Pergi melancong kalau tak membeli belah pasti akan terasa kekurangan sesuatu. Bagi yang ada duit lebih, anda boleh membeli barang sama ada kegunaan sendiri atau dijadikan hadiah kepada rakan atau ahli keluarga.

Anda perasan atau tidak sekiranya anda membeli kasut baru, anda mesti akan mengalami masalah kaki melecet. Pasti ramai diantara kita yang tak suka dengan masalah kaki melecet ni. Memang sakit dan sudah semestinya ianya menggangung perjalanan kita.

4 Tips Untuk Elakkan Kaki Melecet

4 Tips Elakkan Kaki Melecet Bila Menggunakan Kasut Baru

Ada juga petua yang meminta anda menggigit kasut tersebut sebelum memakainya untuk mengelakkan daripada kasut tersebut menggigit anda balik. Ini kami tidak tahu sejauh mana kebenarannya.

Apa pun disini kami ingin kongsikan dengan anda 4 tips untuk elakkan kaki dari melecet bila menggunakan kasut baru.

1. Bedak Bayi

Satu cara yang baik untuk mengurangkan geseran antara kaki dan kasut adalah dengan menggunakan bedak bayi. Hanya perlu taburkan sedikit bedak bayi ke dalam kasut sebelum pakai.

Ianya berfungsi dengan baik juga kalau anda yang jenis tak pakai stokin. Walau bagaimanapun, anda perlu pastikan yang kaki korang betul-betul kering. Jika tidak habis rosak kasut anda nanti.

2. Plaster Balut Luka

Rasanya cara ini ramai yang dah tahu. Betul tak? Dengan melekatkan pelekat plaster balut luka, ianya dapat mengurangkan geseran kulit kaki anda dengan kasut.

Kami sangat gemar menggunakan teknik ini kerana ianya dapat membantu geseran yang boleh menyebabkan kaki melecet.

3. Deodorant

Sebenarnya kami tidak pernah cuba menggunakan deodorant untuk elakkan kaki dari melecet. Tapi dikatakan deodorant juga membantu untuk menjaga kulit kaki anda dari luka. Pedih tau sekiranya terluka lagi-lagi bila geseran berlaku.

Untuk penggunaan deodorant ini anda hanya perlu sapukan deodorant di bahagian yang kerap luka dan lihat hasilnya.

4. Silikon khas untuk kasut

Secara kebiasaanya sekiranya anda ke farmasi atau pasaraya, silikon yang khas untuk kasut ada dijual untuk diletakkan didalam kasut bagi melindungi kaki dari melecet dan tidak selesa.

Rasanya kebanyakkan yang menggunakan teknik ini adalah dari kalangan wanita. Anda boleh cuba teknik ini sekiranya anda sentiasa mengalaman kaki melecet bila menggunakan kasut baru.

___

Kami harap dengan sedikit tips ini dapat memberi kebaikan kepada anda nanti didalam mengatasi masalah kaki melecet apabila menggunakan kasut baru dan seterusnya dapat memastikan percutian anda berjalan dengan lancar.

0 komen pembaca

Tiada komen lagi. Jadi yang pertama komen artikel ini.

Buat Komen

Nota: Alamat e-mel anda tidak akan dikongsi oleh pihak ketiga. Ruang bertanda * adalah wajib diisi.

Lagi Artikel Menarik