Senarai tempat menarik di Negeri Sembilan ini adalah untuk rujukan kepada anda yang ingin melancong ke Negeri Sembilan. Negeri Sembilan lebih terkenal dengan destinasi pelancongan pantai terutamanya di Port Dickson.

Walau bagaimana pun, tempat menarik di Negeri Sembilan selain tarikan pantai juga banyak seperti tarikan alam semulajadi, tempat bersejarah, taman tema dan sebagainya.

Tempat Menarik Di Negeri Sembilan

Nak tahu apa tempat menarik di Negeri Sembilan? Mari kita lihat senarai tempat menarik di Negeri Sembilan untuk dilawati apabila anda berkunjung ke sini!

Semoga dengan senarai tempat menarik di Negeri Sembilan yang kami tulis dibawah dapat membantu anda merancang percutian ke Negeri Sembilan pada masa akan datang.

1. Tempat Bersejarah dan Muzium di Negeri Sembilan

Muzium Diraja Seri Menanti Tempat Menarik Di Negeri Sembilan

Negeri Sembilan terkenal dengan adat pepatih dan banyak tinggalan sejarah yang boleh dipelajari. Disini terdapat banyak muzium yang boleh anda kunjungi terutamanya Muzium Diraja Seri Meranti, Muzium Adat dan Muzium Tentera.

Muzium Diraja Seri Menanti

Sebuah muzium lama yang terletak di Bandar Seri Menanti dan menempatkan banyak barangan bersejarah dan yang paling menarik, istana ini terkenal dengan seni pembinaannya kerana tidak menggunakan sebatang patu untuk menghubungkan kayu-kayu dan tiang, sebaliknya hanya menggunakan pasak sebagai ganti.

Kompleks Muzium Negeri

Sebuah kompleks yang mempunyai sinibina bangunan dan bumbung orang Minangkabau. Kompleks ini terdiri daripada 3 bahagian utama yang menempatkan Teratak Perpatih, Istana Ampang Tinggi dan Rumah Negeri Sembilan dimana setiap bahagian utama ini mempunyai fungsi dan sejarahnya tersendiri.

Muzium Tentera

Satu muzium yang unik yang menempatkan pelbagai koleksi kenderaan, kereta perisai, jet pejuang dan senjata api tentera. Di sini juga menempatkan sebuah terowong yang dipercayai tempat tinggal tentera komunis satu ketika dahulu. Tiket masuk kesini adalah percuma dan banyak peralatan dan sejarah tentera boleh dilihat disini.

Kota dan Muzium Lukut

Di sinilah terletaknya sebuah muzium yang menempatkan pelbagai barangan sejarah adat orang Negeri Sembilan dan senibina bangunan di sini dipengaruhi dengan budaya orang Bugis. Terdapat 4 galeri utama di Muzium Lukut iaitu Galeri Negeri Sembilan Beradat, Galeri Teknologi Pembuatan, Galeri Nassau dan Galeri Sejarah Kegemilangan Lukut.

Muzium Adat

Sebuah muzium di Kuala Klawang, Jelebu yang mempunyai banyak khazanah dan informasi adat tradisional orang Negeri Sembilan seperti Adat Perpatih. Di sini pengunjung boleh melihat alat-alat kebesaran diraja dan kostum baju tradisional. Pengunjung boleh mengetahui dengan lebih lanjut mengenai Adat Pepatih disini.

Teratak Za’ba

Sebuah memorial khas seorang pendeta atau dikenali dengan Bapa Persuratan Bahasa Melayu yang menempatkan pelbagai informasi sejarah tentang perjuangan Za’ba. Merupakan seorang tokoh intelektual negara itu dengan lebih dekat yang banyak berjasa kepada negara.

Pengkalan Kempas

Sebuah tempat yang terletaknya sebuah makan lama seorang guru agama iaitu Syeikh Ahmad Majnun yang merupakan pendakwah yang menyebarkan syiar Islam. Terletak kira-kira 30 kilometer dari Port Dickson. Kedai-kedai di sekitar kawasan ini berusia lebih daripada 100 tahun.

2. Pulau & Pantai Menarik Di Negeri Sembilan

Blue Lagoon Port Dickson

Negeri Sembilan sangat terkenal dengan tempat menarik di bahagian Port Dickson kerana terletaknya pantai-pantai yang sering menjadi tumpuan terutamanya dari Kuala Lumpur dan Selangor. Berikut merupakan beberapa pantai yang ada di sekitar Port Dickson.

Pantai Teluk Kemang

Pantai yang paling popular di Port Dickson dan paling meriah setiap hujung minggu. Di sinilah salah satu destinasinya kalau anda ingin bermain sukan air seperti banana ride, jetski, parasailing atau buggy ride. Kemudahan chalet dan hotel juga banyak. Gerai makan dan restoran juga lebih banyak di sini dengan pelbagai aneka pilihan makanan.

Pantai Cahaya Negeri

Kalau ikut kecantikan, Pantai Cahaya Negeri lebih cantik kalau nak dibandingkan dengan pantai yang paling popular di Port Dickson iaitu Pantai Teluk Kemang. Pasirnya putih dan gebu dan air lautnya yang lebih jernih. Di sini terdapat sebuah resort iaitu Bayu Beach Resort dan sesuai sebagai destinasi untuk berbulan madu kerana lebih kurang sibuk dan lebih cantik.

Pantai Saujana

Salah satu pantai di Batu 5, Port Dickson yang tenang dan mempunyai pasir pantai yang putih dan halus. Di sini juga ada permainan air yang menarik seperti banana ride dan speed bot. Kemudahan lain turut tersedia seperti tandas, gerai makan, parking kereta dan tempat bersalin. Setiap malam hari Sabtu di sini terdapat sebuah pasar malam.

Blue Lagoon

Sebuah pantai yang terpencil terletak berdekatan dengan Tanjung Tuan. Pantai ini tidaklah selapang dan sesibuk di Pantai Teluk Kemang. Lebih kepada tempat untuk lepak dan menikmati pemandangan pantai tanpa kesibukan pengunjung lain. Berdekatan juga dengan Rumah Api Tanjung Tuan atau juga dikenali dengan Cape Rachado.

Pantai Bagan Pinang

Pantai di Port Dickson ini juga menempatkan tarikan sukan air seperti banana bot, berkayak, windsirfing dan bola tampar. Pantainya bersih dan lapang sesuai untuk berkelah dan air lautnya juga tenang dan sesuai untuk mandi manda.

Pantai Tanjung Gemok

Sebuah pantai yang tidak sibuk dan sesuai untuk aktiviti mandi manda seperti di tempat lain. Terdapat sebuah resort yang berdekatan untuk penginapan iaitu Glory Beach Resort.

Pulau Burung

Pulau yang terletak bersebelahan dengan Pantai Cahaya Negeri ini menempatkan tarikan hutan dan pokok paya bakau. Anda boleh ke sini hanya berjalan kaki dari jeti melalui platform jalan kaki yang menghubungkan Pulau Burung dan persisiran pantai di Port Dickson.

3. Tarikan Zoo Dan Taman Haiwan Di Negeri Sembilan

PD Ostrich Show Farm Tempat Menarik Di Negeri Sembilan

Selain dari tarikan pantai, anda juga berpeluang untuk melihat burung unta dan telur penyu di Negeri Sembilan. Jadi tak perlu pergi jauh-jauh ke Terengganu semata-mata nak tengok telur penyu. Disini juga anda boleh melihat kunang-kunang. Ambil peluang ini untuk melawat tempat-tempat ini jika anda bercuti ke Negeri Sembilan.

PD Ostrich Show Farm

Terletak kira-kira 9 batu dari Port Dickson berhadapan Ocean View Resort. Taman haiwan ini menempatkan burung unta yang sangat jinak. Di sini juga anda berpeluang membeli produk burung unta seperti wallet dan handbag. Terdapat juga beberapa ekor binatang lain seperti keldai, arnab dan ayam belanda.

Jelita Ostrich Farm

Sebuah ladang burung unta yang terletak di Jalan Sungai Serip, Seremban. Pengunjung berpeluang untuk melihat burung unta, menunggang, belajar proses penetasan telur burung unta dan juga membeli barangan cenderahati yang ada di sini.

Pusat Penetasan Penyu

Sebuah santuari pemeliharaan dan pemuliharaan penyu yang terletak di Batu 2 Port Dickson dan berdekatan dengan Glory Beach Resort. Ia merupakan antara tarikan pelancongan terbaru di PD yang ramai tidak tahu untuk melihat penyu dari jenis karah ataupun penyu sisik.

Sungai Timun Fire Flies

Terkenal sebagai kawasan untuk melihat kunang-kunang dan merupakan antara yang terbesar di Malaysia. Selain itu, di jeti Sungai Timun ini merupakan lokasi terbaik untuk mereka yang nak memancing udang galah. Di sekitarnya juga terdapat kedai makan yang terkenal dengan hidangan makanan laut dan darat seperti lobster, kupang dan ikan bakar.

4. Tarikan Alam Semulajadi Di Negeri Sembilan

Ulu Bendul

Negeri Sembilan juga mempunyai banyak tarikan alam semulajadi yang anda boleh terokai. Jika anda memang pencinta kepada alam semulajadi, anda boleh cuba lawati tempat-tempat yang kami senaraikan dibawah.

Pusat Rekreasi Ulu Bendul

Tempat berkelah di kolam buatan manusia yang mana airnya datang daripada Sungai Batang Terachi. Kemudahan seperti pondok dan permainan gelongsor air untuk kanak-kanak juga tersedia. Sememangnya satu tempat menarik di Negeri Sembilan yang ideal untuk bercuti dengan keluarga dan anak-anak. Terdapat juga chalet di sini yang menjadi penginapan bagi pendaki-pendaki sebelum ke Gunung Angsi.

Jeram Toi

Salah satu tempat menarik di Jelebu, Negeri Sembilan yang mempunyai air terjun dan kawasan perkelahan yang lengkap dengan kemudahan untuk pengunjung seperti tandas, bilik persalinan, kawasan bbq dan juga kolam buatan untuk kanak-kanak.

Jeram Gading

Satu lagi tempat pelancongan menarik di Negeri Sembilan untuk mandi manda air terjun yang terletak di dalam Daerah Jelebu. Terdapat sebuah resort di sini iaitu Jeram Gading Resort sebagai kemudahan penginapan bagi mereka yang nak bermalam.

Jeram Tengkek

Sebuah kawasan mandi air terjun di Hutan Simpan Jeram Tengkek dan terletak di Kuala Pilah. Destinasi ini menjadi tarikan pengunjung terutamanya pada hari minggu untuk mandi manda di air terjunnya yang menarik.

Taman Tasik Seremban

Merupakan sebuah taman rekreasi yang popular di Seremban dan menempatkan sebuah tasik dan dihiasi dengan pokok bunga, pondok berehat, taman permainan kanak-kanak dan juga laluan pejalan kaki berbata untuk jogging.

Taman Orkid Seremban

Sebuah taman yang cantik untuk cuci-cuci mata yang terletak di Jalan Singkat, Seremban. Selain himpunan koleksi bunga orkid, terdapat juga air terjun buatan dan pokok-pokok hijau lain yang menghiasi taman ini.

Rantau Eco Park

Terletak di Kuala Sawah, Rantau dan dikelilingi dengan pekampungan yang hijau dengan pokok-pokok dan tasik yang tenang. Selain landskapnya yang sangat mesra alam, di sini juga tarikan haiwan seperti rusa, kuda dan arnab. Terdapat juga taman pemainan kanak-kanak inflatable tube dan juga tarikan aktiviti ekstrem lain seperti ATV, berkanu, menunggang kuda dan jungle trekking.

Gunung Angsi

Terletak di dalam Taman Rekreasi Ulu Bendul dan merupakan puncak yang ketiga tertinggi selepas Gunung Datuk dan Bukit Bintongan. Satu tempat menarik di Negeri Sembilan untuk aktiviti pendakian dan jungle trekking sesuai untuk mereka yang sukakan cabaran alam semulajadi.

Gunung Datuk

Sebuah gunung yang setinggi 2900 kaki dan sedikit lebih tinggi daripada Gunung Angsi dan merupakan destinasi yang ideal untuk mereka yang nak mendaki gunung dan bercamping.

Hutan Simpan Sungai Menyala

Sebuah hutan simpan yang terletak kira-kira 12 km dari bandar PD dan menawarkan pelbagai aktiviti pelancongan berasaskan ekologi termasuk terdapatnya kolam semulajadi, pokok Jelutong dan habitat burung helang. Kemudahan juga tersedia di sini seperti penginapan, , surau, kantin, dewan, bilik pameran dan gerai-gerai.

Hutan Lipur Pasir Panjang

Merupakan sebuah hutan simpan yang terletak di pesisiran pantai di Negeri Sembilan yang menempatkan pelbagai jenis hidupanan flora dan fauna. Terdapat juga kemudahan untuk pengunjung seperti trek jungle trekking dan lalu untuk jogging.

Batu Maloi Cave

Tarikan gua bersungai yang terletak di kira-kira setengah jam memandu dari Tamping. Sesuai sekiranya anda inginkan sesuatu aktiviti mencabar dan pastikan datang ke sini bersama dengan tour guide untuk keselamatan.

5. Taman Tema, Mercu Tanda & Hiburan Keluarga Di Negeri Sembilan

Taman Tema Air PRIMALAND Tempat Menarik Di Negeri Sembilan

Nak cari tempat yang anda boleh luangkan bersama kawan dan ahli keluarga? Anda boleh cuba lawati lokasi-lokasi ini yang pasti meninggalkan 1001 kenangan manis untuk anda.

Pedas Hotspring

Wet World Pedas, taman tema air panas semulajadi yang sangat sesuai untuk berkelah dengan keluarga. Kolam untuk mandi telah diubah suai dengan lebih baik dan lengkap dengan kemudahan permainan air untuk kanak-kanak seperti gelongsor.

Alive 3D Art Gallery

Sebuah galeri yang terletak di Lukut dan menempatkan lukisan-lukisan mural 3D. Sesuai datang ke sini untuk mengambil gambar dan sememangnya lukisan 3D di sini kelihatan sangat ‘hidup’ kalau diambil dari posisi yang betul.

Taman Tema Air PRIMALAND

Sebuah taman tema air yang terletak di Batu 12 Port Dickson di dalam PRIMALAND Port Dickson Resort & Convention Centre. Sesuai untuk percutian bersama keluarga dan kemudahan kolam dan gelongsor air yang ada juga terjaga dengan baik. Satu tempat menarik di Negeri Sembilan untuk bercuti sambil menginap di sini.

Extreme Park Port Dickson

Terletak di Palm Spring Resort berhadapan dengan Tiara Beach atau Prima Inland Sea Resort, di sini menawarkan pelbagai aktiviti outdoor yang lasak seperi menunggang ATV melalui jalan hutan, paintball, go kart, flying fox, berkayak, wall climbing dan macm-macam lagi.

Rumah Terbalik (Upside Down Art Gallery)

Sebuah tarikan terbaru di Port Dickson. Tarikan ini adalah galeri yang penempatkan lukisan dan arca yang dalam keadaan terbalik. Sesuai untuk datang bersama anak-anak untuk mengambil gambar dalam situasi yang pelik tapi benar.

Masjid Negeri

Sebuah masjid yang terletak berdekatan dengan Dewan Undangan Negeri di Seremban. Yang uniknya, senibina masjid ini tidak seperti masjid lain yang kebiasaannya berkubah besar. Tetapi bumbung masjid ini kelihatan seperti payung dan kalau tengok dari jauh, ianya seolah-olah seperti sebuah stadium tertutup yang besar.

Masjid Diraja Tuanku Munawir

Masjid di Kuala Pilah yang dibina ada tahun 1964 dan terletak di sebelah Istana Lama Seri Menanti serta Makan Diraja Seri Menanti. Senibina masjid ini dipengaruhi dengan senibina Moghul dan mempunyai ciri-ciri diraja pada kubah emasnya.

Cape Rachado

Terletak di Batu 10 dan lebih dikenali dikalangan warga tempatan sebagai Tanjung Tuan. Merupakan tarikan alam semulajadi yang terletak 18 km dari pekan Port Dickson. Di sini terdapat rumah api di atas bukit dan dikelilingi dengan hutan simpan kecil dan juga berdekatan dengan Pantai Lagun Biru. Sesuai untuk datang mendaki dan melihat pemandangan pantai yang indah dari kawasan yang tinggi.

Sungai Linggi Cruise

Menyusuri Sungai Linggi dengan menaiki bot untuk melihat beberapa tarikan di sekitar Sungai Linggi ini seperti taman lokan dan pusat penternakan ikan talapia bersangkar dan tebing-tebingnya terdapat binatang liar seperti monyet dan juga buaya.

Eye on Paradise

Di PD Waterfront, pengunjung boleh mencuba untuk menikmati keindahan kawasan sekeliling dengan menaiki helikopter. Perjalanan di udara mengambil masa 5-7 minit di mana bermula dari PD Waterfront menuju ke arah Batu 4 di PD dan kemudian berpatah balik untuk mendarat di PD Waterfront.

Cowboy Town

Merupakan sebuah hotel (Eagle Ranch Resort) terletak di Batu 14 Port Dickson yang berkonsepkan ala-ala koboi yang menempatkan bilik seperti khemah Red Indian. Sesuai untuk dijadikan lokasi hari keluarga dan teambuilding kerana juga menawarkan aktiviti menarik seperti memanah, menunggang kuda, go kart dan paint ball.

Balai Cerap Bukit Kemang

Bagi yang ingin melihat angkasa menggunakan teleskop yang besar, salah satu cara anda boleh ke Balai Cerap Bukit Kemang yang terletak di dalam kawasan Klana Resort Port Dickson. Satu tempat menarik di Negeri Sembilan yang unik dan memang susah nak cari di tempat lain.
___

Semoga panduan tempat menarik di Negeri Sembilan ini dapat memberikan anda inspirasi dan dapat membantu anda merancang untuk bercuti ke negeri ini pada masa akan datang sama ada untuk cari tempat makan sedap, hotel ataupun pusat membeli belah.

Jika anda ada tempat menarik di Negeri Sembilan lain yang ingin dikongsikan kepada kami, sila komen dibawah. Jangan lupa like CutiSini.com di Facebook, jadi anda akan terus-menerus dapat membaca artikel cuti-cuti Malaysia seperti ini. Terima kasih.

0 komen pembaca

Tiada komen lagi. Jadi yang pertama komen artikel ini.

Buat Komen

Nota: Alamat e-mel anda tidak akan dikongsi oleh pihak ketiga. Ruang bertanda * adalah wajib diisi.

Lagi Artikel Menarik