Senarai hotel di Negeri Sembilan ini adalah untuk rujukan pengunjung yang ke Negeri Sembilan sama ada untuk bercuti ataupun atas urusan bekerja. Selain daripada tempat-tempat menarik untuk dilawati, makanan dan pusat membeli belah, di Negeri Sembilan juga terdapat banyak pilihan hotel yang boleh dipilih.

10 Hotel Di Negeri Sembilan Tumpuan Pengunjung

Terdapat banyak pilihan dan harga adalah berbeza-beza mengikut taraf hotel, lokasi, kemudahan dan tawaran semasa yang diberikan. Bagi memudahkan pencarian anda, disini kami senarai beberapa hotel di Negeri Sembilan yang boleh menjadi rujukan anda.

Berikut adalah senarai hotel di Negeri Sembilan yang sering menjadi tumpuan pengunjung. Jom kita ketahui dengan lebih lanjut.

1. Grand Lexis Port Dickson

Grand Lexis Port Dickson Hotel Di Negeri Sembilan

Grand Lexis merupakan antara hotel yang terbaik di Port Dickson, Negeri Sembilan. Hotel ini menawarkan vila berinspirasi Bali yang dihubungkan dengan pelantar laluan yang luas dan pemandangan laut yang cantik dari bilik tidur.

Setiap vila mempunyai kolam renang peribadi dan taman, serta beberapa vila menawarkan panel berkaca yang menawarkan pemandangan bawah laut. Bilik-bilik mandi dilengkapi dengan tab mandi dan pancuran mandian hujan yang berasingan dengan kemudahan-kemudahan termasuk TV, dapur kecil dengan microwave.

Pengunjung boleh menyewa basikal untuk menerokai kawasan persekitaran, atau tinggal di kawasan dalaman dan menikmati bilik permainan. Terdapat juga spa dan kedai cenderamata.

Batu 2, Jalan Seremban, 71000 Port Dickson

2. Lexis Hibiscus Port Dickson

Lexis Hibiscus Port Dickson Hotel Di Negeri Sembilan

Lexis Port Dickson Hibiscus ini seringkali menjadi tumpuan pelancong dari luar negara kerana kecantikkan seni binanya yang moden dan bertaraf dunia. Rasai pengalaman tidur di dalam vila di atas lautan sambil melihat pemandangan laut yang cantik.

Setiap vila mempunyai kemudahan-kemudahan seperti penghawa dingin, mini bar, kolam renang peribadi dan banyak lagi. Kakitangan disini juga sangat mesra pelanggan. Pengunjung juga boleh mencuba Eye on Paradise yang terletak di PD Waterfront untuk melihat pemandangan seluruh Port Dickson dari atas dengan menaiki helikopter.

Batu 12, Jalan Pantai, Port Dickson, 71250 Pasir Panjang

3. Royale Chulan Seremban

Royale Chulan Seremban Hotel Di Negeri Sembilan

Royale Chulan Seremban menawarkan penginapan bertaraf 4 bintang dengan gimnasium dan kolam renang luaran serta kolam spa. Hotel ini menawarkan Wi-Fi percuma dan 4 pilihan tempat untuk menjamu selera. Bilik-bilik di hotel ini mempunyai kelengkapan klasik dan kerusi-kerusi berlengan yang selesa dengan ottoman.

Bilik-bilik ini dilengkapi dengan peti keselamatan, TV serta kemudahan menyeterika. Bilik-bilik mandi peribadi mempunyai tab mandi dan ruang pancuran mandian yang berasingan. Pengunjung boleh bersantai di tepi kolam renang luaran berlandskap atau berehat dengan urutan di Royale Spa.

Jalan Dato A.S. Dawood, 70100 Seremban

4. Thistle Port Dickson

Thistle Port Dickson

Thistle Port Dickson yang terletak 2.5km dari Blue Lagoon dan kira-kira 10.5 km dari Muzium Tentera ini menawarkan bilik-bilik yang luas dengan balkoni peribadi. Disini ada menyediakan kolam renang yang luas, gelanggang tenis, padang golf 9 lubang dan tempat kemudahan komputer.

Hotel ini menawarkan kemudahan TV, wifi percuma, alat pengering rambut dan spa. Para pengunjung juga boleh menyertai perkhemahan S.W.A.T Team Building dengan pelatih yang berpengalaman.

KM 16, Jalan Pantai, Teluk Kemang Si-Rusa, Port Dickson

5. Palm Seremban Hotel

Palm Seremban Hotel

Palm Seremban Hotel menawarkan tempat penginapan yang elegan dan selesa dengan akses WiFi percuma di seluruh hotel. Hotel ini berserta dengan pusat membeli belah Palm Mall Seremban yang terletak di sebelah Hospital Pakar KPJ Seremban. Pengunjung boleh membeli belah disini sambil berehat.

Hotel ini dilengkapi dengan dinding kalis bunyi, bilik berhawa dingin, peti keselamatan, TV dan sebagainya untuk pengunjung. Tempat penginapan ini menempatkan restoran yang menyajikan menu hidangan tempatan àla carte yang lazat.

Jalan Sungei Ujong, 70200 Seremban

6. Avillion Port Dickson

Avillion Port Dickson

Avillion Port Dickson direka seperti perkampungan nelayan tradisional Melayu, resort mewah ini menawarkan bilik-bilik yang dibina di atas kaki bajang di atas laut. Bilik-bilik menyediakan balkoni peribadi dengan pemandangan Selat Melaka.

Bilik-bilik yang luas di Avillion menawarkan katil empat-tiang serta katil sofa. Dilengkapi lantai kayu, ia menyediakan TV dan mini bar. Bilik-bilik mandi peribadi yang dilengkapi tab mandi.

Batu 3, Jalan Pantai, 71000 Port Dickson

7. Sutera Hotel Seremban

Sutera Hotel Seremban

Sutera Hotel Seremban terletak di tengah-tengah bandar Seremban, dalam jarak 2 minit berjalan kaki dari Jusco Shopping Mall ini menawarkan sebuah kolam renang luaran dan kaunter penyambut tetamu 24 jam. Wifi percuma disediakan di seluruh hotel.

Bilik-bilik berhawa dingin dilengkapi dengan TV skrin rata, kemudahan membuat teh/kopi dan peti sejuk mini. Bilik mandi en suite dilengkapi dengan bekalan air panas. Pengering rambut disediakan atas permintaan. Kemudahan dobi, cucian kering dan menyeterika disediakan. Tetamu juga boleh menikmati tempat letak kereta percuma.

No. 77 & 78, Jalan S2 B1, 70300 Seremban

8. PNB Ilham Resort Port Dickson

PNB Ilham Resort Port Dickson

PNB Ilham Resort yang terletak di Blue Lagoon, Port Dickson ni memang terkenal di kalangan pelancong yang datang bercuti ke Port Dickson Negeri Sembilan kerana keselesaan bilik penginapan dan kemudahannya.

Resort yang mempunyai 65 unit ini berjarak 5 minit berjalan kaki dari Cape Rachado Light House dan 5 minit pemanduan dari Pantai Teluk Kemang. Jadi memang mudah pengunjung nak kemana-mana jika bercuti ke sini. Rekabentuk resort ini juga memang cantik dan klasik. Sesuai untuk pengunjung yang sukakan sesuatu yang klasik dan selesa.

Pengunjung juga boleh memilih bilik atau pun apartment yang sesuai untuk penginapan. Antara kemudahan yang ada disini adalah kolam renang, wifi percuma, bilik gym, pingpong atau skuasy dan banyak lagi.

Batu 10, Jalan Tanjung Biru, 71050 Port Dickson

9. Paradise Spa Hotel

Paradise Spa Hotel

Paradise Spa Hotel terletak hanya 2 minit berjalan kaki dari Pantai Tanjong Gemok, Port Dickson. Ia menawarkan penginapan yang selesa dan menyediakan kaunter penyambut tetamu yang dibuka 24 jam. Ia mempunyai sebuah kolam renang luaran, pusat perniagaan, kemudahan sauna dan akses Wifi percuma di seluruh kawasan.

Bilik-bilik berhawa dingin dilengkapi dengan rak pakaian, cerek elektrik dan TV dengan pemain DVD. Bilik mandi peribadi menawarkan kemudahan pancuran mandian dan juga tuala serta peralatan mandian percuma.

Di Paradise Spa Hotel, tetamu boleh berehat di teres matahari atau menikmati urutan yang menyegarkan di spa. Kakitangan yang mesra boleh membantu dengan perkhidmatan dobi dan cucian kering. Kemudahan mesyuarat/jamuan boleh diatur atas permintaan.

PT 1483, Batu 2, Jalan Seremban, Tanjung Gemok, 71000 Port Dickson

10. Win Win Boutique Hotel PD

Win Win Boutique Hotel PD

Win Win Boutique Hotel PD terletak di Port Dickson dalam jarak 39 km dari Putrajaya. Penginapan ini menawarkan bilik-bilik berhawa dingin dan WiFi percuma di seluruh kawasan.

Bilik-bilik di hotel ini direka dengan rekabentuk yang ringkas, moden dan selesa. Sesuai untuk mereka yang inginkan bilik yang ringkas tetapi selesa. Antara kemudahan yang disediakan disini adlaah penghawa dingin, TV, meja kerja/komputer dan cerek air di dalam setiap bilik.

10 Jalan PD-Seremban Lukut Prima, 71010 Port Dickson

___

Inilah senarai 10 hotel di Negeri Sembilan untuk rujukan anda yang ingin mencari penginapan di Negeri Sembilan pada masa akan datang. Semoga dengan senarai hotel di Negeri Sembilan ini dapat membantu anda merancang percutian di Negeri Sembilan kelak.

Anda ada cerita menarik ingin dikongsikan dengan kami? Hantarkan kisah percutian anda kepada kami dan jangan lupa like CutiSini.com di Facebook, jadi anda akan terus-menerus dapat membaca artikel menarik seperti ini. Terima kasih.

0 komen pembaca

Tiada komen lagi. Jadi yang pertama komen artikel ini.

Buat Komen

Nota: Alamat e-mel anda tidak akan dikongsi oleh pihak ketiga. Ruang bertanda * adalah wajib diisi.

Lagi Artikel Menarik