Senarai pusat membeli belah di Negeri Sembilan ini adalah untuk rujukan pengunjung yang ke Negeri Sembilan sama ada untuk bercuti ataupun atas urusan bekerja.

Selain daripada tempat-tempat menarik untuk dilawati, makanan dan pilihan hotel, di Negeri Sembilan juga terdapat banyak pilihan pusat membeli belah yang boleh dikunjungi.

Pusat Membeli Belah di Negeri Sembilan Tumpuan Orang Ramai

Dibawah adalah 8 pusat membeli belah di Negeri Sembilan yang sering dikunjungi oleh masyarakat tempatan dan juga pelancong dari luar. Rata-rata pusat membeli belah di Negeri Sembilan ini sesak terutamanya pada hari cuti dan waktu perayaan untuk membeli belah dan makan.

Semoga artikel ini memberi inspirasi kepada anda yang kaki shopping untuk mencari tempat membeli belah yang terbaik di Negeri Sembilan dan jangan lupa bawa balik buah tangan untuk sahabat dan ahli keluarga anda.

1. Nilai 3 Wholesale Centre

Nilai 3 Wholesale Centre Pusat Membeli Belah Di Negeri Sembilan

Nilai 3 Wholesale Centre merupakan satu tempat menarik di Negeri Sembilan untuk membeli belah yang wajib dikunjungi untuk mencari barangan seperti karpet, perkakasan hantaran kahwin, aksesori kereta, tekstil dan sebagainya pada harga borong.

Lokasi ini sering menjadi destinasi pilihan membeli belah untuk mereka yang baru nak kahwin atau masuk rumah baru bagi warga kota Kuala Lumpur, Selangor dan kawasan sekitarnya.

2. Rembau Crystal

Rembau Crystal Pusat Membeli Belah Di Negeri Sembilan

Rembau Crystal yang terletak di Rembau Negeri Sembilan ini merupakan tempat untuk membeli cenderahati seperti balang kristal, hiasan dalaman rumah berkristal dan sebagainya.

Pengunjung juga berpeluang melihat sendiri proses pembuatan barangan kristal di sini. Pada peminat barangan cenderahati berbentuk kristal tu, anda bolehlah dapatkan barangan cenderahati itu disini untuk hias rumah anda atau berikan kepada sahabat atau ahli keluarga anda.

3. Palm Mall Seremban

Palm Mall Seremban Pusat Membeli Belah Di Negeri Sembilan

Palm Mall Seremban merupakan sebuah shopping kompleks terbesar di Seremban yang berhubung dengan Hotel Palm. Pusat membeli belah ini menempatkan lebih 180 lot kedai yang menjual pelbagai barangan harian dan barangan berjenama.

Disini terdapat juga food court dan juga 10 panggung wayang GSC. Lokasi pusat membeli belah ini adalah bersebelahan dengan Hospital Pakar KPJ Seremban di tengah-tengah pusat bandar Seremban.

4. Seremban Prima

Seremban Prima

Seremban Prima atau Seremban Parade merupakan sebuah pusat membeli belah yang besar di Seremban dan menempatkan pelbagai pilihan barangan sama ada baju, barangan fesyen ataupun restoran.

Pusat membeli belah ini memang terkenal di kalangan penduduk di Seremban kerana terletak di tengah-tengah pusat bandar Seremban dan mudah diakses dengan KTM dan pengangkutan awam.

5. Terminal 1 Shopping

Terminal 1 Shopping

Terminal 1 Shopping yang terletak di Seremban ini merupakan satu lagi yang shopping mall di Jalan Lintang yang juga popular di kalangan warga Seremban untuk membeli belah pakaian atau barangan harian lain.

Di sini juga terdapat pusat hiburan keluarga dan juga panggung wayang GSC. Selain daripada pusat hiburan disini juga ada menyediakan pelbagai jenis makanan yang boleh dipilih seperti KFC, Pizza Hut dan sebagainya.

6. Mydin Senawang

Mydin Senawang

Mydin Senawang merupakan salah satu cawangan Mydin yang terbesar di Malaysia dan baru sahaja dibuka kepada orang ramai pada tahun 2017. Disini menempatkan lebih daripada 100 lot kedai yang menjual pelbagai barangan harian dengan harga yang rendah.

Selain daripada barangan harian, disini juga ada menjual pelbagai barangan lain seperti produk penjagaan wanita, pakaian wanita dan lelaki, barangan elektronik seperti telefon pintar dan sebagainya.

7. Teluk Kemang Port Dickson

Teluk Kemang Port Dickson

Teluk Kemang yang terletak di Port Dickson ini memang terkenal sebagai pusat peranginan dikalangan warga kota Kuala Lumpur dan negeri-negeri yang berhampiran serta pelancong dari luar yang datang kesini untuk bercuti.

Selain daripada hotel dan pantai yang ada disini, disini juga ada pelbagai jenis gerai-gerai yang menjual pelbagai barangan harian dan cenderahati seperti baju, peralatan mandian, key chain, freeze magnet dan sebagainya.

___

Tak sah kalau pergi ke Negeri Sembilan kalau tidak membeli belah. Lagi-lagi jika pulang dengan tangan kosong tanpa buah tangan. Semoga dengan senarai 7 tempat pusat membeli belah di Negeri Sembilan diatas dapat membantu anda merancang percutian di Negeri Sembilan pada masa akan datang.

Jika anda ada pusat membeli belah di Negeri Sembilan lain yang ingin dikongsikan kepada kami, sila komen dibawah. Jangan lupa like CutiSini.com di Facebook, jadi anda akan terus-menerus dapat membaca artikel cuti-cuti Malaysia seperti ini. Terima kasih.

1 komen pembaca

  1. Selepaa anda melawat negeri sembilan apa kata anda melawat melaka yg bersejarah pula..tak tahu dimana ingin tinggal ..jgn risau kami di Anugerah homestay mempunyai 9 homestay yg tersedia untuk anda termasuk yg mmpunyai private swimming pool..snda boleh layari

    http://www.AnugerahHomestay.com

Buat Komen

Nota: Alamat e-mel anda tidak akan dikongsi oleh pihak ketiga. Ruang bertanda * adalah wajib diisi.

Lagi Artikel Menarik