Senarai pusat membeli belah di Kedah ini adalah untuk rujukan kepada anda yang ingin ke Negeri Kedah sama ada untuk bercuti ataupun atas urusan kerja. Negeri yang terkenal dengan nama “Jelapang Padi” ini merupakan salah satu destinasi percutian di Malaysia yang mempunyai berbagai tarikan pelancongan yang boleh dikunjungi.

Selain daripada tempat menarik, tempat makan sedap dan hotel yang boleh dikunjungi di negeri ini, disini juga terdapat beberapa pusat membeli belah yang menjadi tumpuan masyarakat di negeri ini dan pelancong dari luar. Bagi yang melancong ke Negeri Kedah, jangan lepaskan peluang untuk singgah sebentar di pusat membeli belah yang ada di negeri ini.

Pusat Membeli Belah Di Kedah Yang Sering Dikunjungi

Destinasi di bawah merupakan beberapa pusat membeli belah di Kedah selain daripada Pulau Langkawi yang sering menjadi tumpuan terumatanya pada hujung minggu. Lokasi ini memang penuh dengan orang ramai terutamanya rakyat Malaysia sendiri.

Semoga artikel ini memberi inspirasi kepada anda yang kaki shopping untuk mencari tempat membeli belah yang terbaik di dalam Negeri Kedah.

1. Aman Central

Aman Central Alor Setar Pusat Membeli Belah Di Kedah

Aman Central yang terletak di Alor Setar, Kedah ini antara pusat membeli belah yang terbaru dibina di daerah ini yang menempatkan lebih 300 lot kedai yang menawarkan pelbagai jenis barangan tempatan dan barangan berjenama untuk para pengunjung yang datang ke pusat membeli belah ini.

Antara barangan yang dijual disini adalah seperti barangan harian, pakaian, barangan kecantikan, barangan kesihatan, barangan elektrik dan digital serta pusat hiburan yang pasti memberikan pengalaman yang berbeza kepada pengunjung yang datang kesini. Disini juga ada panggung wayang GSC untuk peminat filem tempatan dan antarabangsa.

2. Kompleks Pekan Rabu

kompleks pekan rabu pusat membeli belah di kedah

Kalau ke Alor Setar tak singgah kat Pekan Rabu memang tak sah. Kompleks yang merupakan antara kompleks tertua disini menawarkan pelbagai barangan tempatan dengan harga yang berpatutan. Lokasi ini lebih kurang di Masjid India dan Jalan TAR jika di Kuala Lumpur.

Pelbagai jenis barangan yang ada dijual disini terutamanya pakaian untuk lelaki dan wanita, barangan dapur serta makanan yang sedap juga ada dijual disini. Jadi jika anda ke Alor Setar jangan lupa singgah disini ya.

3. Amanjaya Mall

Amanjaya Mall Sungai Petani Pusat Membeli Belah di Kedah

Amanjaya Mall yang terletak di Sungai Petani ini merupakan antara pusat membeli belah yang menjadi tumpuan masyarakat tempatan yang datang kesini untuk membeli belah dan bersantai bersama sahabat dan keluarga. Jika hari minggu dan cuti memang penuh pusat membeli belah ini.

Disini juga menawarkan pelbagai jenis barangan tempatan dan barangan berjenama dengan harga yang berpatutan. Untuk hiburan, disini juga menawarkan pusat bowling dan panggung wayang.

4. Central Square

Central Square Sungai Petani

Central Square merupakan antara pusat membeli belah yang seringkali menjadi tumpuan orang ramai terutamanya hari cuti dan hari minggu. Lokasi pusat ini ditengah-tengah pusat bandar Sungai Petani menjadikannya mudah dikunjungi oleh ramai.

Disini juga ada menawarkan pelbagai jenis barangan tempatan dan barangan berjenama dengan harga yang berpatutan seperti pakaian lelaki dan wanita, barang kemas, barangan kesihatan dan kecantikan dan banyak lagi.

5. Sentosa Plaza

Sentosa Plaza Alor Setar Kedah

Bagi peminat barangan digital dan gadget, pusat membeli belah Sentosa Plaza yang terletak di Alor Setar ini memang sesuai untuk anda. Disini ada menjual pelbagai barangan komputer, telefon pintar, tablet dan sebagainya.

Jadi sekiranya anda perlukan barangan digital dan gadget disinilah tempatnya. Harganya juga berpatutan. Pusat membeli belah ini lebih kurang macam Plaza Low Yat yang ada di Kuala Lumpur.

6. Village Mall

village mall sungai petani

Village Mall yang terletak di Sungai Petani ini merupakan antara pusat membeli belah tumpuan dikalangan penduduk tempatan. Pusat membeli belah ini juga menawarkan pelbagai lot kedai yang menjual pelbagai jenis barangan harian dan barangan berjenama.

Antara yang ada dijual disini adalah pakaian lelaki dan wanita, barangan kecantikan, kesihatan, makanan, minuman dan banyak lagi. Disini juga ada pusat hiburan seperti arked permainan video, pusat karaoke dan banyak lagi.

___

Tak sah kalau ke Negeri Kedah kalau tidak membeli belah. Lagi-lagi jika pulang dengan tangan kosong tanpa buah tangan. Semoga dengan senarai 6 tempat pusat membeli belah di Kedah diatas dapat membantu anda merancang percutian di negeri ini pada masa akan datang. Kalau nak banyak lagi pusat membeli belah di negeri ini sudah semestinya ada di Pulau Langkawi.

Sila tinggalkan komen dibawah sekiranya anda ada pusat membeli belah di Kedah lain yang ingin dikongsikan kepada kami. Jangan lupa like CutiSini.com di Facebook, jadi anda akan terus-menerus dapat membaca artikel menarik seperti ini. Terima kasih.

0 komen pembaca

Tiada komen lagi. Jadi yang pertama komen artikel ini.

Buat Komen

Nota: Alamat e-mel anda tidak akan dikongsi oleh pihak ketiga. Ruang bertanda * adalah wajib diisi.

Lagi Artikel Menarik