Senarai tempat menarik di Pulau Pinang ini adalah sebagai rujukan kepada anda yang ingin bercuti ke negeri ini. Pulau Pinang terdiri daripada bahagian pulau dan juga tanah besar yang dikenali sebagai Seberang Perai. Keluasan kawasan pulau adalah 285km yang terpisah sepenuhnya daripada Seberang Perai. Kedua-dua bahagian dihubungkan dengan perkhidmatan feri dan Jambatan Pulau Pinang yang panjangnya 13.5km.

Pulau Pinang terkenal sebagai destinasi negeri pelancongan di Malaysia yang mempunyai pelbagai jenis makanan sedap, pusat membeli belah dan pelancong juga boleh melawat banyak tempat-tempat menarik di Pulau Pinang yang sesuai sebagai destinasi percutian berkeluarga, solo atau mungkin untuk berbulan madu.

Tempat Menarik Di Pulau Pinang

Nak tahu apa tempat menarik di Pulau Pinang? Mari kita lihat senarai 10 tempat menarik di Pulau Pinang untuk dilawati apabila anda berkunjung ke sini sama ada untuk bercuti ataupun atas urusan kerja.

Semoga dengan senarai tempat menarik di Pulau Pinang yang kami tulis dibawah ini sedikit sebanyak dapat membantu anda merancang percutian ke negeri ini pada masa akan datang.

1. Bukit Bendera

Bukit Bendera tempat menarik di Pulau Pinang

Bagi yang sukakan aktiviti santai dan melihat pemandangan yang cantik, anda boleh ajak anak-anak ke Bukit Bendera dan menaiki tren ke puncak. Di puncak Bukit Bendera bermacam aktiviti menarik boleh dilakukan yang lebih kepada aktiviti santai-santai. Pengalaman menaiki train menuju ke puncak Bukit Bendera dan melihat panorama keindahan alam semulajadi dari atas memang satu pengalaman yang sukar dilupakan.

Disini juga ada menjual pelbagai barangan cenderahati, makanan dan minuman sedap yang boleh dicuba. Kalau waktu musim cuti, destinasi ini memang padat dengan orang ramai dan pelancong dari luar. Memang meriah!

2. Penang 3D Trick Art Museum

Penang 3D Trick Art Museum tempat menarik di Pulau Pinang

Penang 3D Trick Art Museum adalah sebuah galeri dalam bangunan 2 tingkat yang menempatkan lukisan mural 3D. Pengunjung boleh mengambil gambar dalam posisi tertentu untuk menjadikan hasil gambar menjadi seperti sebenar. Pembantu yang bertugas akan membantu anda untuk mengambil gambar dengan cara dan dari sudut yang betul.

Destinasi ini memang sesuai untuk bawa pasangan dan ahli keluarga anda kesini untuk mengambil gambar sebagai kenang-kenangan. Tiket masuk kesini adalah RM15 untuk dewasa dan RM10 untuk kanak-kanak bagi pemegang kad Mykad. Manakala tiket masuk untuk pelancong luar adalah RM25 untuk dewasa dan RM15 untuk kanak-kanak. Pelajar dan warga emas RM10 untuk pemegang kad Mykad dan RM15 untuk pelancong luar.

3. Penang Escape Theme Park

Penang Escape Theme Park

Penang Escape Theme Park merupakan Adventure Park kerana disini anda boleh melakukan pelbagai aktiviti lasak. Penang Escape Theme Park adalah tempat kegemaran penggemar setia aktiviti lasak yang ingin menguji tahap ketahanan mental dan fizikal. Pelbagai aktiviti boleh dilakukan, sesuai untuk kanak-kanak dan dewasa.

Satu cara yang kreatif dan menyeronokkan untuk memupuk cinta aktiviti luar rumah, terutama di kalangan kanak-kanak. Taman ini mula dibuka pada tahun 2012 dengan tarikan yang menonjol seperti terjun jatuh bebas dari platform melompat 20 meter tinggi, gelongsor tiub dan hayunan tali pokok.

4. Toy Museum Penang

Toy Museum Penang

Toy Museum Penang mendaftarkan dirinya sebagai muzium mainan terbesar di dunia. Ia adalah sebuah rumah yang menempatkan lebih daripada 100,000 anak patung, kereta api dan koleksi lain dan telah memperoleh tempat dalam Malaysia Book of Records sebagai muzium mainan pertama negara ini, dengan koleksi mainan dan patung terbesar.

Berjalan melalui pintu depan adalah seperti melangkah kembali ke zaman kanak-kanak dan anda pasti untuk melihat beberapa rakan-rakan lama dalam koleksi, dari My Little Ponnies dan Care Bears hingga ke Doraemon dan koleksi Gundam. Tempat yang amat menyeronokkan untuk melawat, ia adalah tempat yang berfaedah dan menghiburkan untuk melawat bagi orang dewasa dan kanak-kanak. Tiket masuk RM16 untuk dewasa dan RM11 untuk kanak-kanak.

5. Penang Street Art

Penang Street Art

Penang Street Art antara tarikan yang sentiasa menjadi bualan orang ramai dan pelancong yang datang ke negeri ini. Lukisan mural 3D di bangunan-bangunan luar di Jalan Seni Penang yang membuatkan jalan ini tidak kusam walaupun ianya sebuah kawasan dengan bangunan yang lama. Lokasi ini sering menjadi tempat pengunjung mengambil gambar sambil-sambil berjalan cari makan di kawasan sekitarnya.

Idea ini adalah ilham daripada Majlis Perbandaran Pulau Pinang mengupah artis Lithuania dan Ernest Zacharevic untuk memberi nafas baru ke dalam beberapa rumah kedai di sekitar dalam bandar. Usaha mereka adlah satu kejayaan dan menjadikan lokasi ini sebagai tarikan pelancong. Hasil kerja beliau boleh dilihat di jalan-jalan seperti Muntri Street, Weld Quay, Lebuh Leith, Armenian Street, Ah Quee Street dan banyak lagi. Untuk melihat karya seni terbaik, kami mencadangkan berjalan-jalan petang melalui jalan raya Georgetown, bermula di Muntri Street dan berakhir di Weld Quay.

6. Pantai Batu Feringgi

Pantai Batu Feringgi

Pantai Batu Feringgi Merupakan pantai peranginan di Pulau Pinang yang paling popular dan di sini terdapat pelbagai aktiviti sukan air yang boleh dilakukan seperti parasailing, jetski, naik banana bot dan sebagainya. Pantai ini sentiasa penuh dengan pelancong untuk mandi manda dan beriadah.

Pilihan penginapan yang ada baik resort atau hotel juga banyak di sini DAN di sekitar pantai ini juga terdapat banyak pilihan restoran atau warung yang menjual aneka jenis makanan terkenal di Pulau Pinang. Sesuai untuk anda bersantai bersama ahli keluarga disini sambil tengok matahari terbenam.

7. Masjid Kapitan Keling

Masjid Kapitan Keling tempat menarik di Pulau Pinang

Masjid Kapitan Keling adalah masjid terbesar di Georgetown dan juga tempat menarik di Pulau Pinang. Ianya kelihatan cantik ketika matahari terbenam. Ia dinamakan sempena ‘kapitan’ daripada Keling (pemimpin masyarakat India Selatan serupa dengan pemimpin masyarakat Cina), Cauder Mydin Merican. Masjid bercat putih mendahului dengan kubah besar kuning keemasan gaya Mughal, bulan sabit dan bintang dan mempunyai satu menara India Islam yang akan kedengaran bunyi azan.

Masjid Kapitan Keling sebesar 18 ekar tetapi kini merangkumi hanya lapan ekar sebagai tanah yang didakwa oleh pegawai-pegawai kerajaan untuk pembinaan jalan raya. Jika anda ingin melawat, pegawai-pegawai masjid akan mempunyai kuasa untuk memberi kebenaran atau tidak. Pelawat hanya dibenarkan masuk jika mereka berpakaian sesuai: untuk wanita ini bermakna labuh seluar atau skirt dan baju dan lelaki berpakaian seluar panjang kemas menutup aurat.

8. Taman Negara Pulau Pinang

Taman Negara Pulau Pinang

Taman Negara Pulau Pinang terletak di Teluk Bahang ini sesuai sebagai singgahan percutian kepada yang sukakan aktiviti seperti jungle tekking, berkhemah, berenang dan melihat alam semulajadi dari dekat.

Di sini juga terdapat titian kanopi (canopy walkway) untuk dicuba dan yang paling menarik ialah di Tasik Meromiktik iaitu kawasan pertemuan air tasik yang tawar dan air laut yang masin. Di destinasi ini juga terdapat empangan air yang sangat tinggi dan mempunyai pemandangan yang menakjubkan. Sesuai untuk anda yang suka kepada aktiviti yang “adventure”.

9. Muzium Wonderfood Penang

Muzium Wonderfood Penang

Antara tempat menarik di Pulau Pinang yang perlu anda kunjungi adalah Muzium Wonderfood Penang, dimana disini anda dapat melihat, belajar dan mendalami budaya makanan unik di bandar ini dengan paparan yang lebih besar daripada yang hidup hidangan Malaysia.

Destinasi ini terletak dalam bangunan kolonial tahun 1940-an di Georgetown, muzium ini dibahagikan kepada tiga galeri dipanggil Zon Aktiviti, Zon Wow, dan Zon Pendidikan. Semua model hyper-realistik adalah buatan tangan oleh pemilik muzium, Sean Lao yang menggunakan teknik replikasi makanan dari Jepun. Tiket masuk adalah bagi warganegara Malaysia dewasa RM15 dan kanak-kanak RM10 manakala pelancong asing dewasa RM25.00 dan kanak-kanak RM15.00.

10. Taman Burung Penang

Taman Burung Penang

Taman Burung Penang terletak di kawasan Butterworth dan taman burung ini menempatkan lebih 3,000 ekor burung yang anda boleh lihat secara dekat. Taman burung ini dibahagikan kepada dua zon berbeza iaitu Zon Bersangkar dan Zon Terbuka. Zon Terbuka adalah di mana spesis-spesis burung jinak di lepaskan secara bebas dan pengunjung boleh berikteraksi secara langsung tanpa sempadan pagar. Manakala Zon Bersangkar pula menempatkan spesis-spesis burung yang lebih agresif.

Destinasi ini memang sesuai untuk anda bawa anak-anak untuk mengenali spesis-spesis burung yang ada dengan lebih dekat. Selain burung, taman sebesar 5 ekar ini juga mempunyai koleksi kecil binantang-binatang lain seperti ular sawa, sang kancil dan kura-kura yang boleh anda lihat. Tiket masuk ke taman burung ini adalah bagi warganegara Malaysia dewasa RM23 dan kanak-kanak RM13 manakala pelancong asing dewasa RM38 dan RM20 untuk kanak-kanak.

___

Kalau nak diikutkan Pulau Pinang sememangnya destinasi pelancongan yang unik baik tempat bercuti, kawasan bersejarah, taman tema, pilihan makanan yang pelbagai dan sebagainya. Maka tidak hairanlah Pulau Pinang merupakan destinasi terkenal pelancong dari luar. Semoga panduan tempat menarik di Pulau Pinang yang ringkas ini memberi anda inspirasi untuk bercuti ke negeri ini pada masa akan datang.

Sila tinggalkan komen dibawah sekiranya anda ada tempat menarik di Pulau Pinang lain yang ingin dikongsikan kepada kami. Jangan lupa like CutiSini.com di Facebook, jadi anda akan terus-menerus dapat membaca artikel menarik seperti ini. Terima kasih.

0 komen pembaca

Tiada komen lagi. Jadi yang pertama komen artikel ini.

Buat Komen

Nota: Alamat e-mel anda tidak akan dikongsi oleh pihak ketiga. Ruang bertanda * adalah wajib diisi.

Lagi Artikel Menarik