Senarai pusat membeli belah di Johor ini adalah untuk rujukan kepada anda yang ingin melancong ke Negeri Johor. Selain dari kepelbagaian tarikan pelancongan, disini juga terdapat pusat membeli belah yang menjadi tumpuan kalangan warga tempatan dan warga Singapura untuk membeli belah.

Jika anda melancong ke Johor Darul Takzim, rasa tak lengkap sekiranya anda tidak singgah sebentar di pusat membeli belah yang ada di negeri ini. Jangan lupa bawa balik cenderahati atau buah tangan untuk diberikan kepada rakan-rakan atau ahli keluarga anda.

9 Pusat Membeli Belah Di Johor Sering Dikunjungi

Dibawah adalah 9 pusat membeli belah di Johor yang sering dikunjungi oleh masyarakat tempatan dan juga pelancong dari luar. Rata-rata pusat membeli belah ini sesak terutamanya pada hari cuti dan waktu perayaan untuk membeli belah dan makan.

Semoga dengan senarai pusat membeli belah di Johor di bawah ini dapat memberi anda idea untuk cuci cuci mata, lepak-lepak dan mencari sesuatu yang berkenan di hati kalau anda bercuti ke Johor kelak.

1. Johor Premium Outlets

Johor Premium Outlets Pusat Membeli Belah Di Johor

Johor Premium Outlets atau lebih dikenali sebagai JPO ialah tempat membeli-belah yang mesti dikunjungi jika bercuti ke Johor Bahru. Ia adalah cawangan Premium Outlets yang pertama di Malaysia.

Kepada pengunjung yang belum pernah ke sana, Johor Premium Outlets ialah tempat membeli-belah yang menjual berbagai barangan berjenama dari luar negara dan harga di sini juga sangat berpatutan.

2. City Square JB

City Square JB Pusat Membeli Belah Di Johor

City Square JB merupakan sebuah shopping mall yang moden dan menempatkan pelbagai shoplot yang menjual pelbagai barangan dalam pelbagai kategori. Terdapat juga foodcourt di sini yang sering menjadi pilihan warga kota untuk makan-makan.

Shopping mall ini seringkali menjadi tumpuan orang muda dan warga kota JB terumatanya pada hari minggu dan cuti umum untuk bersantai dan membeli belah kerana terletak di tengah-tengah pusat bandar Johor Bahru.

3. Komtar JBCC Shopping Complex

Komtar JBCC Shopping Complex

Komtar JBCC Shopping Complex bersebelahan dengan banggunan Komtar yang dibuka pada November 2014 ini merupakan shopping mall atau plaza yang besar dan menempatkan banyak lot kedai dan foodcourt yang best.

Pelbagai barang berjenama dari dalam negara dan luar negara pun ada ditawarkan disini. Pilihan restoran di pusat membeli belah ini juga menyediakan pelbagai makanan tradisional Johor yang boleh dicuba.

4. Bazaar Johor (Bazaar Karat)

Bazaar Johor (Bazaar Karat)

Bazaar Johor atau Bazaar Karat merupakan sebuah pasar malam di tengah-tengah bandaraya Johor Bahru yang menjual pelbagai barangan seperti pakaian, barangan antik, kasut, stokin, tali pinggang dan macam-macam lagi.

Satu tempat menarik di Johor Bahru yang sangat meriah pada waktu malam terutamanya di hujung minggu. Disini juga terdapat banyak gerai yang menjual pelbagai jenis makanan. Memang sesuai untuk bersantai berborak bersama teman.

5. AEON Tebrau City

AEON Tebrau City

AEON Tebrau City yang terletak di Taman Desa Tebrau ini merupakan pusat membeli-belah kedua terbesar selepas KSL City. AEON Tebrau City juga terletak di pusat bandaraya dan ia mempunyai 3 tingkat pusat membeli-belah yang merangkumi pelbagai outlet antarabangsa.

Pusat membeli belah ini menawarkan pelbagai jenis barangan dan panggung wayang yang menjadi pilihan warga tempatan untuk membeli belah dan bersantai. Ia dibuka dari pukul 9.30 pagi hingga 11.00 malam.

6. Angsana Johor Bahru Mall

Angsana Johor Bahru Mall

Angsana Johor Bahru Mall yang terletak di Tampoi, Johor Bahru ini dahulunya dikenali sebagai Plaza Angsana dan telah diubah kepada nama sekarang bermula pada tahun 2014.

Pusat membeli belah ini merupakan antara pusat membeli belah yang terawal ada pada di JB. Disini juga terdapat pelbagai jenis barangan tempatan dan antarabangsa yang ditawarkan kepada pengunjung.

7. The Zon Stulang JB

The Zon Stulang JB

The Zone Stulang JB yang terletak di Stulang ini sebuah pusat perniagaan pelbagai kegunaan milik Naluri Corporation Bhd di Stulang yang terkenal kerana berstatus bebas cukai.

Pusat membeli belah ini terdiri daripada bangunan lima tingkat yang menyediakan medan beli-belah termasuk butik pakaian, kedai barang keperluan, restoran, dan kedai-kedai bebas cukai yang menjual barangan-barangan bermutu tinggi termasuk coklat, arak dan hasil tembakau, kepada pelanggan yang layak khususnya pelancong.

8. Skudai Parade

Skudai Parade

Skudai Parade yang terletak di Skudai, Johor ini memang tumpuan dikalangan warga tempatan dan pelajar dari UTM. Pusat membeli belah ini menawarkan pelbagai jenis barangan dari pakaian, barangan keperluan dan banyak lagi.

Disini juga ada menyediakan pusat hiburan seperti panggung wayang, bowling dan karaoke yang sentiasa menjadi tumpuan pengunjung terumatanya pada hari minggu dan cuti umum.

9. AEON Bukit Indah Johor Bahru

AEON Bukit Indah Johor Bahru
Jusco AEON Taman Bukit Indah ini hanya terletak 5 minit perjalanan dari Legoland Malaysia dan merupakan antara shopping kompleks terbesar di Johor Bahru serta yang paling hampir dengan Legoland Malaysia.

Pusat membeli belah ini sering dikunjungi penduduk sekitar Johor Bahru dan juga popular di kalangan pengunjung dari Singapura kerana jaraknya yang cuma 25 minit dari Tuas di Singapura.

Jadi memang tak hairan, jika di waktu hujung minggu banyak kereta-kereta yang mempunyai plat pendafataran Singapura kelihatan di sini. Bukan sahaja kereta-kereta berplat Singapore, bas-bas pelancong dari Singapore juga dilihat banyak menurunkan pelancong-pelancong di sini.

___

Selain daripada 9 pusat membeli belah di Johor yang menjadi tumpuan seperti diatas ada banyak lagi pusat membeli belah lain yang mungkin anda boleh cuba kunjungi. Antaranya adalah KSL City Mall, The LakeFront @ Southkey, Sutera Mall, Perling Mall, Galleria @ Kotaraya, SouthKey Megamall dan banyak lagi.

Tak sah kalau pergi ke Negeri Johor kalau tidak membeli belah. Lagi-lagi jika pulang dengan tangan kosong tanpa buah tangan. Semoga dengan senarai 9 tempat pusat membeli belah di Johor diatas dapat membantu anda merancang percutian di Negeri Johor pada masa akan datang.

Jika anda ada pusat membeli belah di Johor lain yang ingin dikongsikan kepada kami, sila komen dibawah. Jangan lupa like CutiSini.com di Facebook, jadi anda akan terus-menerus dapat membaca artikel cuti-cuti Malaysia seperti ini. Terima kasih.

0 komen pembaca

Tiada komen lagi. Jadi yang pertama komen artikel ini.

Buat Komen

Nota: Alamat e-mel anda tidak akan dikongsi oleh pihak ketiga. Ruang bertanda * adalah wajib diisi.

Lagi Artikel Menarik