Senarai tempat menarik di Langkawi ini adalah sebagai rujukan kepada anda yang ingin bercuti ke Pulau Langkawi. Ambil peluang ini untuk ketahui tempat menarik di Langkawi kerana banyak tarikan dan aktiviti menarik yang ada di pulau ini.

Pulau Langkawi merupakan salah satu daripada daerah dalam negeri Kedah Darul Aman, Malaysia dan pulau ini diberi status bebas cukai pada tahun 1987 dan kini.

Pulau yang kaya dengan keindahan alam semula jadi dan lagenda masa silam ini telah menampilkan diri sebagai salah satu daripada destinasi perlancongan yang paling popular di Malaysia. Langkawi sebenarnya merupakan suatu gugusan pulau di mana Pulau Langkawi merupakan yang terbesar.

Pulau Langkawi adalah salah sebuah pantai yang terkenal dan antara yang paling popular di Malaysia. Menggabungkan daya tarikan melalui sejarah, tambang yang berpatutan, peluang menyelam yang sangat baik, suasana pada waktu malam yang menarik dan membeli-belah dengan harga yang sangat rendah, pulau bebas cukai ini sememangnya digelar sebagai oasis laut.

Tempat Menarik Di Langkawi

Pantai yang bersih di Pulau Langkawi diiktiraf sebagai antara pantai yang terbaik di dunia manakala jalannya yang besar menyediakan akses mudah untuk ke tempat-tempat bersejarah dan tempat tarikan yang indah, sesuai bagi mereka yang meneroka Langkawi menggunakan kenderaan sewa.

Pulau Langkawi merupakan satu tempat pelancongan yang wajib dilawati kalau duduk di Malaysia dan banyak tempat menarik di Langkawi dan makanan disini juga eksotik dan sedap.

Terdapat beberapa tempat yang anda perlu lihat sebelum meninggalkan pulau ini. Jom kita lihat senarai lengkap mengenai 10 tempat menarik di Langkawi ini.

1. Dataran Lang

langkawi

Jika anda ke Pulau Langkawi dengan menaiki feri, lokasi yang pertama anda akan dapat lalui adalah Dataran Lang yang juga dikenali sebagai “Eagle Square” yang terletak tidak jauh daripada jeti.

Disini anda boleh lihat replika burung helang yang sememangnya terkenal di kalangan pelancong yang sudah pasti tidak akan lepaskan peluang untuk bergambar.

Kami sarankan anda datang kesini pada waktu pagi atau petang untuk mengelakan panas terik. Selain daripada ikon burung helang disini juga terdapat taman dan gerai-gerai jualan. Memang sesuai untuk bersantai bersama keluarga dan sahabat.

2. Pantai Chenang

Pantai Chenang

Bagi anda yang ingin melakukan aktiviti air, anda boleh ke Pantai Chenang. Disini terdapat pelbagai kemudahan seperti hotel, chalet, gerai makan dan pusat membeli-belah. Suasasa disini juga sangat meriah terutamanya pada waktu malam.

Antara aktiviti yang boleh dilakukan disini adalah mandi-manda, jet ski, paragliding dengan bot, berkayak dan banyak lagi. Anda juga boleh dapatkan pelbagai cenderahati sebagai kenangan disini. Dari segi kebersihan pula, pantai ini memang cantik dan terjaga.

3. Tasik Dayang Bunting

Tasik Dayang Bunting

Tasik Dayang Bunting merupakan tempat menarik di Langkawi yang sentiasa menjadi tarikan pelancong dimana disini, anda boleh mandi di kawasan tasik yang sangat luas sambil menikmati keindahan bukit-bukau dan suasana menghijau. Pasti ianya memberikan 1001 pengalaman kepada percutian anda.

Disini juga anda boleh terus ke tengah laut dengan menaiki bot dan cruise untuk melihat matahari terbenam. Memang sangat cantik. Apa yang menariknya anda boleh mandi dalam jaring tepi bot yang sedang berjalan. Disini juga terdapatnya makanan yang sedap-sedap dan yang menariknya anda boleh BBQ di tepi bot sambil melihat tengok keindahan laut.

Antara aktiviti yang menarik boleh anda buat disini adalah bermandi-manda, lihat helang makan dengan menaiki bot, jungle trakking dan letakkan kaki di dalam tasik dan ikan berkumpul di kaki.

4. Kereta Kabel Langkawi

Kereta Kabel Langkawi

Jika anda ke Pulau Langkawi jangan lupa singgah ke Gunung Mat Cincang yang jaraknya 30 minit dari Pekan Kuah untuk naik kereta kabel ke puncak gunung yang tingginya 713 meter bagi melihat panorama Pulau Langkawi.

Disini juga anda dapat menyaksikan mitos popular iaitu Telaga Tujuh. Kalau ikut cerita orang tua-tua, Telaga Tujuh ini dinamakan kerana pernah menjadi tempat mandinya 7 orang puteri dan dipercayai air telaganya boleh menyembuhkan penyakit.

5. Makam Mahsuri

Makam Mahsuri

Siapa tidak kenal dengan Mahsuri. Pulau Langkawi dan Mahsuri tidak dapat dipisahkan. Makam Mahsuri ini merupakan tempat bersemadinya Mahsuri dan disinilah juga dipercayai Mahsuri dibunuh. Disini juga anda boleh melihat rumah Mahsuri.

Mengikut lagenda Mahsuri sebelum menghembuskan nafasnya yang terakhir, dia telah bersumpah yang Pulau Langkawi tidak akan aman selama 7 keturunan dan dipercayai selepas Mahsuri dibunuh, segala hasil pertanian di Pulau Langkawi tidak menjadi kerana kemarau berpanjangan, perang yang tidak berkesudahan dan banyak lagi. Namun, Pulau Langkawi terus menjadi maju selepas keturunan yang ketujuah Mahsuri bernama Aishah.

6. Underwater World Langkawi

Underwater World Langkawi

Underwater World Langkawi merupakan akuaria yang menempatkan hidupan laut dan air tawar yang paling besar di Asia Tenggara dengan lebih 500,000 liter air laut di dalam akuaria ini serta mampu untuk menempatkan ribuan jenis ikan-ikan besar dan kecil daripada pelbagai spesis dalam dan luar negara menjadikan akuaria ini antara tempat popular di Langkawi dan seringkali dikunjungi oleh pelancong dari luar. Antara haiwan yang popular disini adalah Rockhopper Penguin, African Penguin dan Singa Laut.

Underwater World Langkawi terletak di Pantai Chenang dimana disini menempatkan pelbagai jenis spesis hidupan marin yang boleh korang lihat secara lebih dekat. Sesuai untuk bawa anak-anak anda kesini untuk lihat hidupan laut disini dengan lebih dekat.

7. Kilang Gamat

Kilang Gamat

Terdapat dua kilang gamat yang terkenal di Pulau Langkawi iaitu Kilang Gamat Warisan dan Kilang Gamat Nusantara. Kedua-dua kilang gamat ini terletak di pertengahan jalan dari Pekan Kuah ke Pantai Chenang. Disini anda boleh mendapatkan pelbagai produk gamat pada harga yang murah dan mutunya yang dijamin oleh pengeluar.

Antara yang anda boleh dapatkan disini adalah seperti sabun, shampoo, shower cream, minuman, gel rambut dan macam-macam lagi. Kalau yang datang ke sini pasti beli berbotol-botol minyak gamat. Khasiatnya memang dah diketahui sejak turun-temurun.

8. Pekan Kuah

Pekan Kuah

Tidak lengkap rasanya anda tidak mengunjungi Pekan Kuah kerana disini terdapat pelbagai tempat untuk membeli belah. Memandangkan Pulau Langkawi merupakan pulau bebas cukai, pelbagai barangan yang ditawarkan mempunyai harga yang jauh lebih rendah berbading di Tanah Besar.

Antara tempat membeli belah yang selalu menjadi pilihan pengunjung yang terletak di Pekan Kuah adalah Idaman Suri, Langkawi Saga, Haji Ismail Group dan lain-lain lagi. Disini anda boleh membeli pelbagai barangan seperti kasut, beg, coklat, pinggan mangkuk, barangan elektronik, baju dan banyak lagi.

9. Kampung Air Hangat

Kampung Air Hangat

Selain keindahan pantai dan pulau, Langkawi juga menawarkan “Hot Spring” nya yang tersendiri yang terletak di Kampung Air Hangat. “Hot Spring” ini sesuai sekiranya anda ingin melepaskan penat mengelilingi pulau.

Disini juga ditawarkan seni lukisan batik, tarian asli Melayu, makanan-makanan melayu dan pelbagai lagi.

10. Restoran Jom Ikan Bakar

Restoran Jom Ikan Bakar

Restoran Jom Ikan Bakar ini yang terletak di Padang Mat Sirat menawarkan pelbagi lauk-pauk, ulam-ulaman dan yang paling penting ikan-ikan bakar yang segar serta sedap. Restoran ini yang dibuka setiap hari sentiasa penuh dengan pengunjung.

Kami cadangkan supaya anda ke sana lebih awal bagi mengelakkan anda tidak dapat tempat makan atau makan berdiri.

________

Memang seronok melancong ke Pulau Langkawi ni. Banyak aktiviti yang menarik boleh dilakukan disini. Semoga perkongsian kami mengenai tempat menarik di Langkawi ini sedikit sebanyak memberikan inspirasi dan idea kepada anda untuk bercuti di Langkawi. Semoga percutian anda ke tempat menarik di Langkawi ini menjadi pengalaman yang indah.

Anda ada cerita menarik ingin dikongsikan dengan kami? Hantarkan kisah percutian anda kepada kami dan jangan lupa like CutiSini.com di Facebook, jadi anda akan terus-menerus dapat membaca artikel menarik seperti ini. Terima kasih.

0 komen pembaca

Tiada komen lagi. Jadi yang pertama komen artikel ini.

Buat Komen

Nota: Alamat e-mel anda tidak akan dikongsi oleh pihak ketiga. Ruang bertanda * adalah wajib diisi.

Lagi Artikel Menarik