Senarai tempat makan sedap di Putrajaya ini adalah sebagai rujukan kepada anda yang mencari lokasi tempat makan sedap yang ada disini. Selain daripada tempat menarik yang ada Putrajaya, Putrajaya juga ada beberapa tempat makan sedap yang anda boleh cuba rasa sekiranya kesini.

Seperti di Kuala Lumpur dan Negeri Selangor, Putrajaya memang lengkap dengan pelbagai jenis makanan dari pelbagai negeri yang boleh dinikmati disini. Jadi tidak perlu ke negeri-negeri tertentu semata-mata untuk merasa Asam Pedas, Nasi Kandar, Masak Lemak Cili Api dan sebagainya.

10 Tempat Makan Sedap di Putrajaya

Senarai ini adalah cadangan 10 tempat makan sedap di Putrajaya yang kami sediakan untuk anda yang mungkin tercari-cari tempat makan sedap di Putrajaya.

Semoga senarai ini dapat memberikan sedikit sebanyak panduan kepada anda untuk mencari tempat makan sedap di Putrajaya pada masa akan datang.

1. Almaeda Arabian Cuisine

almaeda arabian cuisine tempat makan sedap di putrajaya
Sumber gambar: perspective-ye

Almaeda Arabian terletak di Presint 8 , Putrajaya dan merupakan kedai makan yang sangat popular di Putrajaya yang menghidangkan menu makanan dari Yamen. Chef-chef di sini juga merupakan chef yang asalnya memang dari Negara Yamen.

Selain orang Malaysia, ramai juga pak-pak arab yang menjadi pelanggan di sini yang mungkin rindu akan makanan kampung halaman. Seperti dikebanyakan kedai nasi arab yang lain, di sini turut menyediakan menu makanan yang berasaskan nasi, kambing, daging lembu dan ayam. Antara menu yang menarik untuk dicuba ialah Khabsa ayam/kambing/daging, Mandy ayam/kambing/daging, Lamb akdah & bread dan banyak lagi.

Memang banyak pilihan menu makanan dari Yamen yang ada di restoran Almaeda Rabian ini dan harganya juga berpatutan. Waktu beroperasi daripada pukul 11.30 pagi sehingganlah 11.30 malam.

2. Food Court Presint 9

food court presint 9 tempat makan sedap di putrajaya
Sumber gambar: Mahamahu

Terletak bersebelahan Klinik Putrajaya Presint 9 dan Pusat Kejiranan Putrajaya Presint 9 yang merupakan tempat makan yang popular di kalangan penduduk disini. Kebanyakkan makanan disini juga sedap dan harganya juga berpatutan. Food Court Presint 9 ini memang sentiasa penuh dengan orang ramai terutamanya pada waktu pagi dan tengah hari.

Antara menu menarik yang terdapat di Food Court Presint 9 ialah seperti Nasi Lemak, Nasi Ayam, Aneka Sup, Soto, Yong Tau Fu, Satay, Makanan Western, Nasi berlauk, Roti Canai dan banyak lagi.

3. Madfoon Palace

madfoon palace tempat makan sedap di putrajaya
Sumber gambar: deals-malaysia.com

Kalau sebut sahaja pasal restoran nasi arab yang romantis di Putrajaya, pasti nama Madfoon Palace yang pasti tersembul dari mulut orang-orang di sini. Bagi anda yang inginkan suasana kedai makan yang mempunyai pemandangan yang menarik, anda boleh mencuba di Madfoon Palace, di Precint 2, Putrajaya.

Kedai makannya sememangnya gah dan cantik dengan dekorasi dalaman yang pasti memukau sesiapa sahaja yang pertama kali menjejakkan kaki ke sini. Tidak hairanlah JJCM TV 3 pernah terjah membuat liputan di sini. Sesuai juga untuk anda membawa teman instimewa untuk bersantapan di sini kerana kedai makan Madfoon Palace sememangnya romantis.

Terletak di Menara Putrajaya Holding di Presint 2, Madfoon Cafe mempunyai ruang makan yang lapang dan tempat duduk sebanyak 250. Pemandangan dari restoran ini juga sangat mempersonakan yang berhadapan dengan Tasik Putrajaya dan Jambatan Seri Wawasan.

4. Umai D’ Lake Café

umai cafe tempat makan sedap di putrajaya
Sumber gambar: ahpekbiker

Umai D’ Lake Cafe beroperasi di Bangunan Anjung Alaf Baru, Presint 2, Putrajaya. Bangunan ini terletak diantara Masjid Sultan Mizan (Masjid Besi) dan Monumen Alaf Baru.

Umai Cafe menyediakan pelbagai jenis masakan panas seperti masakan thai, masakan melayu, mee rebus Umai, laksa utara, bihun sup utara, nasi lemak, western, pelbagai jenis bubur dan yang paling menjadi kegemaran pelanggan umai cafe adalah jemput pisang, cucur udang, lempeng kelapa dan pisang. Sambil makan, boleh menikmati pemandangan indah di sana yang betul-betul menghadap Tasik Putrajaya.

5. Kafe PICC

kafe picc tempat makan sedap di putrajaya
Sumber gambar: piccweb

Putrajaya International Convention Centre (PICC) ialah bangunan ikonik yang telah mendapat anugerah berprestij kerana rekabentuk kaca yang menggunakan cahaya semulajadi. Ia juga dikelilingi dengan kehijauan dan pemandangan Putrajaya yang menarik.

Kafe PICC menawarkan buffet makan tengahari bermula jam 11.00 pagi hingga 3.00 petang hanya dengan RM25 seorang. Berlbaloilah dengan variety, rasa dan suasana. Minum pagi pun ada, Santai Petang bermula jam 3.00 – 7.00 petang untuk merasa mee rebus, laksa dan sebagainya.

Disini juga ada menyediakan wedding reception dengan harga bermula dari RM25 seorang.

6. Medan Selera Taman Warisan Pertanian

medan selera taman warisan pertanian tempat makan sedap di putrajaya
Sumber gambar: filaterritory

Merupakan medan selera yang memang terkenal di Putrajaya. Taman Warisan Pertanian yang juga merupakan salah satu tempat menarik di Putrajaya ini juga ada menyediakan medan selera yang menyediakan kepelbagaian makanan untuk dirasa. Antara yang popular disini adalah Satay Kajang Haji Samuri, Makanan Western, roti john, nasi ayam, aneka mee dan sebagainya.

Anda juga boleh menikmati hidangan makanan yang ada disini sambil menghirup udara segar dan menikmati pemandangan yang menghijau. Memang sesuai dengan konsepnya medan selera dalam taman. Lokasi tempat makan sedap di Putrajaya ini memang sesuai untuk bawa ahli keluarga anda kesini. Harganya juga berpatutan.

7. Medan Selera RASA Alamanda

medan selera rasa alamanda tempat makan sedap di putrajaya
Sumber gambar: hafizhafizol

Medan Selera RASA Alamanda memang terkenal di kalangan pengunjung di Alamanda Shopping Mall dimana disini ada menyediakan pelbagai jenis menu makanan yang boleh dicuba seperti Ayam Penyet, Masakan Thai, Nasi Ayam, Aneka Mee, Nasi Kandar, Masakan Kelantan dan pelbagai lagi.

Harga makanan disini juga boleh tahan kerana terletak di dalam mall. Jadi tidak hairanlah kalau harganya agak tinggi sedikit. Di pusat membeli belah ini juga ada banyak restoran-restoran dan cafe lain yang anda boleh cuba.

8. Restoran Spring Garden

restoran spring garden tempat makan sedap di putrajaya
Sumber gambar: hasingfooddreams

Restoran Spring Garden ini terletak di Taman Botani, Presint 1 dimana ianya memang terkenal dikalangan pengunjung di Taman Botani dan penduduk Putrajaya yang ingin merasai makan dikelilingi pokok menghijau dan tasik. Memang sesuai untuk makan bersama keluarga disini.

Antara yang istimewanya disini adalah hidangan Fortune Yee Sang dan Double Happiness Yee Sang yang dihidangkan hanya setahun sekali dan pelanggan yang ingin menikmati hidangan ini perlu menempah lebih awal untuk menikmatinya. Selain dari hidangan ini, Soft Shell Crab juga memang terkenal disini.

9. Serabei Cafe

serabei cafe tempat makan sedap di putrajaya
Sumber gambar: hungrygowhere

Salah satu tempat makan sedap di Putarajaya yang menyediakan aneka pilihan makanan dan masakan pantai timur. Sekiranya anda rindu dengan makanan seperti nasi kerabu, nasi dagang, lompat tikam atau laksam, bolehlah singgah di Serabei Cafe yang terletak di waterfront di Presint 8, Putrajaya.

Selain menu makanan pantai timur yang biasa kita dengar, ada juga beberapa hidangan makanan atau resepi yang mungkin anda jarang mendengarnya seperti menu makanan nama kedainya sendiri iaitu Serabei.

Serabei merupakan sejenis makanan pencuci mulut yang dibuat dari tepung beras dan berteksturkan seakan donut dan dicicah dengan sos lemak manisnya. Selain itu, apa yang paling mengujakan apabila di sini ialah melihat hidangan nasi kerabu yang dihidangakan bersama dengan ketam bercili. Memang jarang kedai makan lain yang membuat inovasi nasi kerabu sedemikian rupa.

10. Chakri Xpress Alamanda

chakr xpress alamanda tempat makan sedap di putrajaya
Sumber gambar: my.openrice

Bagi anda yang dah muak nak makan menu masakan western, masakan arab ataupun masakan Melayu sendiri, anda boleh berubah selera ke satu kedai masakan Thai yang memang best yang terletak di dalam Alamanda Shopping Mall di Putrajaya.

Chakri Xpress Alamanda merupakan salah satu 3 cawangan yang ada di Suria KLCC Mall dan juga di Pavillion. Memang tidak dinafikan populariti Chakri sebagai destinasi makan untuk masakan ala Thai sudah cukup tersohor sampai masuk JJCM TV3.

Chakri Xpress ini boleh dianggap tempat makan yang agak eksklusif dan harga makanan ada yang ekonomi dan ada pakej yang agak mahal. Antara menu-menu makanan yang popular di sini ialah seperti Thai Roasted Chicken Rice, Thai Green curry chicken, Wok Thai Fried noodle with shrimp dan Pineapple fired rice.

___

Senarai diatas bukanlah muktamad tetapi masih terbuka untuk anda cadangkan tempat makan sedap di Putrajaya yang mungkin lebih sedap dan lebih baik. Semestinya citarasa setiap individu adalah berbeza, tetapi populariti sesebuah tempat tidak boleh dipertikaikan.

Semoga anda suka dengan pilihan tempat makan sedap di Putrajaya ini dari kami di CutiSini. Semoga anda dapat merancang percutian anda di Putrajaya dengan lancar dan memberikan 1001 kenangan yang manis buat anda.

Anda ada cerita menarik ingin dikongsikan dengan kami? Hantarkan kisah percutian anda kepada kami dan jangan lupa like CutiSini.com di Facebook, jadi anda akan terus-menerus dapat membaca artikel menarik seperti ini. Terima kasih.

0 komen pembaca

Tiada komen lagi. Jadi yang pertama komen artikel ini.

Buat Komen

Nota: Alamat e-mel anda tidak akan dikongsi oleh pihak ketiga. Ruang bertanda * adalah wajib diisi.

Lagi Artikel Menarik