Hotel di Kuala Lumpur ini adalah untuk rujukan pengunjung yang ke Kuala Lumpur sama ada untuk bercuti atau pun atas urusan bekerja.

Jalan-jalan ke Kuala Lumpur tak sah jika tidak mencuba hotel di Kuala Lumpur ini untuk berehat dari penat lelah melawat pelbagai tempat menarik di Kuala Lumpur, makan tempat makan sedap dan membeli belah.

Selain dari itu juga, kemudahan yang disediakan oleh hotel juga perlu dititik beratkan. Hotel yang selesa dan kemudahan yang lengkap serta terletak di tempat yang strategik bukan sahaja menjadi pilihan pelancong malahan ianya juga memudahkan pelancong untuk melakukan pelbagai aktiviti sepanjang di Kuala Lumpur.

Hotel Di Kuala Lumpur

Terdapat banyak pilihan dan harga adalah berbeza-beza mengikut taraf hotel, lokasi, kemudahan dan tawaran semasa yang diberikan. Bagi memudahkan pencarian anda, disini kami senarai beberapa hotel di Kuala Lumpur yang boleh dijadikan sebagai rujukan anda.

Berikut adalah senarai hotel di Kuala Lumpur yang sering menjadi tumpuan masyarakat tempatan dan pelancong dari luar untuk menginap. Hotel-hotel ini juga dipilih kerana berdasarkan lokasinya yang strategik.

1. Traders Hotel By Shangri-La, KLCC

Traders Hotel By Shangri-La, KLCC

Traders Hotel by Shangri-La Kuala Lumpur adalah hotel lima bintang yang berciri modern. Lokasinya amat strategik kerana terletak bertentangan dengan Menara Berkembar Petronas di Kuala Lumpur dan bersebelahan dengan Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.

Faktor ini menjadikan ia amat popular di kalangan tetamu perniagaan yang menyertai persidangan atau pameran di Pusat Konvesyen KL dan pelancong yang ingin mengunjungi Menara Berkembar dan Suria KLCC untuk membeli belah.

Traders Hotel By Shangri-La menyediakan Internet (Wifi) di semua tempat awam bilik mesyuarat di kawasan hotel. Hotel lima bintang di Kuala Lumpur ini juga memiliki spa tersendiri, gim, kolam renang, sauna dan kolam air pusaran. Kepada yang pengemar hidangan barat, Gobo Upstairs Lounge and Grill menawarkan hidangan stik terbaik di Kuala Lumpur.

Selain itu, restoran Gobo Chit Chat menyediakan masakan istimewa Barat dan Asian. Jangan lepaskan peluang berkunjung ke lounge bar dan Sky Bar untuk bersantai pada waktu malam sambil menikmati permandangan indah Menara Berkembar KL.

Tips: Jangan lupa untuk memilih bilik “Twin Tower View” semasa tempahan. Keindahan gemerlapan cahaya Menara Berkembar adalah kenangan terbaik menginap di Traders Hotel KL. Walaupun Harga bilik hotel ini di sekitar RM400-RM500 sehari tetapi amat pengalaman penginapan yang ditawarkan amat berbaloi.

2. Hotel Furama Bukit Bintang

Hotel Furama Bukit Bintang

Furama Hotel Bukit Bintang Terletak di Bukit Bintang yang merupakan tempat terbaik untuk memulakan kunjungan anda ke Kuala Lumpur untuk membeli-belah. Kompleks membeli-belah semuanya ada di sini. Berjaya Times Square, Pawagam Golden Screen Cinemas di Segitiga Emas dan JoJoBa Spa merupakan beberapa daya tarikan untuk pelancong di sekitar hotel ini.

Hotel ini menawarkan perkhidmatan simpanan bagasi, tempat letak kereta, perkhidmatan di bilik 24-jam, bilik keluarga, penjaga pintu untuk memastikan tetamu menikmati keselesaan yang terbaik. Penghuni hotel boleh memilih dari 433 bilik yang direka untuk memberi keselesaan penginapan. Hotel ini menawarkan kemudahan seperti gym dan kolam renang.

Kepada mereka yang merancang untuk membeli belah atau menikmati warna-warni di Bukit Bintang, Hotel Furama Bukit Bintang merupakan pilihan yang terbaik dengan kadar bilik yang berpatutan.

3. Cititel Mid Valley Hotel

Cititel Mid Valley Hotel

Walaupun hotel ini tidak semewah mana (tiga bintang), Cititel Mid Valley ternyata hotel terbaik bagi banyak pengunjung ke Kuala Lumpur kerana ia terletak betul-betul di Mid Valley Megamall yang merupakan pusat membeli-belah paling lengkap di KL. Lokasinya adalah dikelilingi pusat beli-belah terkenal, pusat hiburan dan kawasan perniagaan ternama memudahkan pengunjung menjalankan sebarang aktiviti sepanjang tempoh penginapan disini.

Cititel Mid Valley Hotel mempunyai 646 bilik tetamu yang kesemuanya dilengkapi dengan kemudahan asas seperti WIFI percuma bagi menjamin penginapan yang selesa. Anda boleh menghabiskan masa membeli-belah di Mid Valley Megamall atau The Gardens atau menonton wayang di pawagam di sini.

Kunjungan ke tempat lain di Kuala Lumpur juga mudah sebab Stesen KTM Komuter ada di sebelah hotel Cititel Mid Valley dan KL Sentral hanya satu stesen dari stesen Mid Valley. Hotel sememangny adalah pilihan terbaik bagi banyak pengunjung ke Kuala Lumpur.

Tips: Sekirannya anda inginkan hotel yang lebih kelas dan mewah, anda boleh mencuba Hotel The Boulevard -St Giles Premier Hotel atau The Gardens Hotel & Residences – St Giles Grand Hotel yang juga terletak bersebelahan dengan Mid Valley Megamall (The Gardens).

4. Hotel Melia Kuala Lumpur

Hotel Melia

Hotel Melia Kuala Lumpur terletak di Bukit Bintang, kawasan segi tiga emas di Kuala Lumpur. Bukit Bintang cukup terkenal sebagai kawasan hiburan, membeli-belah dan perlancongan. Hotel Melia Kuala Lumpur juga berhampiran dengan Stesen Monorail Jalan Imbi yang di sambung ke KL Sentral.

Hotel ini dipilih antara hotel yang terbaik di KL kerana lokasi yang tiada tandingan serta harga bilik yang murah di sekitar RM200-RM300. Melia Kuala Lumpur menyediakan 300 buah bilik yang menjadi pilihan popular bukan sahaja di kalangan pengunjung berkeluarga, golongan korporat bahkan pasangan yang berbulan madu.

Berbeza dengan hotel lain, Bilik-bilik dan suites di Hotel Melia dihiasi rekabentuk tradisional. Ini menjadikannya pilihan terbaik bagi banyak pelancong tempatan mahu pun pelancong asing.

5. Pacific Regency Hotel Suites

Pacific Regency Hotel Suites

Jika anda ingin mencari hotel berbintang 4 pada harga yang berpatutan (RM200-RM300), Pacific Regency Hotel Suites adalah pilihan terbaik anda. Bukan itu sahaja, hotel ini juga terletak di Jalan P. Ramlee, kawasan Clubbing terkenal di tengah-tengah Kuala Lumpur. Hotel terbaik di Kuala Lumpur ini juga menawarkan bilik suite dengan ruang dapur dan ruang tamu yang luas.

Hotel Pacific Regency turut menyediakan kolam renang dan gym untuk kegunaan anda. Kolam renang hotel ini terletak di kawasan bumbung, bersama beberapa restoran, bar dan juga lounge, menjadikan suasana di sini amat romantik. Hotel ini juga dilengkapi Wifi percuma di semua bilik.

Kedudukan hotel ini juga sangat istimewa sebab anda boleh berjalan kaki ke Bukit Bintang, Menara Kuala Lumpur dan KLCC. Bukan itu sahaja, stesen monorail Bukit Nanas juga berdekatan.

___

Inilah senarai 5 hotel di Kuala Lumpur untuk rujukan anda yang ingin mencari penginapan di Kuala Lumpur pada masa akan datang. Semoga dengan senarai hotel di Kuala Lumpur ini dapat membantu anda merancang percutian ke Kuala Lumpur kelak.

Jika anda ada hotel di Kuala Lumpur lain yang ingin dikongsikan kepada kami, sila komen dibawah. Jangan lupa like CutiSini.com di Facebook, jadi anda akan terus-menerus dapat membaca artikel cuti-cuti Malaysia seperti ini. Terima kasih.

0 komen pembaca

Tiada komen lagi. Jadi yang pertama komen artikel ini.

Buat Komen

Nota: Alamat e-mel anda tidak akan dikongsi oleh pihak ketiga. Ruang bertanda * adalah wajib diisi.

Lagi Artikel Menarik