Asam Pedas Melaka merupakan masakan yang popular di Negeri Melaka dan ada yang sanggup ke Negeri Melaka semata-mata untuk merasa Asam Pedas asli.

Untuk pengetahuan, kami bukanlah penggemar masakan Asam Pedas dan kalau anda nak tahu, kami sebenarnya lebih gemar makan masakan masak lemak cili padi yang merupakan masakan popular oleh masyarakat Negeri Sembilan.

Bukan penggemar bukan bermaksud kami langsung tak pernah mencuba makan masakan Asam Pedas ni. Pernah je kami makan tapi belum pernah lagi rasa yang betul-betul power sebelum-sebelum ini.

Baru-baru ni ketika kami ke Negeri Melaka, kami berpeluang untuk merasa masakan Asam Pedas yang memang power, cukup rasa dan membuatkan kami nak tambah 2-3 kali.

Masakan Asam Pedas Melaka Che Ad

Masakan Asam Pedas Melaka Che Ad

Che Ad yang juga merupakan pengusaha Homestay, Homestay Che Ad yang terletak di Kampung Pulai, Merlimau Melaka. Che Ad adalah seorang yang peramah dan gemar berpantun.

Kedatangan kami dan rakan-rakan media disambut mesra oleh Che Ad dan ketika makan tengah hari di restoran kepunyaan Che Ad memang riuh rendah dengan pantun daripada Che Ad yang sentiasa mencuit hati kami semua.

Ketika mula-mula sampai ke sini untuk makan tengah hari selepas tengok pembuatan kompang, hati kami berkata Asam Pedas lagi. Tapi asam pedas kali ni kelihatan agak pekat kuahnya dan terdapat juga gulai ayam yang juga merupakan kegemaran kami. Memang sedap dan memang power!!!

Resepi Asam Pedas Melaka Che Ad

Resepi Asam Pedas Melaka Che Ad

Selesai sahaja makan tengah hari, kami dan rakan media diajak untuk melihat demo masakan Asam Pedas Melaka Che Ad. Ternyata Che Ad tidak kedekut untuk berkongsi resepi beliau.

Che Ad juga ada menjual pes Asam Pedas Melaka segera bagi mereka yang ingin memasak Asam Pedas ini.

asam pedas che ad

Bahan-Bahan :

2 camca Minyak Masak
5 keping Ikan Tenggiri
100gram Bendi
500ml Air Asam Jawa
5 helai Daun Limau Purut
20 biji Cili Kering
8 biji Bawang Merah
3 biji Bawang Putih
3cm Halia
1cm Kunyit Hidup
2 batang Serai
Garam secukup rasa

Cara Memasak :

  • Panaskan minyak dan tumis bahan-bahan yang dikisar halus sehingga garing.
  • Kemudian masukkan serai yang dititik dan masak lagi buat seketika.
  • Masukkan Ikan bersama Air Asam Jawa.
  • Apabila telah mendidih, masukkan pula daun limau purut dan garam.

Bagi yang berminat untuk mencuba Asam Pedas Melaka Che Ad ini bolehlah datang ke alamat dibawah dan cuba sendiri. Anda pasti setuju dengn pendapat kami.

Homestay Che Ad
5395, Km 16, Kg Pulai, 77300, Merlimau, Melaka.
Tel: 017- 683 2162/ 014- 713 2168

0 komen pembaca

Tiada komen lagi. Jadi yang pertama komen artikel ini.

Buat Komen

Nota: Alamat e-mel anda tidak akan dikongsi oleh pihak ketiga. Ruang bertanda * adalah wajib diisi.

Lagi Artikel Menarik