Senarai pusat membeli belah di Perak ini adalah untuk rujukan kepada anda yang ingin melancong ke Negeri Perak. Negeri Perak kaya dengan tarikan pelancong seperti alam semulajadi dan tempat bersejarah dimana yang menjadi tumpuan orang ramai dan pelancong luar terutamanya pada hujung minggu dan musim cuti sekolah.

Bagi yang melancong ke Negeri Perak, jangan lepaskan peluang untuk singgah sebentar di pusat membeli belah yang ada di negeri ini.

Walaupun pusat membeli belah yang ada di negeri ini tidak setanding dengan pusat membeli belah yang ada di pusat bandar Kuala Lumpur dan negeri Selangor tetapi tidak salah sekiranya anda pulang dengan sedikit buah tangan.

8 Pusat Membeli Belah Di Perak Yang Sering Dikunjungi

Destinasi di bawah merupakan beberapa pusat membeli belah di Perak yang sering menjadi tumpuan terumatanya pada hujung minggu dan musim perayaan. Memang penuh dengan orang ramai terutamanya rakyat Malaysia sendiri.

Semoga dengan senarai pusat membeli belah di Perak yang kami tulis dibawah dapat membantu anda merancang percutian ke Negeri Perak pada masa akan datang.

1. Ipoh Parade

Ipoh Parade Pusat Membeli Belah Di Perak

Ipoh Parade terletak di bandar Ipoh merupakan salah satu pusat membeli belah di perak yang selalu menjadi tumpuan orang ramai dan pelancong dari luar. Disini terdapat pelbagai jenis barangan berjenama yang dijual yang pastinya dapat memenuhi kehendak pengunjung seperti pakaian, aksesori, kasut dan macam-macam lagi.

Selain dari itu juga, turut dijual pelbagai jenis menu makanan dan hiburan yang pasti dapat memenuhi citarasa pengunjung. Disini juga sering diadakan acara dan festival terutamanya ketika musim perayaan. Memang meriah!

2. GreenTown Mall

GreenTown Mall Pusat Membeli Belah Di Perak

GreenTown Mall terletak di Ipoh menawarkan lebih daripada 100 lot kedai yang unik dan tersendiri merangkumi fesyen, hiasan di rumah, barang kemas, sukan, rekreasi dan hiburan dan banyak lagi dengan harga yang berpatutan.

3. Kinta City Shopping Centre

Kinta City Shopping Centre Pusat Membeli Belah Di Perak

The Kinta City Shopping Centre terletak di Ipoh merupakan pusat membeli belah yang tidak pernah lekang dengan orang ramai terutamanya pada hari minggu. Disini memang meriah lagi-lagi ketika musim perayaan yang memang tak lekang dengan orang ramai.

4. AEON Mall Taiping

AEON Mall Taiping Pusat Membeli Belah Di Perak

AEON Mall Taiping terletak di Taiping merupakan pusat membeli belah yang menawarkan pelbagai jenis barangan seperti pakaian, barangn kemas, kasut, beg dan banyak lagi.

5. Taiping Mall

Taiping Mall

Taiping Mall yang terletak di Taiping, Perak merupakan pusat membeli belah yang terbesar di Taiping. Pusat membeli-belah berkonsepkan gaya hidup terbaru ini direka bagi memenuhi kehendak pelanggan yang ingin membeli belah dengan lebih selesa.

Ia dibina dengan menawarkan pusat hiburan, percutian, Pusat Snooker, Pusat Hiburan Keluarga, KTV dan Café. Semua kemudahan ini mewujudkan persekitaran yang menarik bagi pembeli untuk meneroka pengalaman dan menikmati hari yang keseluruhan rekreasi dan santai.

7. AEON Station 18

AEON Station 18

AEON Station 18 terletak di bandar Ipoh, Perak menawarkan pelbagai barangan seperti pakaian, aksesori, beg, kasut dan banyak lagi untuk pelanggan-pelanggan yang kesini untuk membeli belah serta kemudahan pusat hiburan untuk keluarga.

Harga yang ditawarkan juga amat berpatutan. Pusat membeli belah ini biasanya penuh dengan orang ramai ketika hujung minggu dan pada musim perayaan.

8. AEON Mall Ipoh Klebang

AEON Mall Ipoh Klebang

AEON Mall Ipoh Klebang terletak di Jalan Kuala Kangsar Ipoh ini merupakan pusat membeli belah AEON yang kelima di negeri Perak dan lebih besar daripada pusat membeli belah AEON Station 18.

____

Tak sah kalau pergi kalau tidak membeli belah. Lagi-lagi jika pulang dengan tangan kosong tanpa buah tangan. Semoga dengan senarai 8 tempat pusat membeli belah di Perak diatas dapat membantu anda merancang percutian di negeri Perak pada masa akan datang.

Sila tinggalkan komen dibawah sekiranya anda ada pusat membeli belah di Perak lain yang ingin dikongsikan kepada kami. Jangan lupa like CutiSini.com di Facebook, jadi anda akan terus-menerus dapat membaca artikel cuti-cuti Malaysia seperti ini. Terima kasih.

0 komen pembaca

Tiada komen lagi. Jadi yang pertama komen artikel ini.

Buat Komen

Nota: Alamat e-mel anda tidak akan dikongsi oleh pihak ketiga. Ruang bertanda * adalah wajib diisi.

Lagi Artikel Menarik