Senarai tempat menarik di Johor ini adalah untuk rujukan kepada anda yang ingin bercuti ke Johor. Negeri Johor yang terletak di selatan Semenanjung Malaysia ini merupakan negeri kelima terbesar dalam Malaysia dengan keluasan kira-kira 19,210 kilometer persegi.

Selain itu, negeri ini juga mempunyai jumlah penduduk ke-2 terbesar selepas negeri Selangor dan negeri ke-7 terpadat di dalam negara.

Negeri Johor boleh dikatakan sebuah negeri yang mempunyai semua jenis tarikan pelancongan baik taman tema, tempat shopping yang menarik, pantai, pulau, air terjun, tempat makan menarik dan macam-macam lagi.

Tempat Menarik Di Johor

Nak tahu apa yang menarik di Negeri Johor? Mari kita lihat senarai tempat menarik di Johor untuk dilawati apabila anda berkunjung ke sini! Selain daripada tempat-tempat yang menarik, Johor juga terkenal dengan makanan tradisinya seperti negeri-negeri lain.

Bagi memudahkan pencarian anda, disini kami senaraikan beberapa tempat menarik di Johor yang boleh dijadikan sebagai rujukan anda.

Semoga dengan senarai tempat menarik di Johor di bawah ini dapat memberi anda idea untuk merancang percutian anda ke Negeri Johor kelak.

1. Muzium Diraja Abu Bakar

Muzium Diraja Abu Bakar Tempat Menarik Di Johor

Muzium Diraja Abu Bakar merupakan bangunan yang tertua yang ada di Johor yang dibina pada tahun 1866. Sebelum ini, muzium ini merupakan Istana untuk Sultan Johor sebelum ditukar menjadi sebuah muzium pada 1892.

Muzium ini dipenuhi dengan pelbagai maklumat dan artifak sejarah yang hebat tentang Keluarga Diraja Johor. Anda boleh saksikan serba-sedikit kehidupan keluarga diraja melalui barang-barang perak, perhiasan serta cenderahati yang dipamerkan di muzium. Terdapat juga gambar-gambar keluarga diraja sejak dari pemerintahan Sultan Abu Bakar.

2. Pantai Desaru

Pantai Desaru Tempat Menarik Di Johor

Pantai Desaru yang terletak di Batu Pahat ini merupakan tempat peranginan di Johor sememangnya popular dikalangan warga Johor dan juga warga kota Singapura. Ramai pengunjung yang datang kembali bersetuju bahawa pemandangan pantai berpasir putih merupakan daya tarikannya.

Pantai yang bersih, dibarisi dengan pepohon ru sepanjang 25 kilometer. Di sini, pengunjung boleh menikmati aktiviti seperti memancing, berperahu, renang, kembara denai serta aktiviti luar lain yang menyeronokkan.

Pantai ini mempunyai beberapa hotel dan resort yang sesuai untuk percutian bersama keluarga. Aktiviti seperti main jetski, parasailing dan naik kereta kuda juga turut tersedia.

3. Pantai Stulang Laut

Pantai Stulang Laut

Pantai Stulang Laut merupakan pantai rekreasi yang hanya beberapa km dari bandar Johor ini sangat sesuai sebagai tempat santai-santai di tepi laut untuk makan malam seafood di restoran-restoran di sekitarnya.

Lokasi ini juga sangat popular pada waktu petang dan malam terutamanya pada cuti hujung minggu. Pengunjung boleh menjamu selera di Medan Selera Stulang yang terletak bersebelahan sahaja dengan Zone Bebas Cukai dan menikmati cahaya-cahaya lampu bandaraya kota Singapura di seberang selat.

4. Zoo Johor

Zoo Johor

Zoo Johor terletak di Jalan Gertak Merah terletak berdekatan dengan Masjid Abu Bakar dan merupakan salah satu zoo yang tertua di Malaysia yang dibina pada tahun 1928. Terdapat lebih 100 spesis haiwan dalam dan luar negara termasuk spesis yang terancam kepupusan.

Zoo Johor dibuka setiap hari dari pukul 8 pagi hingga 6 petang. Ia agak padat ketika musim cuti umum dan cuti sekolah, adalah lebih baik jika anda mengelak waktu puncak seperti ini jika anda tidak sukakan orang ramai. Bayaran masuk sebanyak RM 2 untuk dewasa dan RM 1 untuk kanak-kanak.

5. UK Agro Resort/Farm

UK Agro Resort Farm

UK Agro Resort/Farm merupakan sebuah ladang biri-biri dan kambing terbesar di Malaysia yang menjadi tarikan agro pelancongan dan sesuai untuk dikunjungi ketika lawatan sekolah atau untuk pelancong yang ingin lebih mengenali budaya penternakan di Malaysia.

Di sini juga terdapat resort untuk penginapan dan aktiviti menarik yang boleh dilakukan selain tengok kambing/biri-biri. Antaranya adalah seperti memanah, menunggang kuda dan melawat ladang cendawan.

6. Johor Premium Outlet (JPO)

Johor Premium Outlet (JPO)

Johor Premium Outlet (JPO) merupakan antara tarikan terbaru yang ada di Negeri Johor dan merupakan syurga buat kaki shopping dan kalau ada jualan murah disini memang sesak dengan orang ramai.

Bangunan dua tingkat satu-satunya yang tersergam atas bukit, dari highway utara-selatan ini menempatkan banyak lot kedai yang menjual pakaian berjenama seperti LV, Couch, Adidas dan sebagainya.

7. Air Terjun Kota Tinggi

Air Terjun Kota Tinggi

Air Terjun Kota Tinggi merupakan sebuah air terjun yang boleh dikatakan paling popular bagi warga Johor Bahru dan juga warga kota Singapura.

Lokasi ini juga ,enempatkan pelbagai kemudahan asas yang lengkap untuk pengunjung serta kolam buatan dan gelongsor air untuk kanak-kanak. Jadi jika anda ke Negeri Johor, boleh la bawa ahli keluarga anda kesini untuk bermandi manda.

8. Legoland Malaysia Resort

Legoland Malaysia Resort

Legoland Malaysia Resort merupakan sebuah resort dan tempat pelancongan di Johor yang paling popular yang terletak di Nusajaya, Johor Bahru.

Di sini menempatkan banyak hiburan dan permainan yang sesuai untuk kanak-kanak. Ada juga taman tema air yang menjanjikan permainan dan gelongsor air yang menarik dan best-best.

9. Ladang Burung Unta

Ladang Burung Unta

Tarikan haiwan Ladang Burung Unta yang sangat unik berada di Pengarang, Johor yang menempatkan burung-burung unta dan beberapa aktiviti menarik untuk dicuba seperti menunggang burung unta, melihat telur unta yang besar, belajar proses penetasan burung unta dan memberi makan burung unta.

Yang paling best disini anda berpeluang mencuba telur dadar burung unta dan satey unta di sini. Tak salah kalau nak mencuba sekali seumur hidup kan?

10. Hello Kitty Town

Hello Kitty Town

Hello Kitty Town merupakan salah stau tarikan di dalam Puteri Harbour Indoor Theme Park yang lebih sesuai kepada kanak-kanak perempuan kerana kebanyakan hiburan bertemakan watak animasi kartun Hello Kitty.

Taman tema ini adalah pertama dibina di luar Jepun, adalah satu kemestian untuk peminat watak Sanrio popular ini. Taman itu juga menampilkan Black Wonder, pengalaman interaktif state-of-the-art, dan Kitty House, sebuah rumah ikonik yang dipenuhi dengan segala unsur Hello Kitty dari atas ke bawah.

11. Kuso Trick Art Gallery

Kuso Trick Art Gallery

Kuso Trick Art Gallery yang terletak di Johor Bahru ini merupakan galeri yang menempatkan lukisan-lukisan mural 3D yang sangat menarik untuk dilawati. Lukisan hidupnya nampak seakan realistik kalau anda pandai mengambil gambar dari sudut dan posisi yang betul.

Ada pelbagai tema dan konsep yang menarik seperti ‘Be Funny’, ‘Horror Room’, ‘Romantic Love’, ‘Kindergarden’ dan sebagainya untuk anda lawati dan bergambar dengan aksi anda tersendiri.

Tempat ini sesuai jika anda ingin pergi berkumpulan kerana anda pastinya akan tertawa bersama dan semakin mesra apabila melihat gelagat masing-masing bergambar dengan lukisan-lukisan 3D yang ada di sini.

12. Angry Birds Indoor Theme Park

Angry Birds Indoor Theme Park

Angry Birds Indoor Theme Park merupakan sebuah taman permainan kanak-kanak indoor yang baru dibuka pada Oktober 2014 dan berada di aras 3 shopping mall Komtar JBCC.

Antara permainan yang ada di sini ialah trempolin, foam pit, trek berbasikal kanak-kanak dan sebagainya.Satu tempat menarik di Johor yang sesuai untuk datang bersama dengan anak-anak kecil.

13. Dinasour Alive Water Theme Park

Dinasour Alive Water Theme Park

Dinasour Alive Water Theme Park merupakan sebuah kolam kecil di KSL Hotel & Resort yang dikelilingi dengan 2 patung replika dinasour dan juga gelongsor air kecil untuk kanak-kanak.

Mungkin satu destinasi yang biasa-biasa yang juga boleh anda temui di tempat lain. Yang menarik perhatian disini adalah patung replika dinasour yang mungkin menarik minat kanak-kanak.

14. Danga Bay

Danga Bay

Danga Bay merupakan satu tempat menarik di Johor pada waktu malam yang boleh dilawati kalau berada di Johor Bahru. Di sini terdapat restoran, tempat membeli kerepek, asam dan lokasinya di tepi selat menawarkan pemandangan yang cantik.

Anda boleh melihat bandaraya Singapura di seberang Selat Tebrau. Di sini juga terdapat taman permainan ala-ala taman tema yang sesuai untuk kanak-kanak mahupun orang dewasa.

15. Taman Rekreasi Hutan Bandar

Taman Rekreasi Hutan Bandar

Taman Rekreasi Hutan Bandar ialah satu lagi tempat menarik sekitar Johor Bahru yang mesti dikunjungi. Taman ini meliputi kawasan seluas 50 ekar yang terletak di Jalan Tasek Utara dan Jalan Yahya Awal. Jaraknya lebih-kurang 1.5 km dari pusat bandar Johor Bahru.

Didalam taman rekreasi ini terdapat Laman Tembusu, taman permainan kanak-kanak, kawasan tasik, tapak perkhemahan dan medan selera. Taman Rekreasi Hutan Bandar merupakan tempat riadah di Johor Bahru yang sangat popular.

___

Semoga panduan 15 tempat menarik di Johor ini dapat memberikan anda inspirasi dan dapat membantu anda merancang untuk bercuti ke negeri ini pada masa akan datang.

Jika anda ada tempat menarik di Johor yang ingin dikongsikan kepada kami, sila komen dibawah. Jangan lupa like CutiSini.com di Facebook, jadi anda akan terus-menerus dapat membaca artikel cuti-cuti Malaysia seperti ini. Terima kasih.

0 komen pembaca

Tiada komen lagi. Jadi yang pertama komen artikel ini.

Buat Komen

Nota: Alamat e-mel anda tidak akan dikongsi oleh pihak ketiga. Ruang bertanda * adalah wajib diisi.

Lagi Artikel Menarik