Eco Tree Hotel merupakan sebuah hotel kontemporari 3 bintang yang terletak betul-betul di tengah kawasan perniagaan Bandar Melaka Raya.

Dengan berjalan kaki sahaja, anda boleh pergi ke tempat bersejarah seperti kota Afamosa dan muzium, pusat membeli-belah seperti Dataran Pahlawan, Hatten Square dan Mahkota Parade, serta Jonker Street dan bermacam kedai makan dan pusat kesihatan & spa yang berdekatan.

Ternyata lokasi yang strategik di tengah-tengah kota Melaka ini sangat sesuai buat anda yang hadir untuk tujuan perniagaan, mesyuarat, percutian ataupun sekadar untuk berseronok bersama sahabat handai atau keluarga.

Pilihan Bilik Di Eco Tree Hotel Melaka

Eco Tree Hotel Melaka

Eco Tree Hotel Melaka mempunyai sebanyak 116 bilik dan terdiri daripada enam jenis kategori bilik – Superior, Executive Deluxe, Executive Suites, Premier Suites, Studio Suites dan juga Family Suites.

bilik eco tree hotel melaka

Seperti hotel-hotel yang lain, bilik-bilik di Eco Tree Hotel dilengkapi dengan kemudahan asas seperti Flat Screen TV, Wifi, Water Kettle, Hairdryer, Mini Fridge, dan juga telefon.

Teak Coffee House

Teak Coffee House

Sudah pasti hotel tidak akan lengkap dengan tempat makan. Disini, mereka mempunyai Designer’s Coffee House. Mulakan hari anda dengan sarapan yang terbaik di Teak Coffee House, hidangan divariasikan dari makanan tempatan dan juga hidangan barat.

Sarapan pagi dibuka seawal 6.30 pagi untuk pengunjung hotel yang ingin bersarapan. Pastikan anda mencuba semua menu sarapan yang disediakan terutamanya sambal nasi lemak. Memang superb!

SkyDeck 360 Degree, SkyBar Dan Juga SkyPool

SkyDeck 360 Degree SkyDeck 360 Degree

Kolam renang dengan kedalaman 4 kaki beserta 25 meter panjang di Eco Tree Hotel ini merupakan kolam renang paling tinggi pernah dibina di Melaka, beserta air terjun buat anak-anak kecil untuk menikmati.

SkyDeck 360 Degree

Di tahap ketinggian ini, hotel ini juga mempunyai tempat hangout yang dinamakan SkyDeck 360 degree, dimana pengunjung hotel boleh menikmati minuman beserta pemandangan panorama sekeliling Bandar Melaka pada ketinggian tingkat 9 Eco Tree Hotel ini.

Sudah pasti menikmati pemandangan matahari terbenam di tengah-tengah kota Melaka ini bersama teman mahupun tersayang, menjadikan memori yang terindah buat pengunjung.

Bagi anda yang berminat untuk menginap di hotel ini, anda boleh terus ke alamat dibawah.

Eco Tree Hotel
1, Jalan Melaka Raya 9,
Taman Melaka Raya,
75000 Melaka, Malaysia.
Telephone: +606 – 292 1888
Fax: +606 – 281 9991
E-mail: reservation@ecotreehotel.com
Website: Eco Tree Hotel

0 komen pembaca

Tiada komen lagi. Jadi yang pertama komen artikel ini.

Buat Komen

Nota: Alamat e-mel anda tidak akan dikongsi oleh pihak ketiga. Ruang bertanda * adalah wajib diisi.

Lagi Artikel Menarik