Senarai pusat membeli belah di Pulau Pinang ini adalah untuk rujukan kepada anda yang ingin melancong ke Pulau Pinang. Penang sememangnya terkenal dengan banyak tempat membeli belah yang menarik yang boleh anda lawati sama ada untuk mencari cenderahati mahupun hanya untuk cuci-cuci mata.

Pulau Pinang terkenal sebagai destinasi percutian yang mempunyai pelbagai jenis tarikan pelancongan, makanan sedap, hotel dan pusat membeli belah yang sememangnya menjadi tumpuan rakyat tempatan dan pelancong dari luar yang datang ke negeri ini sama ada untuk bercuti, berbulan madu ataupun atas urusan kerja.

11 Pusat Membeli Belah Di Pulau Pinang

Destinasi di bawah merupakan beberapa pusat membeli belah di Pulau Pinang yang sering menjadi tumpuan orang ramai dan pelancong luar terumatanya pada hujung minggu. Memang penuh dengan orang ramai terutamanya rakyat Malaysia sendiri yang datang kesini untuk membeli belah pelbagai jenis barangan harian, pakaian, barang perhiasan, menonton wayang, berhibur dan sebagainya.

Semoga artikel 11 pusat membeli belah di Pulau Pinang yang kami sediakan dibawah ini dapat memberikan sedikit sebanyak inspirasi kepada anda yang kaki shopping untuk mencari tempat membeli belah yang terbaik di Pulau Pinang untuk bercuti nanti.

1. Plaza Gurney

Plaza Gurney pusat membeli belah di Pulau Pinang

Plaza Gurney yang terletak di Persiaran Gurney ini menempatkan lebih 300 lot kedai termasuk Parkson, GSC dan banyak lagi dimana disini menyediakan pelbagai jenis barangan tempatan dan barangan antarabangsa seperti Cath Kidston, Bonia, Guess, Calvin Klein dan banyak lagi.

Plaza Gurney juga berhampiran dengan Gurney Paragon menjadikan lokasi ini memang menjadi tumpuan penduduk tempatan dan pelancong luar untuk bersantai dan membeli belah.

2. Gurney Paragon

Gurney Paragon pusat membeli belah di Penang

Gurney Paragon terletak di Persiaran Gurney ini menawarkan pelbagai jenis barangan gaya hidup dan fesyen terkini. Anda boleh cari pakaian kegemaran anda di tingkat pertama dan kedua dimana disini ada menyediakan lebih daripada 40 kedai fesyen. Jika ingin menjamu selera anda boleh memilih daripada 30 jenis restoran yang ada disini.

Gurney Paragon dibuka dari jam 10 pagi hingga 10 malam. Pusat membeli belah ini antara pusat membeli belah yang terkenal di Penang dan seringkali menjadi tumpuan orang ramai dan pelancong luar terutamanya pada musim cuti dan musim perayaan.

3. 1st Avenue Mall

1st Avenue Mall pusat membeli belah di pulau pinang

1st Avenue Mall terletak di bandar Georgetown menempatkan pelbagai jenis lot kedai yang menjual pelbagai jenis barangan tempatan dan barangan berjenama antarabangsa seperti H&M, Victoria Secret Cotton On, Coach, Sketchers dan banyak lagi yang boleh dipilih oleh pengunjung. Pusat membeli ini juga berhampiran dengan Penang Times Square, KOMTAR dan Prangin Mall menjadikan ianya mudah dikunjungi dan menjadi tumpuan.

Selain daripada lot-lot kedai disini juga ada menyediakan pelbagai jenis pusat hiburan untuk pengunjung bersantai dan meluangkan masa bersama keluarga dan sahabat. Antaranya seperti panggung wayang, bowling, cafe internet, pusat karaoke, snooker, permainan video dan banyak lagi.

4. Queensbay Mall

Queensbay Mall

Queensbay Mall merupakan salah satu pusat membeli belah di Pulau Pinang yang seringkali menjadi tumpuan orang ramai. Pusat membeli belah yang terletak di Bayan Lepas ini merupakan pusat zon perdagangan bebas yang sangat meriah, Queensbay Mall terletak berdekatan dengan Jambatan Pulau Pinang pertama dan kedua, serta Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang.

Queensbay Mall mempunyai 5 tingkat lot-lot kedai barangan tempatan dan jenama antarabangsa. Antara produk yang ditawarkan di pusat membeli belah ini adalah seperti fesyen, gaya hidup, makanan, hiburan, sukan, elektronik, perabot rumah dan banyak lagi.

5. Straits Quay

Straits Quay Penang

Inginkan pengalaman membeli belah yang lain daripada lain seperti membeli belah di luar negara? Anda boleh cuba pergi ke Straits Quay yang terletak di Jalan Sri Tanjung Pinang untuk merasai sendiri pengalaman membeli belah di pusat membeli-belah terbuka. Disini terdapat pelbagai barangan jenama antarabangsa yang boleh anda pilih seperti Converse, Bran et Daguet, Shoepoint dan banyak lagi.

Lokasi ini juga sangat cantik terutamanya pada waktu malam kerana banyak lampu-lampu yang menarik dan menghadap dengan marina. Disini juga terdapat pelbagai cafe dan restoran seperti Irish Healy Mac, Starbucks Coffee, PappaRich, Dome Cafe, Blue Reef Fish & Chips dan banyak lagi. Memang sesuai untuk membeli belah dan bersantai.

6. Komtar Penang

Komtar Penang

Komtar yang terletak di Georgetown ini merupakan ikon di Pulau Pinang. Banggunan pusat membeli belah setinggi 65 tingkat ini seringkali menjadi tumpuan orang ramai dan pelancong luar untuk membeli belah barangan tempatan dan barangan jenama antarabangsa.

Disini ada banyak menjual barangan fesyen, kosmetik, barangan elektronik dan banyak lagi. Kalau naik ke tingkat atas sekali anda boleh melihat panorama bandar Georgetown dan melihat matahari terbenam. Memang satu pengalaman yang tak boleh dilupakan membeli belah sambil melihat keindahan bandar ini.

7. Prangin Mall

Prangin Mall Georgetown Pulau Pinang

Prangin Mall terletak berhampiran dengan Komtar di bandar Georgetown. Di pusat membeli belah ini juga menawarkan banyak barangan tempatan dan barangan jenama antarabangsa seperti barangan fesyen, barangan elektronik, makanan dan banyak lagi dengan harga yang murah. Pusat membeli belah ini memang menjadi tumpuan penduduk tempatan terutamanya cuti hujung minggu dan musim perayaan.

8. Island Plaza

Island Plaza

Island Plaza terletak berhampiran dengan Batu Ferringhi. Pusat membeli belah ini menyediakan pelbagai jenis jualan barangan fesyen, pasaraya, barangan elektronik dan banyak lagi untuk pengunjung-pengunjungnya. Antara barangan berjenama yang ada disini adalah seperti Quiksilver, CK Jeans, MNG, Nike, Body Glove dan banyak lagi.

9. Penang Plaza

Penang Plaza

Penang Plaza merupakan antara salah satu pusat membeli-belah tertua di Pulau Pinang yang terletak di bandar Georgetown. Seperti pusat membeli belah lain, Penang Plaza menawarkan pelbagai jenis barangan jenama tempatan dan jenama antarabangsa dengan harga yang berpatutan. Disini juga menempatkan pusat belian Giant untuk membeli keperluan harian.

10. Penang Times Square

Penang Times Square

Bukan kat KL ke yang ada Times Square. Kat Penang pun ada Penang Times Square yang terletak 1km dari Komtar di bandar Georgetown. Pusat membeli belah ini merupakan projek pembangunan bercampur yang terdiri daripada pusat membeli-belah, menara kediaman dan blok pejabat.

Pusat membeli belah ini antara pusat membeli belah yang menjadi tumpuan di negeri ini yang menawarkan pelbagai jenis barangan jenama antarabangsa seperti fesyen sekitar 3 tingkat, baranagan kosmetik, barangan elektronik, restoran, cafe dan banyak lagi. Kalau waktu malam pusat membeli belah ini memang meriah.

11. Bazar Chowrasta

Bazar Chowrasta pusat membeli belah di Pulau Pinang

Bazar Chowrasta merupakan pasar yang menempatkan bahagian untuk pasar basah dan kering. Memandangkan lokasinya yang strategik dan mudah diakses orang ramai, ianya sentiasa dipenuhi pengunjung untuk mencari bahan mentah makanan.

Selain itu, di sini juga terdapat bahagian yang menjual aneka pilihan jeruk seperti buah pala, betik, salak dan sebagainya. Di tingkat duanya pula lebih kepada tempat yang kering yang menjual barangan seperti buku, baju, aksesori dan sebagainya.

___

Tak sah kalau ke Pulau Pinang kalau tidak membeli belah. Lagi-lagi jika pulang dengan tangan kosong tanpa buah tangan. Memang rugi! Semoga dengan senarai 11 tempat pusat membeli belah di Pulau Pinang diatas dapat membantu anda merancang percutian di negeri ini pada masa akan datang. Penang memang terkenal sebagai syurga membeli belah di kawasan utara.

Sila tinggalkan komen dibawah sekiranya anda ada pusat membeli belah di Pulau Pinang lain yang ingin dikongsikan kepada kami. Jangan lupa like CutiSini.com di Facebook, jadi anda akan terus-menerus dapat membaca artikel menarik seperti ini. Terima kasih.

0 komen pembaca

Tiada komen lagi. Jadi yang pertama komen artikel ini.

Buat Komen

Nota: Alamat e-mel anda tidak akan dikongsi oleh pihak ketiga. Ruang bertanda * adalah wajib diisi.

Lagi Artikel Menarik