Pusat membeli belah di Kuala Lumpur ini adalah untuk rujukan pengunjung yang ke Kuala Lumpur sama ada untuk bercuti atau pun atas urusan bekerja.

Kuala Lumpur, selain menjadi tarikan sebagai destinasi pelancongan buat masyarakat tempatan dan pelancong dari luar yang ke ibukota untuk meluangkan masa bersama keluarga dan menjamu selera, Kuala Lumpur juga dikenali sebagai syurga tempat pusat membeli-belah.

Bagi yang kaki shopping, destinasi ibukota Kuala Lumpur sememangnya ibarat syurga bagi anda. Baik barangan berjenama, barangan borong, barangan cenderahati atau apa sahaja, Kuala Lumpur mempunyai pelbagai tempat shopping menarik yang boleh dikunjungi.

Tak melampau kalau dikatakan, Kuala Lumpur merupakan destinasi membeli belah yang paling lengkap di Malaysia.

Tempat Pusat Membeli Belah Di Kuala Lumpur

Terdapat banyak pilihan pusat membeli belah di Kuala Lumpur untuk anda kunjungi dan pelbagai barangan juga ditawarkan disini sama ada barangan tempatan dan juga barangan antarabangsa dari harga yang rendah dan harga yang tinggi.

Bagi memudahkan pencarian anda, disini kami senarai beberapa pusat membeli belah di Kuala Lumpur yang boleh dijadikan sebagai rujukan anda.

Semoga dengan senarai pusat membeli belah di Kuala Lumpur di bawah ini dapat memberi anda idea untuk cuci cuci mata, lepak-lepak dan mencari sesuatu yang berkenan di hati kalau anda bercuti ke Kuala Lumpur kelak.

1. Suria KLCC Mall

Suria KLCC Mall Pusat Membeli Belah Di Kuala Lumpur

Suria KLCC adalah pusat membeli-belah yang sangat popular di kalangan masyarakat tempatan dan pelancong dari luar. Ia terletak di kaki Menara Berkembar Petronas.

Suria KLCC menawarkan banyak lot kedai yang majoritinya menawarkan produk barangan berjenama. Di sini juga terdapat medan selera yang menarik serta pilihan restoran yang sedap-sedap. Dan lebih menarik, ianya hanya bersebelahan dengan KLCC park yang sesuai untuk anda lepak-lepak.

2. Pavilion Kuala Lumpur

Pavilion Kuala Lumpur Pusat Membeli Belah Di Kuala Lumpur

Bagi yang inginkan sebuah destinasi membeli belah yang banyak pilihan dan menawarkan pelbagai jenis pilihan produk terutamanya yang branded atau sederhana, apa kata ke Pavilion Kuala Lumpur yang terletak di Bukit Bintang ini.

Pavilion Kuala Lumpur mempunyai lebih 400 lot kedai pelbagai kategori dan juga mempunyai medan selera yang agak besar di aras 7 bangunan. Pilihan restoran-restoran di dalam mall ini juga banyak.

3. Berjaya Time Square Mall

Berjaya Time Square Mall

Berjaya Time Square Mall terletak di Bukit Bintang dan shopping mall ini juga sangat popular di kalangan pelancong dalam dan luar negara. Yang menariknya, disini ada sebuah hotel yang berkongsi bangunan dengan mall ini.

Di dalam Berjaya Time Square Mall ini juga terdapat sebuah taman tema indoor yang menempatkan beberapa permainan yang sangat menarik untuk anak-anak seperti roller coaster. Boleh bawa anak-anak anda disini untuk bermain sambil membeli-belah.

4. Mid Valley Megamall

Cititel Mid Valley Hotel

Mid Valley Megamall menempatkan ratusan lot kedai dengan pelbagai pilihan barangan berjenama dalam dan luar negara. Shopping mall ini memang sangat besar dan sentiasa tidak lekang dengan kunjungan orang ramai terutamanya di hujung minggu.

Kalau anda kesini, apa kata anda cuba ke tingkat atas sekali untuk ke food court dan mencuba pelbagai jenis hidangan makanan yang ada di Mid Valley Megamall ini. Kalau penat membeli belah boleh juga anda meluangkan masa bermain bowling atau menonton wayang.

5. NU Sentral

NU Sentral

NU Central antara pusat membeli belah yang baru sahaja dibuka pada orang ramai. Pusat membeli belah ini terletak di bawah satu bumbung dengan Kuala Lumpur Sentral (KL Sentral) dan menawarkan banyak lot kedai yang menjual barangan yang berjenama popular atau yang sederhana.

NU Central dimiliki sepenuhnya oleh Pelaburan Hartanah Berhad & Nu Central juga adalah sebahagian daripada pelaburan yang nilainya mencecah sehingga RM 1.4 billon.

6. KL Sogo

KL Sogo

Setiap kali hujung tahun, memang banyak jualan murah yang ditawarkan di KL Sogo terutamanya produk barangan dan aksesori wanita seperti kasut, handbag, minyak wangi dan sebagainya.

Harga-harganya pula sangat mampu milik dan sesuai untuk anda yang kaki shopping untuk menghabiskan masa di sini pada hujung tahun. Pusat membeli belah ini sentiasa penuh pada hujung minggu.

7. The Garden

The Garden

Pusat membeli belah The Garden ini bersambungan dengan Mid Valley Megamall dan di sini terdapat lebih 200 lot kedai. Kebanyakannya ada menjual barangan dan produk kategori high end dari luar negara seperti Burberry, Louis Vitton, Celvin Klein dan sebagainya.

The Garden mungkin sesuai kalau dikatakan sebagai tempat shopping untuk orang berada yang nak memcari barangan berjenama dan esklusif.

8. Sungei Wang & BB Plaza

Sungei Wang & BB Plaza

Sungei Wang & BB Plaza menempatkan lot kedai yang kebanyakkanya boleh dikatakan harga-harganya lebih mampu milik sekiranya nak dibandingkan dengan pilihan yang ada di pusat membeli belah lain di sekitarnya seperti di Lot 10.

Tempat membeli belah ini juga agak besar dan boleh membuatkan orang yang pertama kali di sini sesat untuk mencari pintu keluar. Nak cari barangan kamera dengan harga mampu milik? Ini pusat membeli belah yang patut anda pergi. Lokasi ini memang sesuai untuk anda yang minat dengan fotografi.

9. Starhill Gallery

Starhill Gallery

Starhill Gallery yang terletak di pusat bandar Kuala Lumpur ini memang menjadi tumpuan kepada yang suka kepada barangan jenama antarabangsa dan menjadi tempat untuk mencuci mata.

Kalau anda berada di dalam mall ini, pasti anda terasa seperti di dalam sebuah hotel yang mewah kerana hiasan dalamannya yang sangat eksklusif. Suasana di sekelilingnya juga lebih senyap dan tidak terlalu ramai dengan orang seperti di kebanyakan shopping mall yang lain di KL.

10. Sephora

Sephora

Puast membeli belah Sephora hanya bersebelahan dengan Starhill Gallery dan Sephora merupakan destinasi yang sangat ideal bagi mereka yang gemarkan fesyen-fesyen terkini kerana kedai-kedai di sini menawarkan barangan dan aksesori untuk wanita yang terkini.

Antara yang dijual disini adalah gincu, minyak wangi dan pelbagai alatan bersolek lain yang berjenama dari luar negara terutamanya yang diimport dari Perancis, UK, Itali dan sebagainya.

11. Lot 10 Shopping Mall

Lot 10 Shopping Mall

Lot 10 Shopping Mall yang terletak di Bukit Bintang dan merupakan tempat membeli belah barangan luar negara berjenama yang lebih terkenal di kalangan warga kota Kuala Lumpur.

Shopping mall yang menempakan lebih 100 lot kedai yang menjual barangan dan fesyen kelas pertengahan dan high end. Memang sesuai untuk anda yang menjadi pelbagai jenis barangan harian dan barangan berjenama antarabangsa.

12. Plaza Low Yat

Plaza Low Yat

Plaza Low Yat merupakan sebuah kompleks bangunan yang sangat terkenal di Kuala Lumpur yang menawarkan gajet-gajet elektronik sama ada aksesori komputer, kamera, smart phone dan sebagainya.

Disini juga menempatkan pelbagai pusat khidmat pelanggan telekomunikasi yang ada di Malaysia dan gajet-gajet elektronik seperti Apple, Samsung, Canon, Asus, Dell, HP, Acer dan sebagainya.

13. Central Market

Central Market

Ada dikalangan kita yang lebih mengenali pusat membeli belah ini sebagai Pasar Seni atau mungkin CM sahaja. Central Market menjadi tumpuan pelancong kerana di sinilah tempat yang sangat ideal untuk dilawati sekiranya anda seorang penggemar barangan kraftangan dan seni tempatan.

Selain membeli hasil karya yang ada di sini pengunjung juga boleh cuci-cuci mata dengan produk unik yang ada di sini.

____

Selain dari 13 pusat membeli belah di Kuala Lumpur seperti diatas ini, sebenarnya banyak lagi tempat membeli belah yang ada Kuala Lumpur. Namun 13 pusat membeli belah di Kuala Lumpur di atas ini antara pusat membeli belah yang terkenal di kalangan masyarakat tempatan dan pelancong luar.

Semoga beberapa cadangan pusat membeli belah di Kuala Lumpur seperti di atas memberi anda secebis dua idea di mana untuk menghabiskan masa dan lepak-lepak bersama kawan-kawan atau keluarga kelak.

Jika anda ada pusat membeli belah di Kuala Lumpur lain yang ingin dikongsikan kepada kami, sila komen dibawah. Jangan lupa like CutiSini.com di Facebook, jadi anda akan terus-menerus dapat membaca artikel cuti-cuti Malaysia seperti ini. Terima kasih.

0 komen pembaca

Tiada komen lagi. Jadi yang pertama komen artikel ini.

Buat Komen

Nota: Alamat e-mel anda tidak akan dikongsi oleh pihak ketiga. Ruang bertanda * adalah wajib diisi.

Lagi Artikel Menarik