“Kisah percutian ini dikongsi berdasarkan pengalaman dan perkongsian dari Suermi binti Burhan di Facebook beliau yang telah menerokai Korea selama 8 hari dengan RM2300 sahaja. Jom kita ketahui itenari beliau selama hari di Korea.”

Bercuti merupakan satu ‘wishlist‘ atau idaman sesetengah orang, lagi-lagi kalau dapat pergi tempat yang kita nak pergi bersama keluarga atau rakan.

Kebanyakkan di antara kita mempunyai banyak tempat untuk kita terokai tetapi kerana masalah duit yang selalu menjadi punca utama, impian percutian tersebut hanya jadi kenangan atau tatapan di Google sahaja.

Gadis Ini Terokai Korea Selama 8 Hari Dengan RM2300

Gadis Ini Terokai Korea Selama 8 Hari Dengan RM2300

Sekumpulan gadis ini telah bercuti di negara yang mereka minati dan menjadi viral oleh nitezen. Lebih menarik lagi, mereka menerokai negara tersebut selama 8 hari dengan hanya berbekal duit RM2300 sahaja. Murah tu!

Gadis tersebut adalah Suermi binti Burhan yang baru sahaja berumur 25 tahun, pergi bersama dua rakannya yang lain ke Korea.

Jeju Island Terokai Korea chicken with cheesee Korea

Percutian ke Korea ini merupakan aktiviti backpackers beliau yang ketiga dan peralatan utama yang beliau bawa adalah travel adapter, kamera dan ubat (paling penting!).

Sepanjang cabaran mereka ke Korea, Suermi menyatakan masalah yang sering mereka hadapi adalah bahasa kerana kebanyakkan rakyat di sana tidak tahu bahasa inggeris dan untuk mengatasi masalah tersebut, mereka perlu ada kamus sentiasa di tangan atau gunakan sebarang aplikasi penterjemahan.

Atur Perjalanan Sebelum Melancong

Gyeongbokgung Korea

Selain itu, waktu perjalanan juga perlu diatur sebelum memulakan percutian. Bagi Suermi, beliau telah mengatur bersama rakannya ketika berada di Malaysia lagi kerana bagi mereka masa terlalu pendek walaupun 8 hari tetapi banyak tempat nak ditujui. Jadi, aturkan waktu perjalanan anda sebaik mungkin agar tidak sesat.

Dalam pada masa yang sama, anda juga harus mempunyai “plan B” agar dapat menyelamatkan kamu apabila sesat di sesebuah tempat. Jangan fikir setiap perancangan yang kita lakukan itu adalah terbaik. Sediakan sahaja dua tiga plan agar kita tak panik ketika berada di negara orang.

Sekarang, barulah kita pergi ke cerita beliau bagaimana perjalanan mereka bertiga selama 8 hari di Korea. Menarik!

Annyeonghaseyo..

Finally we did it! Selama 8 hari 7 malam kami tiga sekawan berjaya terokai Korea dengan susah, senang dan segala jenis pahit getir. Alhamdulillah, ternyata kesabaran itu penting ya. Haha.

Jom nak cerita perjalanan kami dekat sana. Macam biasa, kami tidak suka pakej ketika melancong. Jadi kami cabar diri lagi untuk pergi secara backpackers. Bermula dari KL ke Incheon Airport ( 6 hours) rushing terus ke Gimpo airport ( 30 minutes) flight terus ke Jeju Island (1 hour). Hari pertama dah pengsan. Haha.

Kadar duit ringgit waktu itu
1,000 won = RM3.68.

Dengan berbekalkan RM2,300, kamu bole tawan Jeju Island, Seoul, Everland & Nami Island dengan jayanya termasuk tiket penerbangan ke seoul, tiket penerbangan ke jeju, 3 jenis hotel, kereta sewa, segala tiket masuk.

tiket penerbangan AA (return) = RM628 – beli waktu promosi
tiket penerbangan Jeju Air (return) = RM373.58 – beli 2 minggu sebelum

Hari Pertama

  • Flight from KUL to Seoul
  • Transfer to Gimpo Airport –> flight to Jeju Island
  • Tiket subway ke Gimpo Airport = 3,480 won (RM12.00)
  • Planning nak tido kat airport tapi airport Jeju tutup pukul 11 malam.
  • Last minute plan –> Decide tido kat Jeju Dedu Seawater Park = 9,000 won (RM33.00)
  • Taxi ( kena ambil 2 taxi ) = 2,789 won (RM10.26)

Hari Kedua

  • Taxi to Airport (kena ambil 2 taxi juga)= 2,789 ( RM10.26)
  • Car Rental (booking kat “Lotte rent car” untuk 2 hari) = RM 270.92/3 person = RM90.30
  • Minyak kereta = 32,000 won/3 person = 10,670 won (RM40)
  • Hyopjae Beach
  • Yongsa Windmill
  • Sex & Health Museum
  • Teddy Bear Museum = 10,000 won (RM37.00)
  • Late Lunch (kimbab + sweet potato) = 12,000 won/ 3 person = 4,000 won ( RM14.72)
  • Jeju World Cup Stadium
  • Cheongjiyeon Waterfall = 2,000 won (RM7.36)
  • Jeongbang Waterfall = 2,000 won (RM7.36)
  • Olle Night Market – Bole beli souvenir kat sini
  • Check in (Jeju R Hotel – Booking kat Agoda terus bayar guna duit nilai RM) = RM234.46/3 person = RM78.15

Hari Ketiga

  • Check Out hotel
  • Tangerine Farm
  • Pyoseon Beach
  • Lighthouse at Pyoseon Beach
  • Manjanggul Cave = 2,000 won (RM7.36)
  • Mysterious Road
  • Flight to Seoul
  • T money card (2,500 won) + Top up (50,000 won) = 52,500 won (RM193.00)
  • Check In (Itaewon Inn – 4 days & 3 nights) = 156,000 won/3 person = 52,000 won (RM191.00)

Hari Keempat

  • Everland Theme Park (beli 1 day pass ticket kat 11 street) = RM103.00
  • Lunch kat Everland = 6,600 won/3 person = 2,200 won (RM8.00)
  • Round-round kat Itaewon

Hari Kelima

  • Nami Island (half day)
  • Taxi to ferry = 6700 won/3 person = 2,233 won (RM8.22)
  • Zip Line to Nami Island (price including ferry return)= 38,000 won (RM140.00)
  • Lunch di Nami Island = 33,000 won/3 person = 11,000 won (RM40.00)
  • Ehwa Women University (Shooping)
  • Korean Dessert Cafe (very recommended) = 8,500 won/3 person = 2,833 won (RM10.43)

Hari Keenam

  • Gyeongbokgung = 3,000 won (RM11.00)
  • Lunch Korean Seafood Pancake = 20,000 won/3 person = 6,667 won (RM 24.53)
  • Namsan Hanok Village
  • Namsan Tower
  • Cheonggyecheon Stream
  • Dinner at Hyang Good (grilled style) = 27,000 won/ 3 person = 9,000 won (RM33.00)
  • Taxi to Banpo Bridge = 3,000 won/3 person = 1,000 won (RM 3.68)
  • Banpo Bridge (Han River)
  • Check In (K POP hotel – 3 hari 2 mlm) = RM510.36/3 person = RM170.12

Hari Ketujuh

  • K POP Road Gangnam
  • Myeongdong (Shopping & Food Street)
  • Insadong (Shopping)
  • Namdaemun Market (shopping)

Hari Kelapan

  • Check out hotel
  • E-Mart (shopping Makanan Ringan)
  • Myeongdong (tak puas shopping makeup. hahaha)
  • Transfer to Airport by KTX = 6,000 won (RM22.00)

ALL IN Cost = RM 2300

P/S:

  • Sesiapa yang berniat nak stay overnight kat mana-mana public bathouse yang macam selalu dalam crita korea tu. Fikir la masak-masak dulu. Hahaha.
  • Nak beli tiket penerbangan ke Jeju memang mencabar tahap kesabaran. Sangat rumit.
  • Kalau nak, cuba sewa kereta kat Jeju. Kena mohon international license ya. Bole apply kat JPJ RM150 untuk 1 tahun.
  • Untuk Jeju Island, better sewa kereta sebab public transport susah kat situ. Bole tawan Jeju Island dalam masa 2 hari kalau sewa kereta. Hihi.
  • T-money bole beli kat mana-mana 7E atau GS25.
  • Hotel kitorang booking kat Agoda. Kalau masa nak confirm tu dia ada bg choice nak bayar kat hotel atau bayar sekarang. Pilih bayar sekarang. Bayar guna RM. Lagi jimat!
  • Kalau korang ramai, book hotel mewah sikit, nanti pandai-pandai la bahagikan. Hehe. Lagi ramai lagi murah.
  • Nak dapatkan makanan halal memang susah. Bawa la bekalan makanan dari malaysia ya.
  • Kalau tak nak beli sim card pun takpa. Di seoul, mostly semua tempat ada public wifi. Laju pula tu.
  • Jangan lupa bawa travel universal adapter.

HAVE FUNNN.

_____

Bagi pengetahuan anda, Suermi menyarankan anda membawa makanan dari Malaysia kerana untuk mendapatkan makanan halal di Korea terlalu susah. Tempat paling banyak makanan halal hanyalah di Itaewon sahaja.

Jadi, sedialah makanan yang sewajarnya sebelum berlepas ke negara orang. Harap dengan perkongsian ini dapat memberi inspirasi kepada anda diluar sana untuk terokai negara orang dan dunia baru bagi kehidupan masing-masing. Semoga berjaya dan selamat bercuti!

1 komen pembaca

  1. Wak Acim
    Wak Acim

    dah pie sana 8hari @ termasuk Jeju 2 hari yang paling best naik Zip wire dan liburan di Everland …pie time ujung winter perhhhh still sejok especilay di Jeju…dapat gak rasa main ski kat sana.Anyaway tabik kat U all pie bertiga jer..

Buat Komen

Nota: Alamat e-mel anda tidak akan dikongsi oleh pihak ketiga. Ruang bertanda * adalah wajib diisi.

Lagi Artikel Menarik