Park Avenue Hotel Kedah merupakan salah satu hotel di daerah Sungai Petani, Kedah. Hotel dibawah naungan UG Hotel Property Sdn. Bhd. ni hanyalah 10 minit sahaja dari Stesen Keretapi Sungai Petani dan Penang International Airport.

Dengan kapasiti yang boleh menampung 205 bilangan bilik dan suites, pastinya dapat memenuhi keperluan dan juga keselesaan buat pelancong dan juga yang datang atas dasar perniagaan.

Penginapan Di Park Avenue Hotel Kedah

Park Avenue Hotel Sungai Petani Kedah

Park Avenue Hotel Kedah menawarkan pelbagai jenis bilik untuk pengunjung yang diantaranya adalah bilik Superior Deluxe. Satu katil Queen saiz, tab mandi, wifi internet, bahagian kaunter kecil dilengkapi dengan bar mini dan pembancuh kopi / teh, beserta kemudahan seterika dan peti deposit keselamatan juga disediakan.

bilik-Superior-Deluxe-Park-Avenue-Hotel-Kedah

Dalam bilik juga disediakan flat screen tv dan kami sarankan untuk membawa extra extension plug kerana plug point hanya ada satu sahaja disebelah TV. Extra extension plug amat berguna kalau anda berkunjung ke mana-mana tempat penginapan.

Kemudahan Lain

Kemudahan Lain Park Avenue Hotel Kedah

Selain dari menawarkan penginapan yang selesa, hotel ini juga menyediakan kolam renang untuk seisi keluarga beriadah, bilik-bilik seminar dan juga Spa & Massage buat mereka yang inginkan sedikit masa untuk rehat dan memanjakan diri masing-masing.

Ada juga dewan untuk mereka yang ingin membuat majlis perkahwinan di Park Avenue Hotel Sungai Petani Kedah.

Nak lagi best, dekat sebelah Park Avenue Hotel ni ada satu pusat bowling besar yang dipanggil Pusat Bowling Sejati. Haaa.. agak-agak kalau tak tahu nak buat apa malam-malam, boleh lah ajak family mahupun teman untuk meluangkan masa berbowling di bangunan sebelah.

Untuk kesini anda boleh terus ke alamat dibawah atau anda boleh buat tempahan bilik melalui Agoda, Booking.com, Trivago atau laman web tempahan online hotel yang lain.

Park Avenue Hotel
E-1 Jalan Indah Dua, Taman Sejati Indah,
08000 Sungai Petani, Kedah, Malaysia.
Tel : 04-431 7777 Fax : 04-431 8777
Email: general@parkavenue.com.my

Untuk makluman lanjut boleh ke laman web rasmi Park Avenue Hotel.

0 komen pembaca

Tiada komen lagi. Jadi yang pertama komen artikel ini.

Buat Komen

Nota: Alamat e-mel anda tidak akan dikongsi oleh pihak ketiga. Ruang bertanda * adalah wajib diisi.

Lagi Artikel Menarik