Senarai hotel di Melaka ini adalah untuk rujukan pengunjung yang ke negeri Melaka sama ada untuk bercuti ataupun atas urusan bekerja. Selain daripada tempat-tempat menarik untuk dilawati, makan dan membeli belah, di negeri Melaka terdapat banyak pilihan hotel yang boleh dipilih.

Senarai Hotel Di Melaka Tumpuan Pengunjung

Terdapat banyak pilihan dan harga adalah berbeza-beza mengikut taraf hotel, lokasi, kemudahan dan tawaran semasa yang diberikan. Bagi memudahkan pencarian anda disini kami senarai beberapa senarai hotel di Melaka yang boleh menjadi rujukan anda.

Berikut adalah senarai hotel di Melaka yang sering menjadi tumpuan pengunjung. Jom kita ketahui dengan lebih lanjut hotel yang ada di Melaka ini.

1. Swiss-Garden Hotel Melaka

Swiss-Garden Hotel Melaka Hotel di Melaka

Swiss-Garden Hotel & Residences Melaka menghadap ke Sungai Melaka yang bersejarah. Ia menawarkan akses terus ke Pusat Beli-belah The Shore dan Kompleks Shore Oceanarium.

Bangunan moden ini berdiri tinggi dengan 42 tingkat. Tetamu boleh menikmati minuman dan pemandangan Melaka dari Sky Garden, bar atas bumbung di tempat penginapan ini.

T2-4, The Shore @ Melaka River, Jalan Persisiran Bunga Raya, 75300 Melaka.

2. Mahkota Hotel Melaka

Mahkota Hotel Melaka Hotel di Melaka

Mahkota Hotel menawarkan hotel yang selesa untuk penginapan sambil menikmati angin laut yang segar tepat di seberang jalan dari Mahkota Parade dan Dataran Pahlawan Malls.Hotel ini terletak hanya 15-minit berjalan kaki dari A’Famosa Fort, ia menawarkan 2 kolam renang luaran serta tempat meletak kereta percuma.

No. 16 Jalan Syed Abdul Aziz, 75000 Melaka.

3. Bayou Lagoon Park Resort

Bayou Lagoon Park Resort Hotel di Melaka

Bayou Lagoon Park Resort menawarkan penginapan yang selesa untuk pengunjung yang ingin bercuti dan meluangkan masa bersama keluarga. Di hotel ini menyediakan kolam renang bertemakan taman tema air. Mudah untuk akses ke pusat membeli belah Mahkota Parade, Dataran Pahlawan Megamall dan Bandar Melaka.

Jalan Wakaf Utama, 75450 Melaka.

4. Hallmark Crown Hotel

Hallmark Crown Hotel Hotel di Melaka

Hallmark Crown Hotel berjarak 10 minit berjalan kaki dari Dataran Pahlawan dan Pusat Beli-belah Mahkota serta berjarak 5 minit dari Sungai Melaka dan Jonker Street. Hotel ini sesuai untuk anda yang ingin bercuti ke Melaka atau ada urusan kerja kerana mudah untuk akses ke pusat bandar Melaka.

170, Jalan Parameswara, Melaka, 75000 Melaka

5. Hotel Equatorial Melaka

Hotel Equatorial Melaka

Hotel Equatorial Melaka terletak dalam jarak berjalan kaki untuk ke tempat-tempat bersejarah, pusat-pusat beli belah, Jonker Street dan berjarak 300 meter dari A’Famosa. Restoran Peranakan Seri Nyonya menyajikan masakan Peranakan tradisional. Hidangan tempatan dan antarabangsa juga disediakan di 4 restoran yang lain di hotel ini.

Bandar Hilir, 75000 Melaka.

6. WANA Riverside Hotel

WANA Riverside Hotel

Wana Riverside Hotel terletak di tepi Sungai Melaka dan berjarak 15 minit ke Jongker Street. Hotel ini menawarkan bilik-bilik berhawa dingin dilengkapi dengan peti keselamatan peribadi, peralatan menyeterika dan TV. Bilik mandi en suite menyediakan kemudahan pancuran mandian.

No.2, Jalan Munshi Abdullah, 75100 Melaka.

7. Eco Tree Hotel

Eco Tree Hotel

Eco Tree Hotel Melaka merupakan sebuah hotel kontemporari 3 bintang yang terletak betul-betul di tengah kawasan perniagaan Bandar Melaka Raya. Eco Tree Hotel mempunyai sebanyak 116 bilik dan terdiri daripada enam jenis kategori bilik – Superior, Executive Deluxe, Executive Suites, Premier Suites, Studio Suites dan juga Family Suites.

No 1, Jalan Melaka Raya 9, Taman Melaka Raya, Melaka Raya,, 75000 Melaka.

8. Estadia Hotel

Estadia Hotel

Estadia Hotel yang terletak di Bandar Hilir, Melaka ini menyediakan perkhidmatan shuttle berjadual percuma untuk ke Jonker Walk di mana anda boleh melawat Stadthuys dan Menara Jam. Penggunaan basikal disediakan secara percuma di hotel ini. Kawasan ini popular untuk aktiviti berbasikal.

Jalan Merdeka, Bandar Hilir, 75000 Melaka.

9. The Majestic Malacca Hotel

The Majestic Malacca Hotel

The Majestic Malacca Hotel terletak di sepanjang tebing Sungai Melaka dan berjarak 1 km dari Jonker Walk dan Stadthuys. Ia dilengkapi dengan lantai kayu, bilik-bilik di The Majestic Melaka mempunyai bilik mandi bermarmar dengan tab mandi mewah dan pancuran mandian hujan. Keselesaan moden yang disediakan di sini termasuk TV skrin rata dan bar mini.

188, Jalan Bunga Raya, 75100 Melaka.

10. Novotel Melaka

Novotel Melaka

Novotel Melaka menawarkan bilik-bilik kontemporari yang bergaya dan berkongsepkan moden. Disini pengunjung boleh menggunakan kemudahan bilik tarian, sudut kanak-kanak, sudut komputer dan bilik mesyuarat yang sangat selesa serta dihiasi dengan dekorasi yang moden.

Jalan Melaka Raya 2, 75000 Melaka.

11. Mercury Boutique Hotel

Mercury Boutique Hotel

Mercury Boutique Hotel terletak di Plaza Mahkota ini memudahkan pengunjung untuk akses ke seluruh lokasi di pusat bandar Melaka. Hotel ini juga menawarkan pelbagai kemudahan yang boleh digunakan oleh pengunjung serta ia juga menyediakan bilik yang selesa.

No 32, Jalan PM 6, Plaza Mahkota, 75000 Melaka.

12. Avillion Legacy Melaka

Avillion Legacy Melaka

Avillion Legacy menawarkan dekorasi kotemporari dengan siling-siling kaca-berkubah dan tiang-tiang Rom pasti memberikan kelainan dan keselesaan kepada setiap pengunjung yang datang ke hotel ini. Hotel ini terletak berdekatan dengan tempat-tempat tumpuan di Melaka dan sesuai untuk pengunjung yang bercuti atau ada urusan kerja disini.

146 Jalan Hang Tuah, 75300 Melaka.

13. The Pines Melaka

The Pines Melaka

The Pines Melaka terletak di lokasi yang strategik dan menawarkan penginapan yang moden dan bergaya dimana setiap bilik dihiasi secara elegan. Di The Pines Melaka, anda boleh meminta bantuan dari kakitangan yang mesra untuk perkhidmatan dobi/cucian kering, simpanan bagasi dan urusan mesyuarat. Perkhidmatan shuttle disediakan secara percuma.

33, Jalan Tun Sri Lanang, 75100 Melaka.

14. The Shore Hotel & Residences

The Shore Hotel & Residences

The Shore Hotel & Residences menawarkan pengalaman penginapan yang sangat mengujakan kepada pengunjung dengan bilik yang selesa serta dihiasi dengan dekorasi yang moden dan elegen. Di hotel ini juga menyediakan pelbagai kemudahan untuk pengunjung. Hotel ini juga terletak berdekatan dengan lokasi tumpuan.

GF-27, 193 Pinggiran @ Sungai Melaka, Jalan Persisiran Bunga Raya, 75100 Melaka.

15. Philea Resort & Spa

Philea Resort & Spa

Philea Resort yang terletak di Ayer Keroh ini menawarkan penginapan kayu pain yang unik dan dikelilingi dengan alam semulajadi. Sesuai untuk pengunjung yang inginkan privasi dan jauh dari kesibukan kota. Pengunjung juga boleh berehat dengan urut spa atau menikmati pemandangan taman apabila bersenam di bilik kecergasan.

Lot 2940-1, Jalan Ayer Keroh, Off Jalan Plaza Toll, 75450 Melaka.

___

Inilah senarai 15 hotel di Melaka untuk rujukan anda yang ingin mencari penginapan di Melaka pada masa akan datang. Semoga dengan senarai 15 hotel di Melaka yang kami tulis diatas dapat membantu anda merancang percutian di negeri Melaka kelak.

Anda ada cerita menarik ingin dikongsikan dengan kami? Hantarkan kisah percutian anda kepada kami dan jangan lupa like CutiSini.com di Facebook, jadi anda akan terus-menerus dapat membaca artikel menarik seperti ini. Terima kasih.

0 komen pembaca

Tiada komen lagi. Jadi yang pertama komen artikel ini.

Buat Komen

Nota: Alamat e-mel anda tidak akan dikongsi oleh pihak ketiga. Ruang bertanda * adalah wajib diisi.

Lagi Artikel Menarik