“Bajet trip ke Sabah ini dikongsikan oleh Encik Nahmuddin untuk mereka yang mencari itinerary ke Sabah dengan kos yang rendah.”

Kami kongsi sikit pengalaman kami trip ke Sabah baru-baru ni. Boleh jugak dijadikan tips untuk anda yang mahu melancong ke Sabah untuk 4 hari 3 malam dengan harga yang berpatutan.

Backpackerzs Sabah 2016!

Backpackerzs Sabah 2016

Ini saya kongsikan bajet untuk seorang (kami pergi 8 orang)

  • Tiket flight : Kuch-Kk-Kuch = RM128/seorang (boleh juga booking melalui ejen juga dengan harga RM110 seorang)
  • Hotel : Promanade service apartment (2 bilik) : RM70/seorang (3 malam) boleh cari kat booking.com
  • Kenderaan : 2 buah kereta – RM66/seorang (boleh search di FB untuk kadar sewa kereta yang murah)
  • Minyak : RM80/ 2 kereta : RM10/seorang

Jumlah = RM 274/seorang (4 hari 3 malam) 😊😊😊
*Bajet ni juga sesuai untuk 4 orang.

Hari 1 (Ahad 23 Oct 2016)

backpacker trip bajet ke sabah

Flight Kuch-KK (disarankan ambil flight waktu pagi kerana lebih murah. Flight kami dari Kuching jam 6.10 pagi)

Sampai sahaja di airport, terus ambil kereta sewa. Untuk hari pertama ini, kami hanya pusing-pusing di bandar Kota Kinabalu sahaja. Sini terdapat banyak kedai jual cenderahati, tapi jangan beli dulu. Buat suvey-survey dulu takut terbelanja lebih pula nanti.

Nak makan tengahari boleh cuba di Mohideen Restaurant, dan cuba untuk pesan masakan kari mereka. Sedap! Lokasi restoran ini tak jauh dari Pasar Filipines.

Selesai makan, kami pilih untuk check-in ke Promanade Hotel. Seterusnya kami pergi melihat-lihat kawasan. Antara tempat-tempat yang kami pergi ialah:

1. Pantai Tanjung Aru

Kata orang view sunset disini sangat cantik, tapi mungkin bukan rezeki kami waktu itu kerasa musim hujan. Kalau datang sini boleh cuba untuk makan ikan bakar. Soso yang enak pastinya akan buat anda semua teringat-ingat akan keenekan ikan bakar sini. Tak lupa juga hidangan ABC gunung kinabalu yang tinggi dia, fuhh.

2. Observation Hill

Sini mungkin lebih kurang macam mera tinjau lah. Naik atas ni dan boleh lihat seluruh bandar KK dan pemandangan ini lagi cantik pada waktu malam.

Hari 2 (Isnin 24 Oct 2016)

trip bajet ke sabah hanya rm274 seorang

Untuk hari kedua ini, hari yang terbaik untuk jalan-jalan menikmati pemandangan dan kawasan-kawasan popular di KK. Sini saya cerita sikit tempat yang kami lawati di Ranau, Kundasang, seharian suntuk. Tapi kena bertolak awal pagi ye, sebab kebanyakkan tempat-tempat ini tutup jam 5 petang. Kalau lambat takut tak sempat nak cover semua.

1. Rumah Terbalik Tamparuli

Lokasi pertama sebaik sahaja tiba di Ranau ialah Rumah Terbalik Tamparuli. Yuran masuk RM10.60/seorang.

2. Desa Dairy Farm

Lokasi tempat ini memerlukan perjalanan selama 3 jam dari bandar KK. Untuk pergi sini, sila pastikan kondisi kereta okay sebab kena naik bukit untuk ke Desa Dairy Farm. Jangan lupa cek kondisi break sekali. Sampai sini, wajib beli produk susu mereka kerana sangat sedap. Dan sini juga lah pemandangan ala-ala New Zealand tu dengan rumput yang hijau beserta langit biru yang cerah. Yuran masuk RM4.00/seorang.

3. Kundasang War Memorial Park

Turun je dari Desa Dairy Farm, anda akan jumpa dengan Kundasang War Memorial Park. Segala sejarah tentang tempat ini boleh dibaca disitu. Sekali-sekala penuhkan ilmu di dada dengan sejarah tak salah bukan? Yuran masuk RM3.00/seorang.

4. Tagal Luanti Fish Spa

Antara fish spa yang terkenal disana. Tapi kalau hujan dan air sungai besar, maka tidak akan dibuka pada rakyat umum, kerana ikan tak ada. Yuran masuk RM5.00/seorang.

5. Poring Hot Spring

Memandangakan cuaca di sana agak sejuk, anda boleh cuba untuk merendam kaki di dalam kolam air panas disini. Yuran masuk RM3.00/seorang.

Selesai berjalan untuk hari kedua, kami pulang ke hotel untuk membersihkan diri dan menjamu selera untuk makan malam di kawasan waterfront. Seafood di sini memang murah-murah dan sedap-sdap belaka.

Hari 3 (Selasa 25 Oct 2016)

Untuk hari ketiga kami memilih untuk menikmati aktiviti air. Selesai breakfast dalam jam 9 pagi kami bertolak ke Jesselton point. Untuk aktiviti Island Hoping, boleh ke Jeti Jesselton point. Jeti ini dekat sahaja dan terletak di tengah-tengah bandar.

Tiket untuk aktiviti Island Hoping boleh dibeli on the spot. Tak perlu booking awal. Cuma yang kena awal ialah, stok makanan beli siap-siap di bandar kerana di pulau harganya sedikit mahal.

Kami pergi 2 pulau – Pulau Sapi dan Pulau Manukan)
– RM30 (tambang bot termasuk cukai)
– RM10 (life jacket dan alat snorkeling)
RM40.00/seorang

Kalau nak main aktiviti lain pun boleh, kena tambah sedikit duitnya
– Parasailing: RM60/seorang
– Banana boat: RM25/seorang
– Flying fox: RM40/seorang

Dalam jam 6 petang kami pulang semula ke hotel dan mula mencari makan malam di kawasan Pasar Malam KK. Haa, kat sini lah kalau nak cuci mata dan rambang mata untuk memilih cenderahati untuk dibawa pulang.

Day 4 ( 26 Oct 2016) Hari Terkahir Di KK

Untuk hari terkahir ini, aktiviti dikurangkan sedikit, kami hanya rileks-rileks sahaja. Selepas check-out hotel, kami terus ke:

1. 1 Borneo Mall

Lokasi mall ni berdekatan dengan UMS dan sememangnya besar! Sampai kami tersesat untuk mencari jalan pulang dalam mall ini.

2. Aquarium dan Marine Museum

Selesai shopping dalam mall, kami beralih pula kepada akuarium dan muzium. Hanya RM5.00/seorang.

3. Pasar Filipine

Kami masih lagi memborong kuih-muih untuk dibawa pulang. Antara yang popular ialah AMplang, Kuih Cincin, Pisang Hijau dan banyak lagi.

Flight pulang kami KK-Kch ialah pada jam 10.30 malam. Nak bajet punya pasal. Hihi.

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk anda yang teringin nak ke Sabah tuuu.

0 komen pembaca

Tiada komen lagi. Jadi yang pertama komen artikel ini.

Buat Komen

Nota: Alamat e-mel anda tidak akan dikongsi oleh pihak ketiga. Ruang bertanda * adalah wajib diisi.

Lagi Artikel Menarik