Senarai tempat menarik di Pahang ini adalah sebagai rujukan kepada anda yang ingin bercuti ke negeri ini. Pahang merupakan negeri yang terbesar di Semenanjung Malaysia dan memang tidak dinafikan tempat-tempat menarik di Pahang boleh dikatakan serba lengkap baik kategori tempat menarik di pulau, pantai, kawasan tanah tinggi, taman tema mahupun flora dan fauna.

Selain mempunyai tempat tarikan pelancongan yang banyak, Pahang juga terkenal dengan banyak makanan dan lauk pauk yang sedap-sedap untuk dicuba seperti gulai asamrong, sambal belimbing hitam, gulai tempoyak ikan patin, mee chalong dan sebagainya. Teruskan membaca untuk mengetahui beberapa tempat makan menarik di Negeri Pahang.

16 Tempat Menarik Di Pahang

Nak tahu apa tempat menarik di Pahang? Mari kita lihat senarai 16 tempat menarik di Pahang untuk dilawati apabila anda berkunjung ke sini sama ada untuk bercuti ataupun atas urusan kerja.

Semoga dengan senarai tempat menarik di Pahang yang kami senaraikan dibawah ini sedikit sebanyak dapat membantu anda merancang percutian ke negeri ini pada masa akan datang.

1. Pantai Cherating

Pantai Cherating tempat menarik di Pahang

Pantai peranginan yang sangat terkenal ini terletak dalam 30-40 minit memandu dari bandar utama Kuantan dan tidak jauh dari Bandar Chukai Kemaman, Terengganu.

Pantai Cherating mempunyai pantai yang sangat lapang, bersih dan sesuai untuk aktiviti air bersama keluarga. Terdapat pelbagai jenis penginapan baik chalet ataupun hotel di sekitarnya.

2. Pantai Teluk Chempedak

Pantai Teluk Chempedak

Pantai santai-santai petang yang paling dekat dengan bandar utama Kuantan. Di sini terdapat beberapa hotel dan penginapan bagi mereka yang ingin bermalam di tepi pantai di Kuantan.

Pantai Teluk Chempedak ini tidak sesuai untuk aktiviti mandi manda dan lebih kepada tempat lepak dan bersiar-siar samaada pada waktu petang ataupun malam.

3. Pantai Batu Hitam

Pantai Batu Hitam

Satu lagi pantai rekreasi yang hanya lebih kurang 7km dari bandar utama Kuantan. Saban hujung minggu, memang ramai warga setempat yang datang bersama keluarga untuk aktiviti tepi pantai samaada untuk berkelah, main air laut dan juga tidak kurang yang berkhemah. Chalet dan penginapan di sekitarnya pun banyak.

Anda juga boleh kunjungi Pantai Berserah dan Pantai Balok yang terletak tidak jauh dari Pantai Batu Hitam untuk bersantai dan menjamu selera. Di Pantai anda boleh lakukan aktiviti memancing, windsurfing dan juga perkhemahan dan Balok Pantai Balok juga femes dengan makanan laut dan medan ikan bakar di sekitarnya. Penginapan seperti hotel dan resort juga ada di sini.

4. Pantai Gelora/Taman Gelora

Taman Gelora

Merupakan sebuah taman rekreasi bertasik di tepi pantai. Di taman ini juga terdapat pelbagai kemudahan seperti trek jalan kaki yang sesuai untuk aktiviti jogging samaada pagi atau pada waktu petang. Gerai-gerai juga banyak dan pasir pantainya pula terjaga kebersihannya.

Hanya beberapa km dari Teluk Cempedak dan sering menjadi destinasi pilihan warga bandar Kuantan untuk bersenam dan beraerobik. Pasar malam di sini pada setiap hari Ahad 4.00 pm – 9.00 pm.

5. Pulau Tioman

Pulau Tioman

Satu tempat percutian yang sangat popular di Pahang dan menawarkan aktiviti sukan air seperti snorkeling, scuba diving dan jet ski yang pasti membuatkan anda jatuh hati dengan keindahan Pulau Tioman.

Chalet murah dan penginapan eksklusif juga banyak di sini. Destinasi ini juga selalu menjadi lokasi berbulan madu untuk pasangan yang baru berkahwin dan pelancong dari luar.

6. Taman Negara

Taman Negara Pahang

Satu tempat menarik di Pahang yang cukup popular bagi mereka yang inginkan aktiviti hutan yang mencabar dan suasana hutan yang masih kekal keasliannya.

Terdapat banyak pilihan chalet dan penginapan serta menawarkan aktiviti best untuk dilakukan seperti junggle trekking, rapid shooting, santuari kelah, teroka gua, melawat perampungan orang asli, canopy walk dan sebagainya.

7. Taman Negara Endau Rompin

Taman Negara Endau Rompin

Merupakan taman negara yang kedua terbesar selepas Taman Negara Pahang dan di sini menempatkan pelbagai jenis spesis hidupan hutan, pokok-pokok herba, bunga liar, spesis mamalia hutan dan sebagainya.

Yang sukakan alam semulajadi boleh datang ke taman negara ini untuk melihat keindahan flora dan fauna disini. Disini juga anda boleh lakukan aktiviti berkhemah, mandi air terjun, meneroka gua dan banyak lagi.

8. Cameron Highlands

Cameron Highlands

Cameron Highlands boleh dikatakan tempat menarik di Pahang yang paling popular di Malaysia. Pelbagai pilihan penginapan yang ada baik yang bajet atau yang ekslusif dengan udara persekitaran yang sangat sejuk. Paling best dapat minum air tea kat atas ni.

Aktiviti-aktiviti menarik di sini juga banyak untuk dilakukan dan semestinya Cameron Highland merupakan destinasi berbulan madu yang sangat ideal. Kalau belum pernah pergi ke tempat menarik di Pahang yang lain, sangat dicadangkan untuk bermula di Cameron Highland.

9. Genting Highland

Genting Highlands tempat menarik di pahang

Genting Highland terkenal dengan taman tema kering dan basah yang besar dan menawarkan permainan-permainan yang pasti membuatkan jantung pengunjung berdegup kencang. Sama ada untuk dewasa dan kanak-kanak, segala jenis macam permainan sesuai mengikut peringkat umur masing-masing tersedia untuk dicuba.

Disini juga ada menyediakan pelbagai pilihan penginapan yang ada baik yang bajet atau yang ekslusif dengan udara persekitaran yang sangat sejuk. Kalau kesini jangan lupa singgah ke Ladang Strawberry untuk bawa balik sebagai buah tangan.

10. Bukit Fraser

Bukit Fraser

Diberi jolokan nama ‘The Little England of Malaysia’, Bukit Fraser merupakan satu lagi tempat menarik di Pahang yang ideal untuk mereka yang inginkan percutian di kawasan yang sejuk.

Konsep bangunan-bangunan Inggeris lama di sini semestinya membuatkan anda terasa seperti kembali ke zaman Inggeris dulu-dulu. Di sini juga merupakan lokasi popular untuk mereka yang kaki golf.

11. Gunung Tahan

gunung tahan

Merupakan puncak yang paling tinggi di Semenanjung Malaysia. Sekiranya anda seorang yang gemarkan cabaran meredah hutan, meredah sungai, jungle trekking dan ber’camping’, bolehlah mencuba di Gunung Tahan yang terletak di dalam Taman Negara ini.

Terdapat beberapa track yang sering diguna oleh pendaki untuk sampai ke puncak. Ingin mencabar kelasakkan diri anda, bolehlah cuba datang kesini dan takluki puncak Gunung Tahan.

12. Tasik Chini

tasik chini pahang

Selain popular dengan cerita-cerita mitos naga, Tasik Chini juga popular di kalangan kaki pancing yang ingin menewaskan ikan darat terutamanya toman dan kelah.

Di sini juga terdapat resort yang boleh pelancong menginap dan menawarkan aktiviti menarik untuk tetamu seperti menunggang kuda, paint ball, berkanu, memancing, jungle trekking, camping, blow pipe challenge, melawat perkampungan asli dan fish feeding.

13. Kuantan Mini Zoo

kuantan mini zoo

Terletak di Taman Teruntum dan hanya beberapa minit sahaja dari bandar Kuantan. Mini Zoo ini menempatkan beberapa haiwan seperti burung unta, kura-kura gergasi, kancil, burung merak, buaya dan sebagainya. Dan yang paling menarik, zoo ini merupakan salah satu tempat menarik di Pahang yang harga tiket masuk adalah percuma.

14. Santuari Gajah Kuala Gandah

Santuari Gajah Kuala Gandah

Pusat pemeliharaan gajah liar ini cukup terkenal di Pahang dan di sini menempatkan lebih 20 ekor gajah samaada yang tetap atau yang baru dipindahkan dari habitat asal yang terancam.

Pengunjung berpeluang melihat sendiri gajah dengan dekat dan mencuba aktiviti menarik lain seperti memberi makan gajah, bermain dengan anak gajah, menunggang gajah dan melihat gelagat gajah ketika mandi di sungai.

15. Masjid Sultan Ahmad

Masjid Sultan Ahmad

Merupakan masjid negeri yang cantik dan terletak berhampiran dengan padang Majlis Perbandaran Kuantan. Pada bulan Ramadhan, padang MPK sangat meriah dengan kunjungan warga setempat untuk berbuka puasa ramai-ramai di atas padang. Bazar Ramadhan juga bersebelahan di tempat pakir kereta.

16. Bukit Gambang Resort City

Bukit Gambang Resort City

Terletak kira-kira 40 minit dari bandar Kuantan dan resort ini menempatkan beberapa tarikan untuk pengunjung seperti taman tema air, zoo mini, night safari dan ATV di dalam hutan.

Sejak kewujudan resort dan Gambang Water Park ini, destinasi ini boleh dikatakan tempat menarik di Gambang yang paling popular pada hari ini di kalangan pelancong.

___

Pahang sememangnya destinasi pelancongan yang unik baik tempat bercuti, pilihan makanan yang pelbagai, hotel dan sebagainya. Maka tidak hairanlah Pahang terkenal dikalangan penduduk tempatan dan pelancong dari luar. Semoga panduan tempat menarik di Pahang yang ringkas ini memberi anda inspirasi untuk bercuti ke negeri ini pada masa akan datang.

Sila tinggalkan komen dibawah sekiranya anda ada tempat menarik di Pahang lain yang ingin dikongsikan kepada kami. Jangan lupa like CutiSini.com di Facebook, jadi anda akan terus-menerus dapat membaca artikel menarik seperti ini. Terima kasih.

0 komen pembaca

Tiada komen lagi. Jadi yang pertama komen artikel ini.

Buat Komen

Nota: Alamat e-mel anda tidak akan dikongsi oleh pihak ketiga. Ruang bertanda * adalah wajib diisi.

Lagi Artikel Menarik