Senarai pusat membeli belah di Melaka ini adalah untuk rujukan kepada anda yang ingin melancong ke Negeri Melaka. Negeri Melaka seringkali menjadi tumpuan pelancong dari dalam negara dan juga luar negara kerana disini terdapat pelbagai tarikan pelancongan yang boleh dikunjungi dan diantaranya adalah pusat membeli belah yang menawarkan barangan tempatan dan berjenama.

Jika anda melancong ke Negeri Melaka, rasa tak lengkap sekiranya anda tidak singgah sebentar di pusat membeli belah yang ada di negeri ini. Jangan lupa bawa balik cenderahati atau buah tangan untuk diberikan kepada rakan-rakan atau ahli keluarga anda.

Pusat Membeli Belah Di Melaka Sering Dikunjungi

Dibawah adalah pusat membeli belah di Melaka yang sering dikunjungi oleh masyarakat tempatan dan juga pelancong dari luar. Rata-rata pusat membeli belah ini sesak terutamanya pada hari cuti dan waktu perayaan.

Semoga dengan senarai pusat membeli belah di Melaka di bawah ini dapat memberi anda idea untuk cuci cuci mata, lepak-lepak dan mencari sesuatu yang berkenan di hati kalau anda bercuti ke Negeri Melaka kelak.

1. Dataran Pahlawan Megamall

Dataran Pahlawan Megamall Pusat Membeli Belah Di Melaka

Dataran Pahlawan Megamall terletak di Bandar Hilir ini seringkali menjadi tumpuan orang ramai kerana ianya terletak di tengah-tengah kota bersejarah Melaka dan bersebelahan dengan Dataran Pahlaman. Pusat membeli belah ini juga dikelilingi oleh tempat-tempat bersejarah seperti A’Famosa dan St. Paul’s Hill yang merupakan antara tarikan di Negeri Melaka.

Pusat membeli-belah ini menawarkan pelbagai jenis kedai-kedai barangan berjenama, pusat hiburan, kedai makanan dan minuman serta kedai-kedai cenderamata yang sentiasa memenuhi keperluan pelawat dari semua peringkat umur dengan harga yang berpatutan.

2. Mahkota Parade Shopping Mall

Mahkota Parade Shopping Mall Pusat Membeli Belah Di Melaka

Mahkota Parade adalah salah satu pusat membeli-belah pertama di Melaka. Ia menempatkan hampir 200 kedai yang menawarkan barangan jenama antarabangsa, kedai makanan dan minuman dan pusat hiburan. Pusat membeli belah ini dibuka pada tahun 1994, pusat membeli-belah empat tingkat itu baru-baru ini diperbaharui untuk menampilkan rekabentuk yang lebih moden dan memenuhi citarasa pengunjung.

Dengan lebih dari 1,000 tempat letak kereta, Mahkota Parade adalah tempat kegemaran orang ramai pada hujung minggu dan cuti umum untuk untuk aktiviti membeli-belah dan bersantai. Pusat membeli-belah ikonik ini juga terletak betul-betul di tengah-tengah pusat bandar, dikelilingi tempat mercu tanda Melaka yang terkenal, seperti A’Famosa, St. Paul Hill dan Dataran Pahlawan Megamall.

3. Jonker Street

Jonker Street

Jonker Street sangat terkenal di kalangan pelancong luar dan di seluruh dunia. Disini terdapat galeri dan muzium yang berusia berabad lamanya dan tinggalan sejarah yang tidak ternilai harganya.

Pengunjung yang datang kesini boleh merasai makanan tempatan antaranya asam pedas Melaka atau pelbagai jenis masakan yang menyelerakan. Pengunjung juga boleh mendapatkan pelbagai koleksi barangan tempatan, barnagan ukiran tangan dan barangan antik untuk dijadikan sebagai buah tangan.

Jika anda penggemar kepada barangan perhiasan buatan tangan terumatanya barangan wanita, anda boleh dapatkannya di Jonker Street. Anda juga boleh hadiahkannya kepada orang yang tersayang. Ingin rasakan suasana yang klasik, Jongker Street lokasi terbaik untuk anda membeli belah.

4. Hatten Square Suites & Shoppes

Hatten Square Suites & Shoppes

Hatten Square Suites & Shoppes adalah pusat membeli belah di dalam hotel yang pertama di Negeri Melaka. Pusat membeli belah ini adalah pusat membeli belah yang bergaya moden dan mempunyai banyak lot kedai yang menjual barangan produk tempatan dan jenama antarabangsa.

Jika anda nak mencari barangan berjenama antarabangsa dengan harga yang murah disinilah tempatnya. Disini ia menawarkan harga yang lebih rendah daripada harga pasaran antarabangsa.

5. Freeport A’famosa Outlet

Freeport A’famosa Outlet

Freeport A’famosa Outlet yang terletak di Alor Gajah ini merupakan syurga membeli-belah untuk pengunjung yang berkunjung ke Melaka yang terletak tidak jauh dari ibu kota Kuala Lumpur.

Di Freeport A’famosa Outlet Village ini, lebih daripada 70 kedai premium adalah jenama luar negara yang menawarkan barangan original dan berkualiti dengan harga yang telah diberi diskaun 30% – 70%.

Dengan permandangannya yang sangat menawan kerana struktur rekaan dan susunan bangunan nya yang ala-ala Eropah, anda akan juga dapat mengambil kesempatan ini untuk menangkap gambar sambil bersantai dan membeli-belah di kedai-kedai premium di sini.

6. Plaza Hang Tuah

Plaza Hang Tuah

Plaza Hang Tuah yang terletak di Jalan Hang Tuah ini seringkali menjadi tumpuan orang ramai terumatanya pada hari minggu dan cuti sekolah yang ingin membeli belah barangan gajet dan barangan keperluan harian.

Disini juga adalah tempat terbaik untuk anda kunjungi jika anda berminat untuk temui lebih banyak produk buatan tempatan Melaka. Di sini, anda tidak hanya akan mencari keperluan harian tetapi anda juga akan dapat mencari barang-barang buatan tempatan yang unik yang boleh dijadikan kenangan lawatan anda ke Melaka.

7. Melaka Batik House

Melaka Batik House

Melaka Batik House yang terletak di Ayer Keroh ini dimiliki oleh Noor Arfa Sdn Bhd merupakan satu usaha untuk membawa seni batik kepada orang ramai terutamanya pelancong luar untuk mengenali lebih dekat dengan seni tradisional dan budaya Malaysia. Batik adalah jenis kain yang dicetak dengan corak berwarna-warni melalui penggunaan lilin dan pewarna.

Pengunjung yang datang kesini boleh mendapatkan pelbagai jenis produk batik seperti baju lelaki dan wanita dan juga barangan kraftangan. Anda juga boleh belajar mencuba mencanting batik disini.

8. The Orangutan House

The Orangutan House

The Orangutan House adalah galeri seni dan cenderamata yang memang popular dikalangan pelancong dari luar negara. Disini ada menawarkan pelbagai jenis rekabentuk cetakan t-shirt, ukiran tangan dan pelbagai jenis lagi barangan yang unik.

Jika anda sukakan sesuatu yang unik dan kreatif lokasi ini memang sesuai untuk anda membeli belah. Jangan lupa dapatkan sehelai dua t-shirt atau cenderahati disini untuk dibawa balik.

___

Tak sah kalau pergi ke Negeri Melaka kalau tidak membeli belah. Lagi-lagi jika pulang dengan tangan kosong tanpa buah tangan. Semoga dengan senarai 8 tempat pusat membeli belah di Melaka diatas dapat membantu anda merancang percutian di Negeri Melaka pada masa akan datang.

Jika anda ada pusat membeli belah di Melaka yang ingin dikongsikan kepada kami, sila komen dibawah. Jangan lupa like CutiSini.com di Facebook, jadi anda akan terus-menerus dapat membaca artikel cuti-cuti Malaysia seperti ini. Terima kasih.

0 komen pembaca

Tiada komen lagi. Jadi yang pertama komen artikel ini.

Buat Komen

Nota: Alamat e-mel anda tidak akan dikongsi oleh pihak ketiga. Ruang bertanda * adalah wajib diisi.

Lagi Artikel Menarik