Senarai hotel di Putrajaya ini adalah untuk rujukan kepada yang ke destinasi ini sama ada untuk bercuti ataupun atas urusan bekerja. Selain daripada tempat menarik untuk dilawati, makanan dan tempat membeli belah, di Putrajaya juga terdapat banyak pilihan hotel yang boleh dipilih.

Senarai 9 Hotel Di Putrajaya

Terdapat banyak pilihan dan harga adalah berbeza-beza mengikut taraf hotel, lokasi, kemudahan dan tawaran semasa yang diberikan. Bagi memudahkan pencarian anda disini kami senarai beberapa senarai hotel di Putrajaya yang boleh menjadi rujukan anda.

Berikut adalah senarai 9 hotel di Putrajaya yang sering menjadi tumpuan pengunjung. Disini kami senaraikan hotel yang ada di Putrajaya untuk memudahkan carian anda.

Apa yang menariknya, kebanyakkan hotel di Putrajaya ini dikelilingi taman yang menghijau, tasik dan senibina banggunan yang cantik menjadikan Putrajaya sebuah destinasi pelancongan yang terkenal di kalangan pelancong.

1. Le Meridien Putrajaya

le meridien putrajaya hotel di Putrajaya

Le Meridien Putrajaya terletak di Putrajaya dalam jarak 21 km dari Kuala Lumpur. Hotel ini menawarkan wifi percuma, kolam renang luaran, gym dan parking percuma di lokasi. Pengunjung hotel ini juga boleh menggunakan padang golf dengan cas tambahan.

Setiap bilik di hotel ini berhawa dingin dan mempunyai TV skrin rata dengan saluran satelit. Unit-unit tertentu menyediakan ruang tempat duduk, cerek air dan setiap bilik mempunyai bilik mandi peribadi yang dilengkapi dengan tab mandi. Selipar, kelengkapan mandian percuma dan pengering rambut disediakan untuk keselesaan. Lapangan terbang KLIA berjarak 24 km dari hotel ini.

Lebuh IRC, IOI Resort City, Sepang Putrajaya, 62502 Putrajaya

2. Dorsett Putrajaya

dorsett putrajaya hotel di Putrajaya

Dorsett Putrajaya terletak di Cyberjaya, Selangor dan berjarak 500 meter dari Mahkamah Persekutuan Malaysia. Hotel mewah ini menawarkan pemandangan tasik yang sangat cantik.

Semua bilik di Dorsett Putrajaya berhawa dingin dan dilengkapi dengan TV satelit. Bilik-bilik di sini menawarkan pemandangan taman serta dilengkapi dengan cerek elektrik, peti deposit keselamatan dan almari pakaian/almari. Setiap bilik mempunyai bilik mandi en suite peribadi dengan kemudahan pancuran mandian, pengering rambut dan peralatan mandian percuma.

Tetamu juga boleh meminta bantuan untuk perkhidmatan seperti cucian kering dan dobi dengan bayaran tambahan daripada kaunter penerimaan tetamu yang dibuka 24 jam. Terdapat juga kemudahan perniagaan yang menyediakan sebuah pusat perniagaan. Lapangan terbang KLIA terletak 19 km dari hotel ini.

Lot 3 Precinct 3, 62000 Bandar Putrajaya

3. Putrajaya Marriott Hotel

putrajaya marriott hotel hotel di Putrajaya

Putrajaya Marriott Hotel mempunyai bilik-bilik yang luas dengan pemandangan pergunungan yang menakjubkan. Hotel ini terletak di IOI Resort City. Ia menyediakan perkhidmatan ulang-alik percuma ke IOI City Mall, Palm Garden Gold Club dan Stesen Putrajaya.

Setiap bilik dihiasi dengan elegan dan menyediakan sebuah TV kabel, dan bilik mandi yang dilengkapi dengan pancuran mandian dan tab mandi. Para tetamu boleh bersenam di pusat kecergasan, berjemur di bawah matahari di tepi kolam renang atau menikmati urutan di Dewi Teratai Spa. Pilihan rekreasi yang lain termasuk membeli-belah di City Mall IOI atau golf di Kelab Golf Palm Garden 18 lubang, terletak di IOI Resort City.

Putrajaya Marriott Hotel terletak hanya dalam jarak 5 minit pemanduan dari Stesen Putrajaya Link Express Rail. Pusat bandar Kuala Lumpur dan Lapangan Terbang KLIA terletak dalam jarak 25 minit pemanduan.

IOI Resort City, Sepang Utara, 62502 Putrajaya

4. The Everly Putrajaya

the everly putrajaya hotel di Putrajaya

The Everly Putrajaya menawarkan bilik dan suite yang berhawa dingin dengan WiFi percuma. Hotel ini berjarak 1 minit berjalan kaki dari Pusat Membeli-belah Alamanda dan Tasik Putrajaya. Ia mempunyai sebuah restoran di lobi.

Masjid Putrajaya serta pelbagai pejabat kerajaan dan kementerian berjarak 10 minit pemanduan dari The Everly Putrajaya. Lapangan Terbang KLIA terletak sejauh 25 minit pemanduan. Stesen Kereta Api Express Rail Link (ERL) berada 9 km dari hotel, sementara Pusat Bandar Kuala Lumpur berjarak 34 km dari hotel ini.

Semua bilik dan suite mempunyai TV satelit skrin rata, peti keselamatan, bar mini dan cerek elektrik. Bilik dan suite ini juga dilengkapi dengan sofa dan bilik mandi peribadi dengan pancuran mandi, pengering rambut dan peralatan mandian percuma.

No.1 Jalan Alamanda 2, Precinct 1, 62000 Putrajaya

5. Putrajaya Shangri-La

putrajaya shangri la hotel di Putrajaya

Putrajaya Shangri-La menawarkan tempat penginapan mewah dengan akses internet berkelajuan tinggi percuma. Ia mempunyai sebuah spa, kolam renang infiniti luaran, pusat kecergasan dan perniagaan, serta 5 pilihan tempat makan dan minum.

Shangri-La dikelilingi dengan bukit dan taman berlandskap, serta mempunyai bilik-bilik dengan pemandangan Putrajaya. Setiap bilik menyediakan televisyen dengan saluran kabel, peti keselamatan elektronik dan bar mini. Tetamu boleh menikmati urutan dan rawatan badan di spa Shangri-La. Kemudahan kesihatan merangkumi sauna dan bilik wap.

Putrajaya Shangri-La berada 25 minit pemanduan dari Lapangan Terbang KLIA. Hotel ini menyediakan perkhidmatan shuttle percuma ke Pusat Membeli-belah Alamanda dan Cyberjaya.

Taman Putra Perdana, Precint 1, 62000 Putrajaya

6. Pullman Putrajaya Lakeside

pullman putrajaya lakeside hotel di Putrajaya

Pullman Putrajaya Lakeside terletak di dalam kawasan berlandskap seluas 4 ekar di sepanjang Tasik Putrajaya. Ia menawarkan spa bertaraf dunia dan beberapa sukan air. Bilik-bilik dihias dalam tema-tema etnik yang unik, serta menawarkan keselesaan susun atur yang luas dan TV skrin rata. Peti keselamatan dan kemudahan membuat teh/kopi juga disediakan.

Waktu petang boleh diluangkan dengan berehat di tepi kolam renang infiniti yang menghadap ke tasik, kolam renang atas bumbung, atau 2 kolam renang kanak-kanak. Selain itu, tetamu boleh memilih untuk bersenam di pusat kecergasan yang serba lengkap atau menikmati sesi spa.

Hotel ini menyediakan perkhidmatan shuttle percuma untuk ke Alamanda Mall, Stesen ERL Putrajaya dan Bandar Raya Kuala Lumpur. Pullman Putrajaya Lakeside berjarak 25 km dari Lapangan Terbang KLIA.

No 2, Jalan P5/5 Precint 5, 62200 Putrajaya

7. Palm Garden Hotel

Palm Garden Hotel hotel di putrajaya

Palm Garden Hotel terletak bersebelahan dengan IOI City Mall, 5 minit memandu dari pusat bandar Putrajaya. Parking percuma disediakan di lokasi. Palm Garden Hotel mempunyai sambungan yang strategik ke Lebuh Raya Utara Selatan, lebuh raya SILK, lebuh raya SKVE, dan lebuh raya MEX. Hotel ini berada 35 minit memandu ke Lapangan Terbang KLIA.

Bilik-bilik yang luas di Palm Garden Hotel mempunyai sama ada balkoni atau tingkap-tingkap besar dengan pemandangan taman. TV dengan saluran kabel dan bilik mandi peribadi dengan pengering rambut disediakan.

Tetamu boleh menikmati urutan di Tranquility Spa atau bermain golf di Kelab Golf Palm Garden yang berhampiran. Selain itu, tetamu juga boleh bermain tenis atau skuasy, atau bersenam di bilik kecergasan.

Resort Villa Golf Course, IOI Resort City, 62502 Putrajaya

8. Citadines DPulze Cyberjaya

citadines dpulze cyberjaya hotel di Putrajaya

Citadines DPulze Cyberjaya menawarkan tempat penginapan yang moden dan mewah dengan akses WiFi percuma di dalam bilik. Ia berada 30 minit memandu dari Cyberjaya dan Lapangan Terbang KLIA.

Studio dan suite yang berhawa dingin dan dihias menarik mempunyai meja makan, almari pakaian, peti keselamatan di dalam bilik serta ruang tamu dengan sofa dan TV satelit. Ia menyediakan dapur kecil dengan microwave, peti sejuk dan cerek elektrik. Bilik mandi en suite mempunyai kemudahan pancuran mandian, pengering rambut dan peralatan mandian percuma.

Tempat penginapan ini berada hanya 20 minit memandu dari Putrajaya. Pusat Bandar Raya Kuala Lumpur berjarak sekitar 40 minit memandu dari tempat penginapan ini.

Lingkaran Cyber Point Timur, Cyber 12, 63000 Cyberjaya

9. Tune Hotel – DPulze Cyberjaya

tune hotel - dpulze cyberjaya hotel di Putrajaya

Tune Hotel – Dpulze Cyberjaya terletak di dalam Pusat Beli-belah DPulze. Ia menyediakan bilik-bilik berhawa dingin yang dilengkapi dengan citarasa yang menarik dan sistem keselamatan 24 jam. Wifi percuma disediakan di seluruh kawasan penginapan.

Bilik-bilik di sini menampilkan motif merah terang. Setiap bilik dilengkapi dengan sebuah TV skrin rata, meja kerja dan peti keselamatan komputer . Kemudahan bilik mandi en suite menyediakan tab mandi, pancuran mandian yang dipanaskan dan pengering rambut.

Penginapan yang berpatutan ini terletak berhadapan dengan Terminal Pengangkutan Cyberjaya. Ia berjarak 400 meter dari Cyberjaya dan 15 minit pemanduan untuk ke Putrajaya. Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur terletak dalam jarak 20 km.

Block D, Cyberjaya CBD, Persiaran Multimedia, Cyber 12, 63000 Cyberjaya

___

Inilah senarai 9 hotel di Putrajaya untuk rujukan anda yang ingin mencari penginapan di Putrajaya pada masa akan datang. Semoga dengan senarai 9 hotel di Putrajaya yang kami tulis diatas dapat membantu anda merancang percutian di Putrajaya kelak.

Anda ada cerita menarik ingin dikongsikan dengan kami? Hantarkan kisah percutian anda kepada kami dan jangan lupa like CutiSini.com di Facebook, jadi anda akan terus-menerus dapat membaca artikel menarik seperti ini. Terima kasih.

0 komen pembaca

Tiada komen lagi. Jadi yang pertama komen artikel ini.

Buat Komen

Nota: Alamat e-mel anda tidak akan dikongsi oleh pihak ketiga. Ruang bertanda * adalah wajib diisi.

Lagi Artikel Menarik