Malaysia mempunyai banyak lokasi air terjun yang cantik dan menarik dimana lokasi air terjun ini sentiasa penuh dengan pengunjung terutamanya pada hari minggu dan cuti sekolah walaupun kadangkala lokasi air terjun ini agak sukar untuk sampai.

Walaupun kadangkala sukar untuk ke lokasi ini, lokasi air terjun seringkali menjadi tumpuan pengunjung kerana airnya yang segar dan nyaman serta pengunjung juga dapat menikmati keindahan alam semulajadi sambil bermandi manda.

5 Lokasi Air Terjun Wajib Anda Terokai

Lokasi Air Terjun Yang Menarik Di Malaysia

Disini kami nak senaraikan 5 lokasi air terjun yang menarik di Malaysia yang boleh anda kunjungi pada hari minggu. Jadi tidak salah sekiranya anda membawa keluarga berkelah di air terjun sambil menikmati keindahan alam.

Lokasi-lokasi air terjun ini juga selalu dijadikan tempat untuk berkhemah dan barbeku. Sekiranya anda ingin lakukan aktiviti barbeku disini sila pastikan anda menjaga kebersihan dan jangan buang sampah merata-rata di kawasan ini ya. Jagalah kebersihan alam semulajadi kita.

1. Air Terjun Sungai Chiling, Kuala Kubu Baru Selangor

Siapa kata kawasan bandar seperti Selangor tiada kawasan air terjun yang indah dan menarik? Sungai Chiling adalah antara air terjun yang menarik di Malaysia dan juga antara air terjun yang popular di Selangor. Ia terkenal dengan kecantikan dan keindahannya.

Namun, ia tidak begitu sesuai untuk mereka yang mempunyai anak kecil atau bayi. Ini kerana anda perlu merentasi sungai sebanyak lima kali sebelum sampai ke destinasi. Ia mungkin sesuai bagi sepasang suami isteri yang sukakan aktivti mencabar. Selain dari berkelah, anda juga boleh memberi ikan makan di santuari ikan dan juga terdapat aktiviti jungle trekking.

Satu pantang larang di sini ialah anda tidak boleh lakukan aktiviti BBQ untuk menjaga alam semulajadi disini. Kalau nak buat BBQ juga anda boleh lakukan di sungai yang berhampiran disini antaranya di sungai Pertak.

2. Air Terjun Ulu Geruntum, Gopeng Perak

Bagi anda yang sukakan aktiviti sukan lasak, anda boleh berkunjung air terjun di Ulu Geruntum ini. Disni terdapat beberapa air terjun di mana ada kawasan rendah yang senang untuk diakses dan kawasan tinggi di mana anda perlu merentasi sungai dan mendaki sedikit untuk sampai ke destinasi.

Di sini juga terdapat aktiviti ekstrem seperti waterfall abseiling yang boleh anda cuba. Kalau dah kesini tak mencuba waterfall abseiling memang rugi.

3. Air Terjun Lata Kinjang, Tapah Perak

Air terjun Lata Kinjang ini boleh dilihat dari Lebuhraya Utara Selatan dan turut menyumbang kepada kepopularanya. Untuk sampai ke kawasan air terjun, anda perlu melalui sebatang jambatan gantung. Ia merupakan air terjun tertinggi di Malaysia.

Air terjun ini juga terkenal dengan mitos Sang Kelembai. Kononnya, bekas tapak kaki, lesong menumbuk padi dan tapak semaian sayur sang kelembai yang telah disumpah masih boleh dilihat disini.

4. Air Terjun Giam Klimau, Miri Sarawak

Air Terjun Giam Klimau terletak tidak jauh dari Gua Niah dan anda perlu melalui beberapa pos keselamatan kerana ia adalah kawasan persendirian. Sebaik tiba di lokasi air terjun, anda akan dapat melihat keunikan air terjun itu yang jatuh ke batu dan tidak membentuk takungan.

Tidak jauh dari air terjun itu barulah anda boleh melakukan aktiviti bermandi manda. Dalam bahasa Bidayuh, ‘giam’ bermaksud air terjun.

5. Air Terjun Sungai Kanching, Rawang Selangor

Hutan Lipur Kanching terletak berdekatan dengan Taman Rimba Templer yang terletak tidak jauh dari pusat bandar Kuala Lumpur. Tempat ini terkenal dengan pelancong asing seperti pelancong Arab dan Eropah. Anda juga boleh menaiki pengangkutan awan dengan bas ke air terjun itu.

Lebih menarik lagi, tempat ini terdapat tujuh buah air terjun dan amat popular dengan keluarga yang ingin berkelah dan bersantai di hujung minggu. Cuma ambil masa dalam 10 minit sahaja untuk sampai ke air terjun namun anda perlu berhati-hati kerana terdapat banyak monyet liar yang mungkin datang mengambil makanan yang anda bawa.

___

Inilah 5 lokasi air terjun yang menarik di Malaysia yang boleh anda terokai. Sebenarnya masih banyak lagi lokasi air terjun yang ada di negara kita ini. Cukuplah dengan 5 lokasi air terjun yang menarik di Malaysia ini yang kami senaraikan diatas untuk dijadikan rujukan anda.

0 komen pembaca

Tiada komen lagi. Jadi yang pertama komen artikel ini.

Buat Komen

Nota: Alamat e-mel anda tidak akan dikongsi oleh pihak ketiga. Ruang bertanda * adalah wajib diisi.

Lagi Artikel Menarik