Senarai tempat menarik di kedah ini adalah untuk rujukan kepada anda yang ingin melancong ke Negeri Kedah. Kedah merupakan salah satu destinasi percutian di Malaysia yang mempunyai berbagai tarikan pelancongan yang boleh dikunjungi.

Negeri ini terkenal dengan percutian pantai dan pulau, tarikan alam semulajadi, tempat-tempat bersejarah dan lain-lain lagi. Antara yang terkenal adalah Pulau Langkawi semenangnya terkenal di Malaysia dan pelancong luar yang kesini untuk bercuti, berbulan madu dan membeli belah.

Tempat Menarik Di Kedah

Nak tahu apa tempat menarik di Kedah? Mari kita lihat senarai tempat menarik di Kedah untuk dilawati apabila anda berkunjung ke sini.

Semoga dengan senarai tempat menarik di Kedah yang kami tulis dibawah dapat membantu anda merancang percutian ke Negeri Kedah pada masa akan datang.

1. Muzium Padi Kedah

muzium padi tempat menarik di Kedah

Satu tempat menarik di Kedah yang agak baru yang dibina pada tahun 2014. Muzium yang terletak hanya 10 km dari Alor Setar ini menempatkan pelbagai bahan berinformasi berkenaan dengan sejarah industri padi di Kedah sama ada teknologi tradisional atau baru.

Di atas muzium ini terletak satu deck yang berputar 30 darjah yang membuatkan mural dinding disekelilingnya seolah-olah hidup dan bergerak. Muzium ini juga selalu dilawati oleh pelajar sekolah untuk lawatan sambil belajar.

2. Bandaraya Alor Setar

dataran alor setar kedah tempat menarik di kedah

Bagi anda yang mencari pusat pelancongan bandar, Alor Setar ialah sebuah lokasi yang sangat menarik untuk bercuti. Ini kerana banyak tempat menarik dan berinformasi ada di bandaraya ini.

Selain itu kemudahan hotel yang banyak disini memudahkan pelancong untuk memilih tempat penginapan bersesuaian dengan bajet mereka. Kalau anda kesini jangan lupa singgah di Dataran Alor Setar dan bergambar disini.

3. Pulau Langkawi

Dataran Lang

Pulau lagenda yang boleh dikatakan pulau pelancongan yang paling popular di Malaysia yang menawarkan pelbagai tempat menarik yang sesuai untuk percutian bersama keluarga atau ketika berbulan madu.

Langkawi mempunyai pelbagai jenis tarikan samaada pantai, muzium, aquarium, gua, bukit dan sebagainya. Memang satu destinasi percutian yang terkenal oleh rakyat Malaysia dan pelancong luar.

4. The Carnival Water & Land Theme Park

The Carnival Water & Land Theme Park

Sebuah taman tema air di Kedah yang terletak di dalam Cinta Sayang & Contry Golf Resort di Sungai Petani. Mempunyai tarikan permainan air seperti tidal wave, waterslide, discovery island dan sebagainya yang sesuai untuk golongan kanak-kanak ataupun golongan belia.

Destinasi ini memang sesuai untuk anda luangkan masa dan bersantai bersama keluarga untuk melakukan aktiviti air. Rekabentuk taman tema air ini juga sangat menarik.

5. Kolam Air Panas Ulu Legong

Kolam Air Panas Ulu Legong

Sebuah kolam air panas semulajadi bersulfur yang terletak sekitar 20 km dari Pekan Baling, Kedah. Hotspring ini dibuka 24 jam sehari dan menyediakan kemudahan yang lengkap seperti kolam buatan, gazebo, restoran, kedai serbaneka, chalet penginapan dan tapak perkhemahan.

6. Gunung Jerai

gunung jerai

Sebuah gunung yang sangat ideal untuk mereka yang lebih ingin menikmati keindahan panorama Selat Melaka dari puncak yang tinggi. Selain keindahan flora dan fauna di sinilah satu lokasi terbaik untuk melihat pemandangan matahari terbenam di Kedah.

Terdapat resort yang ada disediakan disini untuk penginapan sekiranya pengunjung yang kesini ingin berehat dan bermalam disini. Antaranya seperti The Regency Jerai Hill Resort.

9. Zamani’s Place, Yan

Zamani's Place, Yan

Satu lagi tempat menarik untuk percutian di Kedah ialah Zamani’s Place yang terletak di Pantai Murni, Yan. Ia adalah sebuah resort mewah yang cukup mempersonakan.

Jika anda merancang untuk bercuti di satu tempat yang cantik dan beristirehat dalam suasana yang tenang, Zamani’s Place boleh dimasukkan dalam senarai lokasi pilihan anda. Tarikan dan kemudahan yang ada di Zamani’s Place ini adalah termasuk kolam renang, kolam memancing, taman dan tempat untuk BBQ.

10. Air Terjun Lata Bayu

Air Terjun Lata Bayu

Destinasi air terjun yang terkenal di Baling, Kedah. Terdapat pelbagai kemudahan infrastruktur untuk pengunjung seperti tapak perkhemahan, restoran, surau serta bilik persalinan.

Lokasi ini seringkali menjadi tumpuan pengunjung pada waktu cuti sekolah dan juga hujung minggu untuk bermandi manda dan berkelah.

___

Semoga dengan senarai tempat menarik di Kedah ini dapat memberikan anda inspirasi dan dapat membantu anda merancang untuk bercuti ke negeri ini pada masa akan datang sama ada untuk cari tempat makan sedap, hotel ataupun pusat membeli belah.

Jika anda ada tempat menarik di Negeri Sembilan lain yang ingin dikongsikan kepada kami, sila komen dibawah. Jangan lupa like CutiSini.com di Facebook, jadi anda akan terus-menerus dapat membaca artikel menarik berkaitan pelancongan seperti ini. Terima kasih.

0 komen pembaca

Tiada komen lagi. Jadi yang pertama komen artikel ini.

Buat Komen

Nota: Alamat e-mel anda tidak akan dikongsi oleh pihak ketiga. Ruang bertanda * adalah wajib diisi.

Lagi Artikel Menarik