Tempat menarik di Kuala Lumpur ini adalah untuk rujukan kepada anda yang ingin bercuti ke Kuala Lumpur terutamanya pada waktu malam.

Kuala Lumpur, ibu negara Malaysia merupakan sebuah bandaraya yang tidak pernah tidur dengan kesibukan penduduk kota. Untuk kali ini mari kita terjah beberapa destinasi dan tempat menarik di Kuala Lumpur yang boleh anda kunjungi pada waktu malam.

Tempat Menarik Di Kuala Lumpur Pada Waktu Malam

Destinasi di bawah memang sesuai untuk anda lawati sama ada bersama keluarga, pasangan mahupun rakan-rakan. Secara umumnya senarai di bawah lebih kepada destinasi seperti bazar larut malam (uptown/ downtown) atau tempat menarik untuk bersiar-siar seperti kawasan mercu tanda di Kuala Lumpur.

Nak tahu apa yang menarik di Kuala Lumpur pada waktu malam? Mari kita lihat senarai tempat menarik di Kuala Lumpur pada waktu malam untuk dilawati apabila anda berkunjung ke sini sama ada tempat makan, membeli belah dan tempat tarikan untuk dikunjungi.

Semoga dengan senarai tempat menarik di Kuala Lumpur pada waktu malam yang kami tulis dibawah dapat membantu anda merancang percutian ke Kuala Lumpur pada masa akan datang.

Bazar Larut Malam, Pasar Malam, Uptown Dan Downtown Di Kuala Lumpur

Istilah-istilah ini memang lain bunyinya tetapi secara umumnya membawa maksud yang sama iaitu sebuah tempat ala bazar atau pasar malam yang meriah dengan deretan gerai-gerai yang menjual makanan santai ataupun gerai yang menjual barang-barang seperti jersey, tali pinggang, aksesori wanita, aksesori smarphone, aksesori vape, barangan hobi dan sebagainya.

Memang sesuai untuk datang ke sini pada waktu malam untuk makan-makan sambil sambil cuci-cuci mata dan membeli belah sambil melihat panorama bandar Kuala Lumpur.

Perbezaan uptown dan downtown – Kalau secara istilah geografinya, perkataan uptown dan downtown ini digunakan untuk menunjukkan lokasi sesuatu tempat sama ada berada di dalam bandar ataupun di pinggiran bandar.

Namun di Kuala Lumpur istilah uptown umumnya lebih sinonim merujuk kepada bazar larut malam yang terletak jauh dari bandar utama dan berada di pinggir-pinggir bandar. Downtown pula merujuk kepada bazar larut malam yang lokasinya berada di dalam bandar utama.

1. KL Downtown Nightmarket / Downtown Cheras

KL Downtown Nightmarket / Downtown Cheras

KL Downtown Nightmarket dan Downtown Cheras ini merupakan sebuah bazar larut malam yang terletak di tidak jauh dari Bulatan Bandar Tun Razak. Bazar larut malam ini menempatkan ratusan gerai-gerai peniaga Melayu yang menawarkan barangan seperti aksesori wanita/lelaki, barangan kanak-kanak, hiasan rumah, alatan ganti kereta dan sebagainya.

Pilihan makanan juga banyak dan pasti membuatkan anda rambang mata untuk memilih. Dibuka setiap hari dari 10 malam sehinggalah ke 5 pagi.

2. Uptown Danau Kota

Uptown Danau Kota

Jadi kalau anda ingin makan-makan di tempat yang meriah untuk lepak bersama kawan-kawan pada waktu malam, apa kata singgah sekali ke Uptown Danau Kota yang terletak di Setapak Kuala Lumpur ini.

Banyak gerai-gerai yang menjual pelbagai barangan aksesori dan hiasan diri yang ada di sini. Beroperasi dari Rabu-Ahad bermula 9 malam sehinggalah ke 3 pagi memang satu ‘port’ terbaik untuk ‘ngeteh’ atau cuci-cuci mata melihat barangan.

3. Petaling Street

Petaling Street

Ada juga yang mengenali Petaling Street ini sebagai Chinatown. Di sini terdapat banyak gerai-gerai seperti pasar malam yang menjual banyak produk-produk berjenama yang ‘sangat mampu milik’. Jadi faham-fahamlah sendiri kualitinya namun tidak salah kalau anda beli dan pakai sebab tiada siapa yang tahu.

Kebiasaanya Petaling Street mula meriah dari lewat petang sehinggalah larut malam. Sering juga menjadi kunjungan pelancong asing kerena lokasi yang strategik dan mudah untuk diakses dengan train, teksi serta pengangkutan awam yang lain.

4. Kampung Baru

Kampung Baru

Kalau anda inginkan tempat lepak dan pilihan restoran atau gerai makan yang banyak, sangat dicadangkan untuk jenguk-jenguk ke Kampung Baru. Di sini terdapat deretan kedai-kedai yang banyak dan memang meriah pada waktu malam.

Sama ada makan berat, goreng-gorengan atau makanan pantai timur, semuanya ada. Bukan sahaja pada waktu malam, restoran dan gerai di sini juga menjual makanan tengahari yang menarik juga.

5. Pasar Malam Kampung Baru

Pasar Malam Kampung Baru

Pasar Malam Kampung Baru ini memang meriah kalau anda ingin mencari pilihan aneka makanan Melayu dan juga santai-santai. Selain makanan ada juga gerai-gerai yang menjual barangan-barangan seperti di pasar malam yang lain.

Kalau dah berada di Kuala Lumpur, jangan lupa untuk singgah melihat gelagat peniaga dan pengunjung baik dalam mahupun luar negara. Pasar malam ini beroperasi pada hari Sabtu bermula 6 petang sehinggalah ke 1 pagi.

6. Jalan Bukit Bintang

Jalan Bukit Bintang

Sekitar Bukit Bintang memang banyak tarikan tempat membeli belah seperti Lot 10, Low Yat, Berjaya Time Square, Sungei Wang & BB Plaza dan juga Pavillion Kuala Lumpur.

Selain shopping mall, di sekitar Jalan Bukit Bintang ini juga terdapat beberapa deretan kedai dan gerai yang menjual barangan seperti keychain, cermin mata lokal, tali pinggang dan sebagainya.

Kadang-kadang di sini juga banyak show yang dipersembahkan oleh seniman jalanan dan busker-busker. Tidak jauh dari sini terdapat pasar malam (Jalan Alor) yang memang hidup sampai awal pagi namun rata-rata peniaga adalah daripada bangsa Cina dan rata pengunjung di sini juga adalah pelancong luar.

Bagi yang beragama Islam, cari makan di Jalan Alor mungkin sangat tidak sesuai kecuali kalau anda beli buah sahaja.

_______

Semoga beberapa cadangan tempat menarik di Kuala Lumpur waktu malam seperti di atas memberi anda secebis dua idea di mana untuk menghabiskan masa dan lepak-lepak bersama kawan-kawan atau keluarga kelak.

Jika anda ada tempat menarik di Kuala Lumpur pada waktu malam yang ingin dikongsikan kepada kami, sila komen dibawah. Jangan lupa like CutiSini.com di Facebook, jadi anda akan terus-menerus dapat membaca artikel cuti-cuti Malaysia seperti ini. Terima kasih.

0 komen pembaca

Tiada komen lagi. Jadi yang pertama komen artikel ini.

Buat Komen

Nota: Alamat e-mel anda tidak akan dikongsi oleh pihak ketiga. Ruang bertanda * adalah wajib diisi.

Lagi Artikel Menarik