Senarai tempat makan sedap di Sabah ini adalah sebagai rujukan kepada anda yang mencari lokasi tempat makan sedap yang ada disini. Sabah memang terkenal sebagai destinasi perlancongan yang menarik dengan pantai yang cantik memutih dan panorama indah alam sekitarnya.

Sudah pasti ramai yang berhajat untuk bercuti ke Sabah. Setidak-tidaknya ke Kota Kinabalu. Kalau anda berhajat untuk melawat Sabah, ada banyak lokasi tempat makan sedap di Sabah yang boleh anda cuba.

Tempat Makan Sedap di Sabah

Senarai ini adalah cadangan 10 tempat makan sedap di Sabah yang kami sediakan untuk anda yang mungkin tercari-cari tempat makan sedap di Sabah.

Kalau anda berkunjung ke Sabah, anda perlu singgah ke Waterfront, Kota Kinabalu kerana disini makanannya memang segar dan banyak makanan laut. Sabah juga terkenal dengan kesegaran makanan lautnya. Harga makanan disini juga berpatutan dan cara masakannya juga agak unik berbanding di semenanjung.

Semoga dengan senarai ini dapat memberikan sedikit sebanyak panduan kepada anda untuk mencari tempat makan sedap di Sabah pada masa akan datang.

1. Gerai Seafood Pasar Malam Filipino

Gerai Seafood Pasar Malam Filipino tempat makan sedap di sabah
Sumber gambar: banihassim.blogspot.my

Pasar malam yang dikenali sebagai Pasar Filipin ini memang popular di kalangan pelancong, selain terdapat Pasar Kraftangan, di sini juga terdapat pasar ikan dan sayur, pasar menjual makanan tradisi orang sabah seperti kuih cincin, keropok amplang dan macam-macam lagi. Tempat ini biasanya dibuka dari pagi hingga ke malam, manakala untuk pasar ikan dan sayur dan juga gerai makan seafood ini hanya dibuka selepas jam 5 petang hingga ke 10.00 – 11.00 malam.

Terletak di tengah bandar Kota Kinabalu berhadapan Hotel Le Meridian Kota Kinabalu. Kawasan ini memang meriah dan aktif pada waktu malam. Bagi sesiapa yang tercari-cari makanan seafood yang fresh lagi murah berbanding di Restoran Seafood di sini lah tempatnya. Jangan lupa untuk cuba lobster, ikan merah, sotong, udang, seaweed, latok dan sambal belacan di sini. memang sedap!

2. Warung Bandung Kepayan

Warung Bandung Kepayan tempat makan sedap di sabah
Sumber gambar: myna_lyn

Warung Bandung Kepayan merupakan warung berkonsepkan makanan dari Indonesia. Nasi Ayam Berlado, Nasi Ayam Penyet, Nasi Panggang + Ayam Kalasan, Nasi Ikan Bawal Goreng antara yang selalu jadi pilihan. Warung ini terletak di kawasan Kepayan berdekatan dengan Open Univerisiti Malaysia Sabah bersebelahan dengan Supermarket Boulevard Kepayan.

Harga makanan juga berpatutan akan tetapi jika anda tidak mahu tertungu-tunggu meja kosong, elakkan untuk datang ketika waktu tengah hari “lunch hour”. Ini kerana biasanya waktu itu warung ini selalu penuh dengan pelanggan.

3. Lucy’s Kitchen

Lucys Kitchen tempat makan sedap di sabah
Sumber gambar: cavinteo.blogspot.my

Lucy’s Kitchen mempunyai 4 outlet, iaitu di 88 Marketplace Kepayan, Metro Town, Imago Shopping Mall dan Kinabalu Golf Club Tanjung Aru. Antara menu kegemaran pelanggan di Lucy’s Kitchen adalah seperti Spaghetti Aglio Olio, Durian Pancake, Creme Caramel, Chicken Chop, Chicken Burger, Air Kedondong, Wat Tan Hor, Lee Chee Kang, Abc Lucy’s Special, Nasi Lemak Special dan banyak lagi.

Harga makan disini juga berpatutan dan yang paling penting sedap. Jadi jika anda suka makan makanan barat, makanan melayu dan pencuci mulut yang sedap lokasi ini memang sesuai untuk anda.

4. Restoran D’Lengkuas

Restoran D Lengkuas tempat makan sedap di sabah
Sumber gambar: diarisiketambatu

Bagi anda yang tercari-cari makanan popular orang semenanjung, di sinilah tempatnya. Kerang Masak Sambal, Ikan Patin Masak Tempoyak, Sotong Sumbat Masak Hitam, Daging Kawah dan banyak lagi jenis makanan yang sedap-sedap di sini.

Restoran ini terletak di Sembulan, Kota Kinabalu berdekatan dengan Grace Ville Sembulan dan Grace Point Food Court. Biasanya ‘lunch hour’ memang sentiasa ramai pelanggan terutamanya orang malaya yang memang sesuai dengan selera mereka.

5. Restoran Prapheni Thai

Restoran Prapheni Thai tempat makan sedap di sabah
Sumber gambar: ceritakami.com

Restoran Prapheni Thai ini terletak di Petagas, Kota Kinabalu. Lebih kurang 2kmM sahaja dari KK International Airport. Dari tepi jalan pun boleh kelihatan, iaitu sebelah kiri jalan jika laluan dari bandar KK.

Bagi penggemar makanan Ala Thai, restoran ini memang sesuai untuk anda. Sais restoran ini juga amat luas dan sesuai untuk makan beramai-ramai bersama keluarga. Antara menu yang terkenal disini adalah seperti Tomyam Seafood, Ayam Goreng Kunyit, Paprik Seafood, Ikan Masak 3 Rasa, Udang Goreng Tepung, Kerabu Sotong dan Meehon Tomyam.

6. Kedai Makan Santubong

Kedai Makan Santubong tempat makan sedap di sabah
Sumber gambar: ceritakami.com

Kedai Makan Santubong ini terletak di Cybercity Kepayan, Kota Kinabalu. Bagi yang tercari-cari dan menggemari makanan asli orang Sarawak boleh datang sini. Antara makanan yang boleh anda makan disini adalah seperti Laksa Sarawak, Mee Kolok, Mee Sup, Ikan dan sebagainya. Memang rasa macam makan di Sarawak walaupun makan di Sabah.

Berhampiran dengan restoran ini juga ada menjual pisang goreng dan kepak ayam panggang yang memang terkenal di Kota Kinabalu. Jadi tak salah mencuba.

7. Gayang Seafood Restoran

Gayang Seafood Restoran tempat makan sedap di sabah
Sumber gambar: zureyna.blogspot.my

Gayang Seafood Restoran merupakan antara Restoran Seafood yang terkenal di Sabah adalah Restoran ini. Terletak di Salut Tuaran iaitu lebih kurang 33km dari bandar Kota Kinabalu. Antara makanan kegemaran seperti Udang Steam, Lobster Masak Butter, Ketam Masak Kam Heong, Soft Shell Crab, Sup Isi Ketam, dan banyak lagi.

Boleh cuba makan disini sekiranya anda penggemar makan makanan laut seperti udang, lobster, ketam, sotong dan sebagainya. Lagi seronok jika makan beramai-ramai dengan keluarga disini.

8. Restoran Malindo

Restoran Malindo tempat makan sedap di sabah
Sumber gambar: ceritakami.com

Jika anda ingin mencari makanan selera kampung, Restoran Malindo adalah jawapannya. Restoran yang menyajikan selera makanan kampung ini memang menjadi pilihan orang-orang disini. Restoran Malindo kini mempunyai 3 cawangan iaitu di Api–Api Centre, Wisma Merdeka dan di Harbour City Kota Kinabalu

Menu makanan pilihan pelanggan-pelanggan disini biasanya Nasi Campur, Soto Ayam, Rojak Daging juga minuman ABC Malindo yang sangat sedap. Harganya juga berpatutan.

9. Tanjung Aru

Tanjung Aru tempat makan sedap di sabah
Sumber gambar: mat-drat.blogspot.my

Pilihan seafood di tempat lain, anda boleh makan di Tanjung Aru. Dekat sini ada banyak kedai makan sedap, dan best suasana dia. Menu pun lebih kurang macam di Pasar Filipina, tetapi kalau nak rasa ‘open air’ duduk tepi pantai sambal minum air kelapa bakar, anda boleh datang ke sini. Memang ramai pelancong dan penduduk setempat makan di sini.

Disini juga terkenal dengan ‘Chicken Wing’ yang murah dan sedap. Sabah memang terkenal dengan Chicken Wing dan kalau di Sabah, ia dipanggil Sayap. Orang-orang disini juga memang sudah sedia maklum dengan kesedapan Chicken Wing Tanjung Aru ini. Anda pun perlu cuba!

10. Lokan Bakar dan Puding Kelapa Sepanggar

Lokan Bakar dan Puding Kelapa Sepanggar tempat makan sedap di sabah
Sumber gambar: burnqis.blogspot.my

Terletak di Jalan Sulaman di kawasan Sepanggar. Jika gunakan Google Drive atau Waze, cari sahaja ‘gerai kelapa bakar’ atau ‘lokan bakar Jalan Sulaman’. Jarak dari Kota Kinabalu lebih kurang 20km sahaja dan lokasi tempat ini terletak berdekatan kawasan Telipuk

Terdapat banyak deretan gerai di sepanjang Jalan Sulaman ini dimana setiap gerai menjual dengan harga sedikit berbeza. Menu utama pastinya lokan bakar, jelly kelapa, kelapa bakar, Jagung bakar dan bermacam-macam lagi makanan luat yang ada dijual disini.
Harga setiap lokan di dalam lingkungan RM8.00 hingga RM12.00 selonggok.

___

Senarai diatas bukanlah muktamad tetapi masih terbuka untuk anda cadangkan tempat makan sedap di Sabah yang mungkin lebih sedap dan lebih baik. Semestinya citarasa setiap individu adalah berbeza, tetapi populariti sesebuah tempat tidak boleh dipertikaikan.

Semoga anda suka dengan pilihan tempat makan sedap di Sabah ini dari kami di CutiSini. Semoga anda dapat merancang percutian anda di Sabah dengan lancar dan memberikan 1001 kenangan yang manis buat anda.

Anda ada cerita menarik ingin dikongsikan dengan kami? Hantarkan kisah percutian anda kepada kami dan jangan lupa like CutiSini.com di Facebook, jadi anda akan terus-menerus dapat membaca artikel menarik seperti ini. Terima kasih.

0 komen pembaca

Tiada komen lagi. Jadi yang pertama komen artikel ini.

Buat Komen

Nota: Alamat e-mel anda tidak akan dikongsi oleh pihak ketiga. Ruang bertanda * adalah wajib diisi.

Lagi Artikel Menarik