Senarai hotel di Johor ini adalah untuk rujukan pengunjung yang ke Negeri Johor sama ada untuk bercuti ataupun atas urusan bekerja. Selain daripada tempat-tempat menarik untuk dilawati, makanan dan pusat membeli belah, di Johor juga terdapat banyak pilihan hotel yang boleh dipilih.

Hotel Di Johor Tumpuan Pengunjung

Terdapat banyak pilihan dan harga adalah berbeza-beza mengikut taraf hotel, lokasi, kemudahan dan tawaran semasa yang diberikan. Bagi memudahkan pencarian anda, disini kami senarai beberapa hotel di Johor yang boleh menjadi rujukan anda.

Berikut adalah senarai hotel di Johor yang sering menjadi tumpuan pengunjung. Jom kita ketahui dengan lebih lanjut.

1. Renaissance Johor Bahru Hotel

Renaissance Johor Bahru Hotel Hotel Di Johor

Renaissance Johor Bahru menawarkan bilik-bilik yang mewah dan moden. Hotel ini mempunyai 2 restoran dan sebuah pub untuk tetamu yang menginap di hotel ini. Ia juga menawarkan sebuah pusat kecergasan dan kolam renang luaran yang luas.

Johor Premium Outlet (JPO) berjarak 25 minit pemanduan dari Renaissance Johor Bahru. Lego Land, Taman Tema Hello Kitty dan Pantai Desaru semuanya berada dalam jarak 35 minit pemanduan. Ia mengambil masa 1 jam untuk sampai ke Singapura dengan menaiki kereta.

Bilik-bilik yang berhawa dingin di sini dilengkapi dengan TV, meja dan cerek elektrik dan bilik mandi peribadi dengan pancuran mandian, pengering rambut, jubah mandi, selipar dan peralatan mandian percuma.

Jalan Permas 11, Bandar Baru Permas Jaya, 81750 Johor Bahru

2. Afiniti Residences Medini

Afiniti Residences Medini Hotel Di Johor

Afiniti Residences Medini yang terletak di Johor Bahru ini menawarkan apartmen yang luas, selasa dan moden untuk pengunjung. Ia terletak 13 km dari Angry Birds Activity Park dan 7 km dari AEON Bukit Indah. Penginapan dalam apartment ini dilengkapi dengan dua bilik tidur berhawa dingin berasingan.

Apartmen ini juga mempunyai ruang tamu, ruang makan dan dapur yang serba lengkap dan kawasan permainan dalaman dengan bangunan batu-bata untuk kanak-kanak. Sesuai untuk anda dan ahli keluarga yang ingin bercuti ke Johor.

Lebuh Utara Medini, Nusajaya, 79200 Johor Bahru

3. The Puteri Pacific Johor Bahru

The Puteri Pacific Johor Bahru Hotel Di Johor

The Puteri Pacific Johor Bahru terletak di daerah membeli-belah dan perdagangan menawarkan penginapan yang selesa untuk tetamu yang datang kesini. Ia menempatkan 3 restoran, sebuah kolam renang luaran yang luas, spa dan pusat kecergasan.

Bilik-bilik berhawa dingin yang luas di The Puteri Pacific Johor Bahru dilengkapi dengan TV dan bilik mandi peribadi dengan pengering rambut. Kemudahan membuat teh/kopi dan mini bar juga turut disediakan, berserta dengan peti keselamatan peribadi.

Tetamu boleh mengunjungi D’Rebung Spa untuk urutan dan rawatan kecantikan yang menenangkan. Kemudahan sauna juga ditawarkan di Pacific Fitness Centre. Sebagai alternatif, gelanggang tenis dan skuasy juga disediakan.

Jalan Abdullah Ibrahim, 80730 Johor Bahru

4. Le Grandeur Palm Resort Johor

Le Grandeur Palm Resort Johor

Le Grandeur Palm Resort menawarkan penginapan dengan pemandangan ke padang golf kejohanan 54-lubang di resort, kolam renang luaran atau taman tropika. Resort ini menawarkan 6 pilihan tempat makan dan spa.

Dilengkapi dengan lantai berkayu, bilik-bilik yang luas di resort mempunyai perkhidmatan bilik 24-jam dan akses Wi-Fi percuma. Bilik-bilik moden juga dilengkapi dengan balkoni peribadi dan TV dengan saluran kabel.

Para tetamu boleh menaiki ATV melalui hutan, atau mencuba dengan memanah. Aktiviti rekreasi yang lain termasuk boling atau permainan tenis. Pusat kecergasan dan meja tempahan lawatan juga disediakan.

Pemandangan ke kolam ditemani dengan hidangan bufet atau รก la carte di Ishwara Asian Brasserie & Terrace. Grill at Cocomo menyajikan makanan ringan dan snek, termasuk kek dan teh khas. Pilihan tempat makan yang lain termasuk restoran Cina dan Jepun. Untuk minuman, The Bar mempunyai minuman dan hiburan muzik live pada waktu malam.

Jalan Persiaran Golf, Off Jalan Jumbo, Senai, 81250 Senai

5. Berjaya Waterfront Hotel

Berjaya Waterfront Hotel

Berjaya Waterfront Hotel terletak di kawasan kompleks membeli-belah dan hiburan bebas cukai. Hotel ini menawarkan kolam renang luaran dan spa. Bilik-bilik yang luas ini menawarkan pemandangan laut dan bandar serta WiFi percuma.

Berjaya Waterfront Hotel berjarak 10 minit pemanduan dari daerah perniagaan, Tambak Johor-Singapura dan Muzium Diraja. Bilik-bilik yang moden dan bergaya di Berjaya Waterfront Hotel menawarkan alat penyaman udara, TV dan bilik mandi peribadi beserta kemudahan pancuran mandian dan tab mandi.

Para tetamu boleh bersenam di pusat kecergasan di Berjaya Waterfront Hotel atau berehat di sauna.

Jalan Ibrahim Sultan, Stulang Laut, 80300 Johor Bahru

6. New York Hotel

New York Hotel

New York Hotel terletak 10 minit memandu dari Johor-Singapore Causeway. Hotel ini menawarkan kemudahan tempat letak kenderaan percuma. Ia mempunyai kolam renang dalaman dengan kolam spa, serta pusat spa yang luas dan selesa.

Hotel New York adalah sejauh 30 minit memandu dari Lapangan Terbang Sultan Ismail. Bilik-bilik moden dilengkapi dengan TV serta kemudahan membuat teh dan kopi. Tab mandi juga disediakan di dalam bilik mandi en suitenya. Perkhidmatan bilik 24-jam ada disediakan.

Para tetamu boleh bersenam di pusat kecergasan yang serba-lengkap atau melegakan otot-otot yang sakit dengan urutan di spa. Kemudahan-kemudahan lain termasuk penyewaan kereta dan perkhidmatan penukaran mata wang. Pilihan tempat makan di hotel termasuk kedai kopi 24-jam di lobi.

Jalan Dato Abdullah Tahir, 80300 Johor Bahru

7. Hotel Granada Johor Bahru

Hotel Granada Johor Bahru

Hotel Granada Johor Bahru yang bertaraf 4-bintang ini menawarkan bilik-bilik yang bergaya di Taman Bukit Indah, dalam jarak 5 minit berjalan kaki dari Aeon Jusco Bukit Indah. Spa disini menyediakan urutan badan yang memanjakan dan rawatan-rawatan lain. Terdapat juga bilik-bilik mesyuarat yang moden dan pusat perniagaan yang tersedia, serta tempat letak kereta percuma.

Bilik-bilik di hotel ini juga Luas dan berhawa dingin dan dilengkapi dengan lantai parket, TV dan mesin kopi. Suite-suite menyediakan ruang tamu yang berasingan. Bilik-bilik mandi en suite dilengkapi dengan pancuran mandian.

Hotel Granada Johor Bahru berjarak 8 minit berjalan kaki dari Tesco Bukit Indah dan 10-minit pemanduan dari Legoland dan Tuas Singapore Link. Taman Tema Puteri Habour dan Hello Kitty Land terletak 15 minit pemanduan jauhnya. Hotel ini berjarak 20 minit pemanduan dari Pelabuhan Tanjong Pelepas dan Lapangan Terbang Antarabangsa Senai.

Para tetamu boleh membeli hadiah di kedai cenderamata, atau meminta perkhidmatan ulang-alik lapangan terbang. Akhbar dan simpanan bagasi disediakan di kaunter penyambut tetamu 24 jam.

Jalan Indah 15/2, Taman Bukit Indah, Bukit Indah, 81200 Johor Bahru

8. Thistle Johor Bahru

Thistle Johor Bahru

Thistle Johor Bahru terletak di pusat bandar raya Johor Bahru ini berjarak 5 km dari Danga Bay dan 30km dari Lapangan Terbang Antarabangsa Changi di Singapura.

Hotel ini menawarkan bilik-bilik moden yang luas yang dilengkapi dengan penghawa dingin, TV, wifi percuma dan perkhidmatan bilik 24-jam. Hotel ini mempunyai 4 pilihan tempat makan dan kolam renang luaran 2 tingkat.

Bilik-bilik mandi peribadi dilengkapi dengan kemudahan-kemudahan tab mandi dan pancuran mandian. Selain dari surat khabar pagi harian, pembuat teh/kopi dan bar mini ada disediakan.

Menawarkan konsep dapur terbuka dengan ruang makan dan bar, Oasis menyajikan hidangan gabungan Jepun dan Itali. Glass menawarkan hidangan tempatan dan antarabangsa dengan pemandangan taman berlandskap.

Jalan Sungai Chat, 80100 Johor Bahru

9. Sand & Sandals Desaru Beach Resort & Spa

Sand & Sandals Desaru Beach Resort & Spa

Sand & Sandals Desaru Beach Resort & Spa yang terletak di Desaru ini menawarkan kolam renang luaran yang besar yang terletak di landskap tropika. Ia menawarkan bilik-bilik yang luas yang membuka ke sebuah balkoni peribadi, kemudahan kecergasan serta 6 pilihan tempat makan.

Resort ini menawarkan kawasan lounge yang selesa dengan sofa, bilik-bilik berhawa dingin dilengkapi dengan TV, minibar serta pembuat teh/kopi dan bilik mandi yang menarik mempunyai pengering rambut serta peralatan mandian.

Para tetamu boleh menikmati permainan tenis yang aktif atau berehat dengan urutan spa tradisional. Kemudahan riadah yang lain termasuk bilik permainan, kemudahan sukan air dan taman permainan kanak-kanak.

Keistimewaan makan termasuk sarapan yang menyelerakan di Palm Brasserie dan hiburan secara langsung dengan koktel di Pulai Lounge. Terdapat juga 2 bar, restoran Jepun serta perkhidmatan bilik.

Bandar Penawar, Kota Tinggi, 81900 Desaru

10. Tunamaya Beach & Spa

Tunamaya Beach & Spa

Tunamaya Beach & Spa Resort menyediakan penginapan di Kangkar Chemaran. Resort ini mempunyai taman permainan kanak-kanak dan pemandangan laut yang cantik. Para tetamu boleh menikmati hidangan di restoran atau minuman di bar.

Setiap bilik mempunyai TV, wifi percuma, penghawa dingin dan bilik mandi yang selesa. Unit-unit tertentu menawarkan ruang tempat duduk di mana para tetamu boleh berehat.

Bandar Penawar, 81930 Desaru

11. Tiara Desaru Seaview Residence

Tiara Desaru Seaview Residence

Tiara Desaru Seaview Residence adalah penginapan yang sesuai untuk yang sudah bekeluarga. Disini menawarkan tempat penginapan di Desaru dengan 4 kolam renang, gelanggang tenis peribadi dan pantai yang rata.

Unit-unit mempunyai bilik mandi peribadi dengan kemudahan pancuran mandian. Sesetengah unit menikmati pemandangan kolam renang. Di Tiara Desaru anda juga akan mendapati kemudahan barbeku dan kemudahan bola tampar pantai.

Jalan Tanjung Lompat Desaru, 81930 Desaru

12. Lakeview Terrace Resort Pengerang

Lakeview Terrace Resort Pengerang

Lakeview Terrace Resort menawarkan penginapan bergaya dengan kolam renang luaran yang menyegarkan dan pusat kecergasan untuk kegunaan tetamu.

Penginapan ini dihiasi dengan hiasan dalaman kayu, bergaya hangat serta dihiasi dengan perabot berwarna krim, oren dan putih, setiap bilik berhawa dingin ini dilengkapi dilengkapi dengan TV. Kemudahan dalam bilik termasuk peti sejuk, cerek elektrik serta peti deposit keselamatan. Rak pakaian dan meja kerja disediakan untuk kegunaan tetamu. Bilik mandi en suite dilengkapi dengan pancuran mandian dan peralatan mandian percuma.

Lakeview Terrace menawarkan parking peribadi percuma di lokasi, perkhidmatan dobi, khidmat pembantu rumah harian dan juga kemudahan mesyuarat/jamuan disediakan untuk disewa.

Jalan Kota Tinggi, 81620 Pengerang

13. Sebana Cove Resort

Sebana Cove Resort

Sebana Cove Resort mempunyai sauna dan pusat kecergasan. Resort ini menampilkan kolam renang luaran serta pemandangan tasik, dan tetamu boleh menjamu selera di restoran.

Setiap bilik di resort ini adalah berhawa dingin serta dilengkapi dengan TV. Sesetengah bilik mempunyai ruang duduk untuk berehat selepas seharian yang sibuk. Setiap bilik menyediakan bilik mandi peribadi. Kemudahan tambahan yang ditawarkan termasuk peralatan mandian percuma serta pengering rambut. Sebana Cove Resort menawarkan WiFi percuma di seluruh hotel.

Anda boleh bermain tenis di resort ini, dan kawasan ini popular untuk bermain golf. Johor Bahru terletak 45 km dari Sebana Cove Resort, manakala Desaru berjarak 14 km dari tempat penginapan ini.

Sebana Golf & Marina Resort Berhad Lot PTD 2940/2941, 81600 Pengerang

___

Inilah senarai 13 hotel di Johor untuk rujukan anda yang ingin mencari penginapan di Negeri Johor pada masa akan datang. Semoga dengan senarai hotel di Johor ini dapat membantu anda merancang percutian di Negeri Johor kelak.

Jika anda ada hotel di Johor yang ingin dikongsikan kepada kami, sila komen dibawah. Jangan lupa like CutiSini.com di Facebook, jadi anda akan terus-menerus dapat membaca artikel cuti-cuti Malaysia seperti ini. Terima kasih.

0 komen pembaca

Tiada komen lagi. Jadi yang pertama komen artikel ini.

Buat Komen

Nota: Alamat e-mel anda tidak akan dikongsi oleh pihak ketiga. Ruang bertanda * adalah wajib diisi.

Lagi Artikel Menarik