Jika dulu makan dalam sungai hanya dilakukan ketika berkelah bersama keluarga pada hujung minggu. Sesuai dengan peredaran zaman, nikmati hidangan dalam sungai semakin popular apabila pengusaha restoran BBQ Lamb KL Kemensah menonjolkan kelainan dalam menarik perhatian pelanggan.

Kunjungan kami ke BBQ Lamb KL Kemensah benar-benar mengimbau pengalaman berkelah bersama keluarga ketika zaman kanak-kanak dan memori yang tak akan dilupa kan. Perasaan makan dalam sungai memang berbeza sambil ditemani bunyian air sungai yang menyenangkan, hidangan depan mata benar-benar menyelera kan.

BBQ Lamb KL Kemensah 2

Sambil makan anda dan ahli keluaga boleh  bersantai-santai di tepi sungai, terdapat swimming pool disediakan lebih selesa dan bersih untuk mandi. Pasti menyeronokkan, kalau lapar boleh terus makan.

set lunch bbq lamb kl kemensah

Disini menawarkan hidangan set bbq lamb super lazat. BBQ yang telah diperap lebih kepada citarasa orang asia. Untuk set makan tengah hari cuma RM120 untuk 4 orang. Didatangkan bersama bbq kambing, ayam, daging lembu dan itik bersama nasi selain coleslow, sup serta sos istimewa yang hanya boleh didapati di BBQ KL Kemensah. Percuma ice lemon tea (free flow)

Setahun beroperasi  sejak 07 Julai 2017 BBQ Lamb KL Kemensah menjadi tumpuan orang ramai menikmati alam semulajadi. Sabtu dan ahad ramai pengunjung tempatan, hari selasa hingga jumaat ramai pengunjung pelancong mereka datang melancong di KL sambil-sambil itu mencari suasana kedai makanan yang berlainan daripada yang lain.

Baca : Tempat Menarik Di Kuala Lumpur Untuk Dilawati

Pelanggan dari China pun dah pernah sampai, nampak nya sambutan diterima disini amat menggalakan. Jadi anda bila lagi? Selain makan tengah hari, disini juga menawarkan makan malam dalam suasana romatik dengan pilihan menu yang pelbagai namun masih mengekalkan menu western.

Sekurang-kurang nya sekali seumur hidup kita dapat rasa makan dalam sungai. Sekali setahun makan malam di dalam sungai sempena menyambut tahun baru. Menarik bukan? Siapa yang nak datang di sini disarankan kena cepat-cepat book kalau tidak nanti anda yang melepas.

Fakta Menarik Tentang BBQ Lamb KL Kemensah

  1. Untuk menikmati hidangan dalam sungai, ia nya hanya dibuka untuk sesi makan tengah hari sahaja.
  2. Sesi makan tengah hari hanya dibuka pada setiap hari isnin sehingga ahad kecuali jumaat tiada makan tengah hari. Pukul 4.00 petang pesanan akhir diterima.
  3. Sesi makan malam di restoran setiap hari kecuali hari isnin cuti. Makan malam tutup pukul 10.00 malam.
  4. Boleh muat seramai 120 orang makan dalam sungai. Bila hujan makan di restoran boleh muat 80 orang.

Kemudahan lain yang disediakan:

Surau, tandas dan kolam mandi.

BBQ Lamb KL terletak di Sungai Kemensah, Kuala Lumpur (Belakang Zoo Negara)

Sebarang urusan tempahan sila hubungi BBQ Lamb KL Kemensah
Facebook | Nom Tel : 012-211 4100 whatsapp

Waktu Operasi BBQ Lamb KL Kemensah

Monday~Thursday
12pm~4pm (River dining)
3pm~6pm (hitea)
6pm~10pm (dinner)

FRIDAY
4pm~6pm (hitea)
6pm~10pm (dinner)

SATURDAY, SUNDAY & PUBLIC HOLIDAY
Session
12pm~2pm
(River dining)
2pm~3.30pm
(River dining)
3.30pm~5pm
(River dining)
7pm~10pm (dinner)

BBQ LAMB KL Kemensah
Ulu Kelang, 68000 Ampang Jaya, Selangor
012-211 4100 whatsapp

Location
https://goo.gl/maps/YxpwHeR9j6p

0 komen pembaca

Tiada komen lagi. Jadi yang pertama komen artikel ini.

Buat Komen

Nota: Alamat e-mel anda tidak akan dikongsi oleh pihak ketiga. Ruang bertanda * adalah wajib diisi.

Lagi Artikel Menarik