Pameran Pengantin Malaysia Wedding Festival (MEFA) kembali lagi dengan edisi ke-17 yang akan berlangsung pada 4 – 6 Ogos 2017 ini di Kompleks PKNS Bandar Baru Bangi, Selangor setelah kejayaan pada edisi-edisi sebelum ini yang banyak membantu bakal pengantin mendapatkan pakej perkahwinan murah untuk majlis perkahwinan mereka.

Pameran Pengantin yang terkenal dengan mengumpulkan lebih daripada 70 vendor didalam satu bumbung ini ternyata membantu bakal pengantin mendapatkan pakej perkahwinan yang sesuai dan berpatutan untuk bakal pengantin sebelum melansungkan perkahwinan.

Pameran Pengantin MEFA Edisi ke-17 PKNS Bangi

Pameran Pengantin MEFA Edisi Ke-17 PKNS Bangi

Bermula dari edisi pertama sehingga kini, MEFA banyak membantu bakal pengantin mendapatkan pakej perkahwinan yang sesuai untuk majlis perkahwinan mereka dengan menepati citarasa dan bajet pengantin itu sendiri.

Terdapat pelbagai pakej perkahwinan yang boleh dipilih oleh bakal pengantin di Malaysia Wedding Festival (MEFA) edisi ke-17 ini yang diantaranya adalah katering, dewan perkahwinan, photographer, videographer, pelamin dan sebagainya.

Bakal pengantin juga bebas memilih apa sahaja pakej yang dirasakan sesuai dengan bajet mereka dan disini juga vendor akan memberikan harga promosi kepada para pengunjung yang datang kesini.

Kerjasama & Penaja MEFA Edisi ke-17

Pameran Pengantin MEFA edisi ke-17 ini juga turut bekerjasama dengan PKNS Bangi dan portal perkahwinan Projek Kahwin bagi menjayakan pameran ini. Terima kasih juga kepada para penaja yang turut menaja pameran ini antaranya adalah Ani Catering & Wedding Planner untuk pentas utama dan Yann Rifft untuk aktiviti pentas.

Bagi anda yang masih lagi tercari-cari lagi pakej yang sesuai untuk perkahwinan anda, jangan lupa datang ke Pameran Pengantin Malaysia Wedding Festival (MEFA) edisi ke-17 yang akan diadakan di PKNS Bangi, Bandar Baru Bangi Selangor bermula 4 Ogos 2017 sehingga 6 Ogos 2017 ini dan jangan terlepas promosi-promosi terkini dari vendor perkahwinan yang ada.

Acara: Malaysia Wedding Festival (MEFA) Edisi Ke-17
Lokasi: Kompleks PKNS Bangi, Seksyen 9 Bandar Baru Bangi Selangor
Anjuran: Qistina Avenue Sdn Bhd
Tarikh: 4-6 Ogos 2017
Masa: 10 pagi – 9 malam
Kemasukan: Percuma
Kerjasama: PKNS Bangi
Portal Rasmi: Projek Kahwin
Penaja: Ani Catering & Wedding Planner & Yann Rifft.

Info Lanjut Mengenai MEFA

Laman Web: www.mefa.my
Instagram: www.fb.com/mefaevent
Email: sales@mefa.my
No. Telefon: +6012 – 387 1775

0 komen pembaca

Tiada komen lagi. Jadi yang pertama komen artikel ini.

Buat Komen

Nota: Alamat e-mel anda tidak akan dikongsi oleh pihak ketiga. Ruang bertanda * adalah wajib diisi.

Lagi Artikel Menarik