Starcity Hotel terletak di pusat bandar Alor Setar Kedah dan hotel ini amat berdekatan dengan Menara Alor Setar. Lokasi Star City Hotel sangat mudah untuk diakses dan terletak secara strategik di tengah-tengah bandar Alor Star.

Ia juga berdekatan dengan kawasan komersial di sepanjang Jalan Putra dan dikelilingi oleh kawasan kejiranan beserta restoran, pusat penjagaan kesihatan, hotel, kompleks membeli-belah dan lot kedai komersial.

Starcity Hotel Alor Setar Kedah

Bagi anda yang bercuti ke Kedah terutamanya di Alor Setar, Starcity Hotel Alor Setar adalah antara hotel terbaik yang ada disini yang boleh dijadikan tempat untuk anda menginap.

Bilik Studio Di Starcity Hotel Alor Setar Kedah

Bilik Studio Di Starcity Hotel Alor Setar Kedah

Starcity Hotel Alor Setar Kedah ini mempunyai 98 jenis bilik Deluxe dan juga Suites untuk pilihan pengunjung yang ke hotel ini. Antara yang menjadi pilihan pengunjung ke hotel ini adalah bilik jenis Studio.

Bilik yang agak besar ini mempunyai satu katil bersaiz Queen, kemudahan membuat kopi mahupun teh, peti ais mini, pengering rambut, seterika dan papan, LEC TV dan juga wifi.

Bilik ini juga dipenuhi dengan cermin dan juga tingkap-tingkap yang luas bagi menggalakkan cahaya yang banyak untuk menerangi bilik di waktu pagi dan juga kerlipan bintang dan lampu-lampu jalanan pada waktu malam.

Kemudahan Lain Di Starcity Hotel Alor Setar Kedah

Kemudahan Lain Di Starcity Hotel Alor Setar Kedah

Selain dari kemudahan bilik yang selesa dan sangat bersih, mereka juga mempunyai bilik-bilik yang sesuai untuk mesyuarat dan juga seminar.

Selain itu bilangan parking yang mencukupi, 24 jam pengawasan sekuriti dan CCTV, perkhidmatan cucian laundry, dan juga dewan untuk majlis perkahwinan dengan harga yang berpatutan.

Dengan berjalan kaki sahaja, anda boleh menikmati pemandangan di Menara Alor Setar. Pada hujung minggu akan ada pasar malam untuk anda berjalan-jalan sekitar Alor Setar.

Bagi anda yang nak ke sini, anda boleh datang melalui alamat dibawah atau bagi yang nak buat tempahan boleh terus membuat tempahan di laman web rasmi Starcity Hotel Alor Setar atau anda juga boleh buat tempahan dengan menggunakan laman web online seperti Agoda, Trivago, Booking.com dan sebagainya.

Starcity Hotel
No. 88, Jalan Pintu Sepuluh,
05100 Alor Star, Kedah, Malaysia.
Phone: +604 7355888 Fax: +604 7355999
Email: sales@starcity.com.my
Website: Starcity Hotel Alor Setar Kedah

0 komen pembaca

Tiada komen lagi. Jadi yang pertama komen artikel ini.

Buat Komen

Nota: Alamat e-mel anda tidak akan dikongsi oleh pihak ketiga. Ruang bertanda * adalah wajib diisi.

Lagi Artikel Menarik