Senarai tempat makan sedap di Negeri Sembilan ini adalah untuk rujukan kepada anda yang ingin mencari lokasi tempat sedap yang ada di Negeri Sembilan sama ada yang ke negeri ini untuk bercuti atau pun atas urusan kerja.

Negeri sembilan selain daripada terkenal dengan adat pepatih, negeri ini juga terkenal dengan masakan masak lemak cili api yang memang digemari bukan sahaja dikalangan penduduk tempatan yang tinggal di Negeri Sembilan, malahan ianya juga digemari oleh mereka yang tinggal di negeri-negeri lain.

Kalau ke Negeri Sembilan tak mencuba masakan masak lemak cili api memang tak sah.

10 Tempat Makan Sedap di Negeri Sembilan

Disini kami kumpulkan beberapa tempat makan sedap yang boleh anda kunjungi bila ke Negeri Sembilan. Senarai ini diperolehi daripada beberapa bacaan di blog dan juga pilihan penulis yang pernah mencuba di beberapa tempat makan tersebut.

Semoga dengan senarai 10 tempat makan sedap di Negeri Sembilan ini dapat membantu anda mencari dan memilih tempat makan yang sesuai dengan selera anda. Jom kita lihat senarai tempat makan sedap di Negeri Sembilan dibawah.

1. Nasi Arab Damsyik

Nasi Arab Damsyik Tempat Makan Sedap di Negeri Sembilan

Nasi Arab Damsyik yang terletak di Paroi, Senawang ni memang terkenal di kalangan penduduk disini dan sentiasa penuh pada waktu malam dan hujung minggu. Tempat makan ini bertemakan masakan arab yang berasal dari Damsyik dan kebanyakkan menu yang dihidangkan disini dari timur.

Kalau anda peminat nasi arab, lokasi ini memang sesuai untuk anda dan kalau anda ke Seremban tidak mencuba Nasi Arab Damsyik memang rugi.

2. Restoran Mama World Seremban 2

Restoran Mama World Seremban 2 Tempat Makan Sedap di Negeri Sembilan

Salah satu tempat makan sedap yang ada di Seremban ialah di Restoran Mama World Seremban 2 yang menyediakan makanan tengahari dengan aneka lauk pauk orang Negeri Sembilan, terutamanya masak lemak cili api.

Lokasinya betul-betul di belakang bangunan Family Store. Kedai makan yang sangat popular dengan aneka masakan masak lemak cili api ini sudah beroperasi lebih 10 tahun. Antara menu masakan kampung ‘orang Nogori’ yang boleh didapati di sini ialah masak lemak cili api pucuk ubi, masak lemak, sembilang salai bacang muda, rendang daging pucuk maman, masak lemak puyuh salai pucuk ubi dan banyak lagi.

3. Haji Shariff Cendol

Haji Shariff Cendol Tempat Makan Sedap di Negeri Sembilan

Haji Shariff Cendol yang terletak di Seremban ini memang terkenal serta mempunyai pengaruhnya yang tersendiri. Haji Shariff Cendol juga mempunyai beberapa cawangan di daerah Seremban.

Untuk pengetahuan anda, cendol di Negeri Sembilan ni berbeza dengan cendol di negeri-negeri lain dimana disini mereka menggunakan gula enau atau gula kabung. Nak cuba cendol terbaik di Seremban, anda boleh datang kesini untuk mencuba. Memang tak menyesal.

4. Satay Tulang Jelebu

Satay Tulang Jelebu Tempat Makan Sedap di Negeri Sembilan

Kebiasaanya kita biasa dengar Satay Kajang ataupun Willie Satay di Kuala Lumpur dan Selangor. Tapi Di Seremban ada satay tulang yang terletak di Dataran Senawang.

Selain satay tulang, banyak juga satay lain yang ada di Satay Tulang Jelebu seperti satay ayam, daging perut, kambing, pedal dan telur puyuh. Bagi yang belum pernah rasa satay tulang, ianya adalah satay yang dicucukkan tulang dan isi ayam di antaranya yang membuatkan rasa dagingnnya lebih lemak dan beraroma tulang.

Kadang-kadang aroma bau dia ada lebih kurang seperti bau sup tulang yang dimasak dengan kayu arang. Satu tempat makan yang menarik untuk dicuba di Seremban.

5. Gerai Popia Kuala Kangsar Stadium Paroi

Gerai Popia Kuala Kangsar Stadium Paroi

Mesti pelik kan bila dengar popia yang dibuat di Seremban tapi menggunakan nama Kuala Kangsar. Ini adalah sebab resepi popia basah disini adalah sama dengan yang ada di kedai popia basah beratur di Kuala Kangsar, Perak. Yang berbeza hanya lokasi menjualnya sahaja.

Kedai makan yang sempoi dan terletak di Stadium Paroi ini sememangnya sangat terkenal dengan popia basahnya. Selain popia ada juga menu makanan berat lain, namun kebanyakan yang datang ke sini lebih ingin mencuba popia basah yang dianggap best in Seremban.

Selain popia basah anda juga boleh mencuba menu lain seperti popia goreng, rojak cucur, abc dan makanan santai lain. Jadi sekiranya anda nakkan tempat makan yang biasa-biasa dengan makanan santai sambil lepak-lepak dengan kawan-kawan, bolehlah mencuba di sini.

6. Restoran Warisan Kuala Pilah

Restoran Warisan Kuala Pilah

Berkonsepkan rumah tradisional, Restoran Warisan yang terletak di Kuala Pilah ni memang terkenal disini. Restoran ini dikelilingi sawah padi dan suasana pun memang best. Kalau anda melawat Istana Menanti kalau anda tak singgah menjamu selera disini memang rugi.

Rata-rata masakan di restoran disini adalah makanan tradisini orang Negeri Sembilan seperti masak lemak daging salai, masak lemak ayam kampung dan banyak lagi dan harganya juga berpatutan.

7. Restoran City Park Oriental

Restoran City Park Oriental

Restoran City Park Oriental yang terletak di Seremban 2 ini merupakan antara restoran Chinese Muslim yang terkenal disini dan sentiasa padat dengan orang ramai lagi-lagi waktu malam dan hujung minggu.

Masakan dia memang sedap dan harganya juga berpatutan. Kalau anda nak makan ayam masak lemon, udang butter dan macam-macam lagi makanan cina muslim anda boleh la datang kesini.

8. Restoran Wadi Ar-Raudhah

Restoran Wadi Ar-Raudhah

Nak cari restoran yang terbaik untuk makan tengah hari? Anda boleh cuba makan di Restoran Wadi Ar-Raudhah yang terletak di Rahang, Seremban yang menyediakan masakan makan tengah hari yang memang sedap.

Restoran ni jadi tumpuan bila waktu tengahari sebab lauk pauk yang disajikan semuanya segar dan pelbagai jenis lauk sampai rambang mata nak pilih. Harga disini mungkin agak mahal sikit berbanding tempat lain tapi disebabkan sedap harga tidak menjadi masalah.

9. Mee Kari Railway Seremban

Mee Kari Railway Seremban

Mee Kari Railway Seremban ni memang popular di kalangan penggemar mee kari. Kalau nak rasa mee kari terbaik di daerah Seremban ni, inilah lokasi yang terbaik yang boleh anda cuba.

Yang menariknya, mee kari disini turut disertakan dengan ayam. Ayam pun diberikan lebih dan tidak kedekut. Itulah yang menjadi tarikan pengujung. Selain mee kari, disini juga ada menyediakan nasi lemak dan kuih muih yang boleh anda cuba.

10. Leha World Nasi Campur

Leha World Nasi Campur

Leha World Nasi Campur yang terletak di Paroi Jaya ini menyediakan menu masakan kampung dengan aneka yang pelbagai baik lauk orang Negeri Sembilan mahupun lauk pauk negeri lain.

Kalau mengidam nak makan asam pedas, ikan bakar cicah air asam, masak lemak cili api dan ulaman yang pelbagai, Leha World Restaurant di Paroi adalah destinasi yang perlu anda singgah. Awas untuk mereka yang tak makan pedas, jangan lihat warna lauk pauk di sini kuning bermakna manis rasanya.

___

Senarai diatas bukanlah muktamad tetapi masih terbuka untuk anda cadangkan tempat makan sedap di Negeri Sembilan yang mungkin lebih sedap dan lebih baik. Semestinya citarasa setiap individu adalah berbeza, tetapi populariti sesebuah tempat tidak boleh dipertikaikan.

Semoga anda suka dengan pilihan tempat makan sedap di Negeri Sembilan ini dari kami di CutiSini.com. Semoga anda dapat merancang percutian anda di Negeri Sembilan dengan lancar dan memberikan 1001 kenangan yang manis buat anda.

Anda ada cerita menarik ingin dikongsikan dengan kami? Hantarkan kisah percutian anda kepada kami dan jangan lupa like CutiSini.com di Facebook, jadi anda akan terus-menerus dapat membaca artikel menarik seperti ini. Terima kasih.

0 komen pembaca

Tiada komen lagi. Jadi yang pertama komen artikel ini.

Buat Komen

Nota: Alamat e-mel anda tidak akan dikongsi oleh pihak ketiga. Ruang bertanda * adalah wajib diisi.

Lagi Artikel Menarik