Bercuti bersama rakan atau keluarga adalah sesuatu yang sangat berharga untuk semua. Apabila bercuti, benda yang paling penting adalah kesihatan diri supaya badan sentiasa bertenaga sepanjang percutian anda.

Kalau badan tak sihat dan bertenaga maka percutian tersebut boleh menjejaskan jadual perjalanan anda. Pasti tak seronok bukan kerana apa yang kita rancang tidak menjadi apatah lagi sekiranya perancangan tersebut dibuat berbulan-bulan lamanya.

5 Tips Bagaimana Badan Sentiasa Bertenaga Apabila Bercuti

5 Tips Bagaimana Badan Sentiasa Bertenaga Apabila Bercuti

Disini kami ingin kongsikan kepada ada 5 tips bagaimana mendapatkan badan yang sentiasa bertenaga apabila bercuti yang boleh anda ikut bagi memastikan percutian anda berjalan dengan lancar.

1. Cukup Tidur

Tidur adalah satu nikmat rehat yang sangat hebat dikurniakan kepada kita. Tidur yang cukup memberi banyak menafaat kepada kita. Badan mudah mendapat penyakit sekiranya anda tidak mendapat tidur yang mencukupi.

Tidur yang cukup dan baik dapat merehatkan badan kita serta mengembalikan semula tenaga. Kalori juga dapat di bakar jika anda dapat tidur dengan secukupnya.

2. Jangan Makan Secara Berlebihan

Perkara yang perlu anda perlu ambil perhatian ialah jangan makan terlalu banyak sewaktu melancong kerana takut perut anda menjadi tidak selesa dan ini pasti akan mengganggu percutian anda nanti.

Dahulukan dengan meminum air kosong dan makanan manis seperti buah-buahan sebelum menikmati hidangan. Ia pasti membantu pencernaan makanan di dalam perut anda dan cuba elakkan makan makanan yang pedas lebih-lebih lagi sekiranya anda jenis yang tidak tahan dengan makanan pedas kerana ia boleh menjejaskan perut anda.

3. Rancang Aktiviti Percutian

Rancanglah percutian anda dengan tersusun dan rapi kerana ianya akan memberi kemudahan anda dalam melakukan aktiviti sepanjang percutian. Kiranya dengan perancangan ini, anda sudah boleh agak-agak dengan segala kemungkinan.

Percutian yang mengejut dan tergesa-gesa membuatkan anda menjadi kelam-kabut dan tertinggal itu dan ini sekaligus ianya boleh menyebabkan ‘stress‘ dan gangguan kepada kesihatan diri.

4. Banyakkan Minum Air Masak

Minum banyak air masak atau air kosong adalah amat penting untuk tubuh bagi memastikan tubuh badan kita mencukupi air. Kami galakkan anda minum air kosong sekurang-kurangnya 8 gelas sehari tetapi lebihkan jumlah tersebut sekiranya anda keluar melancong atau bercuti kerana anda akan lebih banyak kehilangan air sepanjang percutian.

Sediakan sekurang-kurangnya sebotal air masak di dalam beg anda. Manalah tahu sekiranya di luar sana anda sukar mencari air kosong lebih-lebih lagi sekiranya anda bercuti ke luar negara ataupun masuk ke dalam hutan.

5. Sediakan Ubat-Ubatan Yang Mencukupi

Kalau anda jenis ada alahan atau masalah kesihatan sebaiknya disediakan ubat-ubat yang diperlukan. Namun begitu anda boleh sediakan ubatan biasa seperti ubat demam dan selesema. Itu paling asas kami cadangkan.

Biasanya kalau anda pergi melancong, sudah tentu agak sukar mencari ubat yang sesuai dan lokasi anda yang menghadkan aktiviti anda untuk mendapatkan ubatan tersebut. Jadi bawa siap-siap dari sini segala jenis ubat atau ubat tambahan untuk kegunaan anda.

___

Itu sahaja perkongsian kami untuk entri kali ini. Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada anda semua yang tercari-cari informasi bagaimana untuk mendapatkan tubuh badan sentiasa bertenaga apabila bercuti.

0 komen pembaca

Tiada komen lagi. Jadi yang pertama komen artikel ini.

Buat Komen

Nota: Alamat e-mel anda tidak akan dikongsi oleh pihak ketiga. Ruang bertanda * adalah wajib diisi.

Lagi Artikel Menarik