November 2017 ini akan berlangsungnya FoodtopiaFoodbulous Weekdays Treat” bertempat di The Mines Shopping Mall, Seri Kembangan Selangor, dimana sebanyak 13 outlet makanan yang terlibat sama dalam program ini, antaranya adalah Fish & Co, Kimosasa, Almendi’s, Makan Culture, Pizza San Francisco dan banyak lagi yang pasti akan membuatkan anda rasa tak sabar nak mencuba makanan yang disajikan outlet-outlet makanan ini.

Bila berkata mengenai makan dan promosi pastinya ramai diantara kita yang akan ambil peluang ini untuk sertainya. Yela kan… Dengan adanya program seperti ini dah semestinya harga yang ditawarkan lebih murah dan pastinya berbaloi dengan apa yang kita makan. Inilah masanya untuk makan makanan kegemaran kita dengan harga yang lebih berbaloi.

Daftar Sebagai Ahli Capitastar & Nikmati Set makanan Dengan harga RM9.90 nett sahaja

foodtopia promo

Menerusi FoodtopiaFoodbulous Weekdays Treat” ini, anda hanya perlu mendaftar sebagai ahli Capitastar secara percuma di laman web rasmi Foodtopia untuk menikmati set makanan kegemaran anda dengan harga yang murah.

Caranya, anda hanya perlu isi maklumat diri anda untuk mendaftar sebagai ahli Capitastar dan anda akan terima QR Code melalui email anda. Anda perlu screenshot QR Code tersebut dan tunjukkan screenshot tadi pada outlet makanan dibawah untuk menikmati hidangan program FoodtopiaFoodbulous Weekdays Treat” dengan hanya RM9.90 nett.

  • Ah Yip Herbal Soup
  • Almendi’s
  • Bar B Q Plaza
  • Dubuyo
  • Esquire Kitchen
  • Fish & Co
  • Kimosasa
  • Makan Culture
  • Nyonya Mama
  • Pizza San Francisco
  • Sepiring
  • The Chicken Rice Shop
  • Teppanyaki

FoodtopiaFoodbulous Weekdays Treat” ini akan berlangsung bermula dari 6 November 2017 sehingga 1 Disember 2017 dan QR Code ini hanya boleh digunakan pada hari bekerja sahaja mengikut tarikh yang telah ditetapkan.

Dibawah antara 5 restoran yang berdaftar untuk program FoodtopiaFoodbulous Weekdays Treat” ini. Ambil peluang ini mencuba set hidangan yang ditawarkan disini.

1. Fish & Co

Fish & Co foodtopia promo
fish and co fish & co

Di Fish & Co yang terletak di level 1 (L1-100*102), anda boleh dapatkan Spaghetti Pomodoro + Coke/Sprite/Iced Tea dengan harga RM9.90 nett sahaja dan dengan tambahan RM1.00, anda akan dapat Mashed Potato.

2. Kimosasa Cafe

Kimosasa Cafe foodtopia.
kimosasa cafe kimosasa cafe foodtopia

Bagi yang vegetarian anda boleh cuba makanan di Kimosasa Cafe yang menyediakan vegetarian cuisine. Cafe ini terletak di Level 3 (L3-21A).

Untuk program FoodtopiaFoodbulous Weekdays Treat” ini, anda boleh mencuba hidangan (Kimochi Gohan/Sexy Rice/Angry Toufu/Funny Rice + Iced Honey Lomen) dengan harga RM9.90 nett. Makanan yang dihidangkan disini juga adalah halal dan tiada campuran babi. Jadi boleh cuba makan tanpa was-was.

3. Almendi’s

Almend.....i's Foodtopia promo
almendis almendis

Bagi penggemar makanan dari timur seperti makanan Arab dan Yemen, anda boleh cuba beberapa set makanan yang menarik dengan harga RM9.90 nett di Almendi’s yang terletak di Level 1 (L1-106/107) berhampiran dengan Restoran Fish & Co.

Antara hidangan yang disediakan disini adalah seperti mendi chicken, chicken shawarna, hummus, basbosa dan lain lain yang pasti menyelerakan.

4. Makan Culture

makan place foodtopia promo
Makan Culture Makan Culture

Selain daripada makanan vegetarian dan makanan arab anda juga boleh mencuba hidangan di Makan Culture yang terletak di Level 1 (L1-96B/96C). Disini ada menyediakan pelbagai hidangan yang pasti akan membangkitkan selera anda.

Antara set hidangan yang disini untuk Footopia adalah seperti Minced Chicken Rice, Yong Chow Fried Rice, Vegetarian Kari Laksa atau Dry Curry Kuay Teow bersama dengan Iced Lemon Tea hanya RM9.90 nett.

5. Pizza San Francisco

Pizza San Francisco Foodtopia Promo
pizza san francisco pizza san francisco

Untuk penggemar makanan itali apa kata anda cuba nikmati hidangan set Algio Olio Fish, Cioppino Fish atau Carbonara di Pizza San Francisco di Level 1 (L1-65). Hidangan set ini juga dihidangkan bersama soft drink.

Harga untuk set hidangan ini hanya RM9.90 nett sahaja dan anda juga boleh addon Creme Brulee dengan hanya tambahan RM5.00 untuk program Footopia ini.

Kelebihan lain Ahli Capitastar, Foodtopia “Foodbulous Weekdays Treat”

Sebagai Ahli Capitastar, anda bukan sahaja dapat menikmati makanan kegemaran anda di 13 outlet terpilih dengan harga yang sangat berbaloi malahan anda juga boleh mendapatkan Foodtopia Rewards yang memang sangat-sangat berbaloi.

foodtopia rewards

Bagaimana caranya? Anda hanya perlu berbelanja minimum RM30.00 dalam satu resit atau RM80.00 dua resit berbeza pada tarikh yang sama dan anda boleh nikmati ganjaran diatas yang pasti membuatkan anda teruja.

Untuk lagi gambar, anda boleh lihat dalam Facebook Page CutiSini.

___

Jadi apa tunggu lagi. Ambil peluang ini untuk nikmati hidangan kegemaran anda dengan harga yang sangat jimat. Jangan lepaskan peluang ini kerana ianya akan tamat pada 1 Disember 2017 ini. Inilah masanya untuk nikmati makanan kegemaran anda dengan harga yang berbaloi.

The Mines Shopping Mall
Jalan Dulang, MINES Resort City,
43300 Seri Kembangan,
Selangor Darul Ehsan,
Malaysia.

0 komen pembaca

Tiada komen lagi. Jadi yang pertama komen artikel ini.

Buat Komen

Nota: Alamat e-mel anda tidak akan dikongsi oleh pihak ketiga. Ruang bertanda * adalah wajib diisi.

Lagi Artikel Menarik