Senarai hotel di Kedah ini adalah untuk rujukan kepada yang ke negeri ini sama ada untuk bercuti ataupun atas urusan bekerja. Selain daripada tempat menarik untuk dilawati, makanan dan tempat membeli belah, di Kedah juga terdapat banyak pilihan hotel yang boleh dipilih.

Senarai 10 Hotel Di Kedah Jadi Tumpuan

Terdapat banyak pilihan dan harga adalah berbeza-beza mengikut taraf hotel, lokasi, kemudahan dan tawaran semasa yang diberikan. Bagi memudahkan pencarian anda disini kami senarai beberapa senarai hotel di Kedah yang boleh menjadi rujukan anda.

Berikut adalah senarai 10 hotel di Kedah yang sering menjadi tumpuan pengunjung. Disini kami senaraikan hotel yang ada di Negeri Kedah terutamanya di Bandar Alor Setar untuk memudahkan carian anda. Senarai ini tidak termasuk hotel yang ada di Pulau Langkawi.

1. StarCity Hotel

Bilik Studio Di Starcity Hotel Alor Setar Kedah Hotel Di Kedah

Starcity Hotel terletak di pusat bandar Alor Setar Kedah dan hotel ini amat berdekatan dengan Menara Alor Setar. Lokasi Star City Hotel sangat mudah untuk diakses dan terletak secara strategik di tengah-tengah bandar Alor Star.

Ia juga berdekatan dengan kawasan komersial di sepanjang Jalan Putra dan dikelilingi oleh kawasan kejiranan beserta restoran, pusat penjagaan kesihatan, hotel, kompleks membeli-belah dan lot kedai komersial. Starcity Hotel Alor Setar Kedah ini mempunyai 98 jenis bilik Deluxe dan juga Suites untuk pilihan pengunjung yang ke hotel ini. Antara yang menjadi pilihan pengunjung ke hotel ini adalah bilik jenis Studio.

88, Jalan Pintu Sepuluh, 05100 Alor Setar

2. Grand Alora Hotel

Grand Alora Hotel Hotel Di Kedah

Grand Alora Hotel terletak di lokasi ideal di tengah-tengah Bandar Alor Setar, bertentangan dengan pasar raya besar TESCO. Ia mengalu-alukan tetamu dengan sebuah kolam renang luaran dan pusat kecergasan. Anda juga boleh menggunakan Wifi percuma yang disediakan di semua kawasan.

Bilik-bilik di hotel ini berkonsepkan moden dan dilengkapi dengan lantai berkarpet. Ia menyediakan sebuah peti keselamatan, TV dan kemudahan membuat teh/kopi. Semua bilik menampilkan bilik mandi peribadi dengan pancuran mandi air panas yang menyegarkan.

Tetamu yang menginap di Grand Hotel Alora boleh menggunakan kemudahan mesyuarat dan jamuan. Ia juga mempunyai kaunter penerimaan tetamu yang dibuka 24 jam dengan ruang simpanan bagasi dan kemudahan tempat letak kenderaan percuma. Bangunan ini terletak 10 minit perjalanan menaiki kereta dari Stesen Bas Shahab Perdana dan Lapangan Terbang Kepala Batas berjarak sejauh 20 minit.

No 888, Persiaran Bandar Baru Mergong, 05150 Alor Setar

3. TH Hotel Alor Setar

TH Hotel Alor Setar

TH Hotel Alor Setar berada hanya 5 minit memandu dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim. Menawarkan Wifi percuma, ia menempatkan kolam renang yang berasingan untuk tetamu lelaki dan perempuan, sebuah pusat kecergasan dan sauna.

Hotel ini terletak 10 minit memandu dari Menara Alor Setar dan Muzium Kedah. Ia berjarak 15 minit pemanduan dari pusat membeli-belah Pekan Rabu dan 20 minit memandu dari Muzium Padi Kedah.

Bilik-bilik moden adalah berhawa dingin serta menyediakan TV skrin rata dengan saluran satelit, cerek elektrik dan peti keselamatan peribadi. Bilik mandi en suite menyediakan kemudahan pancuran mandi, peralatan mandian dan pengering rambut.

Lot 3860, Mukim Titi Gajah, 06020 Alor Setar

4. The Leverage Business Hotel

The Leverage Business Hotel

Berjarak 5-minit memandu dari Menara Alor Setar, The Leverage Business Hotel menawarkan bilik-bilik moden yang berhawa dingin dengan TV dan Wi-Fi percuma. Hotel ini mempunyai sebuah restoran yang menyajikan hidangan tempatan dan pusat perniagaan. Bilik-bilik dengan lantai kayu dihiasi dengan warna-warna hangat dan dilengkapi dengan pemain DVD, cerek elektrik dan bilik mandi en suite dengan pancuran mandian hujan.

Berjarak 5-minit berjalan kaki ke Tesco Hypermarket, The Leverage Business Hotel terletak sejauh 15-minit memandu ke Alor Setar Mall. Dengan 30-minit memandu anda akan sampai ke Muzium Padi dan Kuala Kedah Fort, yang terkenal dengan makanan laut. Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim terletak 20-minit memandu jauhnya.

12, Jalan Lengkok Sari, Taman Bandar Baru Mergong, 05150 Alor Setar

5. Hotel Seri Malaysia Alor Setar

Hotel Seri Malaysia Alor Setar

Hotel Seri Malaysia Alor Setar terletak di Bandar Alor Setar dan berdekatan dengan pantai, jarak 15 minit dari Pekan Rabu dan Muzium Padi, Gua Gunung Keriang dan Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim adalah 20 minit perjalanan dari hotel ini.

Hotel ini menawarkan kaunter penerimaan tetamu 24-jam dan Wi-Fi percuma di seluruh bangunan. Tempat letak kenderaan percuma disediakan. Bilik-bilik berhawa dingin dilengkapi dengan TV, kemudahan membuat teh/kopi, seterika, jubah mandi, peralatan mandian percuma dan pengering rambut.

Jalan Stadium, 05100 Alor Setar

6. Park Avenue Hotel Sungai Petani

Park Avenue Hotel Sungai Petani

Park Avenue Hotel Kedah merupakan salah satu hotel di daerah Sungai Petani, Kedah. Hotel ini hanyalah 10 minit sahaja dari Stesen Keretapi Sungai Petani dan Penang International Airport.

Dengan kapasiti yang boleh menampung 205 bilangan bilik dan suites, pastinya dapat memenuhi keperluan dan juga keselesaan buat pelancong dan juga yang datang atas dasar perniagaan.

Park Avenue Hotel Kedah menawarkan pelbagai jenis bilik untuk pengunjung yang diantaranya adalah bilik Superior Deluxe. Satu katil Queen saiz, tab mandi, wifi internet, bahagian kaunter kecil dilengkapi dengan bar mini dan pembancuh kopi / teh, beserta kemudahan seterika dan peti deposit keselamatan juga disediakan.

E-1 Jalan Indah Dua, Taman Sejati Indah, 08000 Sungai Petani

7. Cinta Sayang Resort

Cinta Sayang Resort

Cinta Sayang Resort terletak di Sungai Petani, Cinta Sayang Resort berjarak 48 km dari Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang. Resort ini menawarkan sebuah taman air dan padang golf di lokasi. Ia menyediakan bilik dan suite berhawa dingin dengan Wifi percuma. Ia mempunyai kolam renang luaran, spa dan restoran.

Setiap bilik dan suite mempunyai bar mini/peti sejuk, TV, ruang duduk dan cerek elektrik. Bilik mandi peribadi dilengkapi dengan pancuran mandi, pengering rambut, jubah mandi dan peralatan mandian percuma.

Tetamu boleh bersenam di pusat kecergasan resort ini, atau menikmati kemudahan rekreasi seperti gelanggang tenis dan karaoke. Basikal boleh disewa untuk meneroka kawasan sekitar. Tempat letak kenderaan persendirian disediakan secara percuma.

Persiaran Cinta Sayang, 08000 Sungai Petani

8. The Pure Hotel Sungai Petani

The Pure Hotel Sungai Petani

The Pure Hotel Sungai Petani menawarkan tempat penginapan di Sungai Petani dan hotel ini mempunyai sebuah kolam renang luaran dan pusat kecergasan. Anda boleh boleh menjamu selera di restoran.

Setiap bilik di hotel ini berhawa dingin serta mempunyai TV dan cerek di dalam bilik. Setiap bilik menampilkan bilik mandi peribadi. Untuk keselesaan anda, peralatan mandian percuma dan pengering rambut juga disediakan.

Batu Ferringhi berada 31 km dari The Pure Hotel Sungai Petani, manakala George Town berjarak 28 km. Lapangan terbang terdekat ialah Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang, 42 km dari The Pure Hotel Sungai Petani.

A-2, Jalan Indah 1, Taman Sejati Indah, 08000 Sungai Petani

9. Q Bintang Hotel

Q Bintang Hotel

Q Bintang Hotel terletak di Alor Setar menawarkan penginapan yang selesa kepada tetamu yang ingin menginap disini. Semua bilik mempunyai penghawa dingin, TV, cerek dan bilik mandi peribadi dengan tab mandi atau pancuran mandian.

Untuk keselesaan anda, selipar serta peralatan mandian disediakan secara percuma. Q Bintang Hotel menawarkan WiFi percuma di seluruh premis.

7-14, Taman Seri Astana, Jalan Langgar, 05460 Alor Setar

10. Royale Signature Hotel

Royale Signature Hotel

Royale Signature Hotel terletak di Alor Setar menawarkan bilik-bilik berhawa dingin dilengkapi dengan TV dan bilik mandian en suite yang menyediakan kemudahan pancuran mandian.

Tetamu boleh menjamu selera di restoran disini. WiFi percuma juga disediakan di seluruh kawasan penginapan. Tetamu boleh mendekati kaunter penerimaan tetamu 24 jam untuk simpanan bagasi. Terdapat pusat kecergasan untuk tetamu yang ingin bersenam. Sebagai alternatif, tetamu boleh menerokai kawasan sekitarnya untuk pelbagai pilihan makanan dan beli-belah.

Ia berjarak 800 meter ke Menara Alor Setar, manakala Aman Central Mall terletak 850 meter jauhnya. Rumah Kelahiran Tun Dr. Mahathir terletak 2.1 km dari Royale Signature International. Lapangan terbang terdekat adalah Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim yang berjarak 9 km jaraknya.

78, Jalan Lumpur, 05100 Alor Setar

___

Inilah senarai 10 hotel di Kedah untuk rujukan anda yang ingin mencari penginapan di Negeri Kedah pada masa akan datang. Semoga dengan senarai 10 hotel di Kedah yang kami tulis diatas dapat membantu anda merancang percutian di Negeri Kedah kelak.

Anda ada cerita menarik ingin dikongsikan dengan kami? Hantarkan kisah percutian anda kepada kami dan jangan lupa like CutiSini.com di Facebook, jadi anda akan terus-menerus dapat membaca artikel menarik seperti ini. Terima kasih.

0 komen pembaca

Tiada komen lagi. Jadi yang pertama komen artikel ini.

Buat Komen

Nota: Alamat e-mel anda tidak akan dikongsi oleh pihak ketiga. Ruang bertanda * adalah wajib diisi.

Lagi Artikel Menarik