibuka 24 jam setiap hari.

5. Muzium dan Galeri Seni Bank Negara Malaysia

Dan untuk pencinta seni bina futuristik, Muzium & Galeri Seni Bank Negara ialah tempat paling wajar untuk anda. Muzium dan Galeri Seni Bank Negara Malaysia ini terletak di dalam bangunan Sasana Kijang yang berlokasi di Jalan Dato’ Onn.

Bangunan ini dibahagian kepada empat aras yang menempatkan Galeri kanak-kanak, kedai muzium, kafe muzium, ruang perkhidmatan pelawat dan panggung teater kecil.

Lokasi: Sasana Kijang, 2 Jalan Dato’ Onn, 50480 Kuala Lumpur, Malaysia.
Waktu: Dibuka setiap hari. 10 am hingga 6 pm.

0 komen pembaca

Tiada komen lagi. Jadi yang pertama komen artikel ini.

Buat Komen

Nota: Alamat e-mel anda tidak akan dikongsi oleh pihak ketiga. Ruang bertanda * adalah wajib diisi.

Lagi Artikel Menarik